CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Dipenjara 2 Tahun Lepas Cabul Pelajar Hingga Bunuh Diri

27-4-2020 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7242| Komen: 39

Seorang guru lelaki dihukum penjara dua tahun selepas didakwa mencabul pelajarnya hingga mangsa trauma dan membunuh diri.

Pada 20 Jun 2018, gadis berusia 19 tahun dikenali sebagai Li itu dirakam duduk di belebas tingkap tingkat lapan sebuah hotel di Qingyang di wilayah Gansu.



Kredit foto:


Difahamkan, anggota bomba mengambil masa empat jam untuk memujuk mangsa sebelum beberapa individu dari kerumunan yang menyaksikan kejadian mula menjerit 'Cepat lompat!' dan 'Kenapa kamu tidak lompat lagi!'

Malah, segelintir daripada mereka merakamkan kejadian sebelum menyebarkannya di laman sosial dengan kapsyen biadab seperti;

"Sejam saya berpanas di bawah terik matahari menunggu kamu terjun.

"Lompatlah cepat, saya kena pergi ambil anak di sekolah ni," antara kapsyen biadab itu.

Li kemudian melompat dari belebas itu, namun anggota bomba sempat menyambar tangannya. Mangsa bagaimanapun nekad untuk terjun dan berkata, "Terima kasih, tapi saya perlu pergi" sebelum melepaskan tangan anggota berkenaan.


Menerusi rakaman berkenaan, kedengaran jeritan kesal anggota yang cuba menyelamatkan mangsa. Manakala, kerumunan di bawah bangunan berkenaan menjerit terkejut sebelum bersorak dan bertepuk tangan apabila mangsa terhempas.

Menurut keluarganya, Li mengalami kemurungan selama dua tahun selepas dicabul gurunya dan meninggalkan surat sepanjang enam muka surat menyalahkan gurunya serta menuntut keadilan.

Dia juga menceritakan tindakan guru berkenaan menyentuh muka, mencium bibir dan menggigit telinganya ketika berehat di bilik kesihatan kerana sakit perut.

Guru bernama Wu itu kemudian diturunkan pangkat dan diarahkan memohon maaf daripada Li. Manakala, keluarga gadis itu ditawarkan 350,000 yuan (RM215,556) supaya tidak mengambil tindakan undang-undang, namun ditolak bapa mangsa.

Bagaimanapun, apabila kes dibawa ke mahkamah, Wu dibebaskan dari dakwaan mencabul kerana tiada bukti kukuh selain menyifatkan guru itu tidak melakukan kesalahan kerana menyentuh mangsa untuk membuat 'pemeriksaan fizikal'.

Menurut Shanghaiist, Li akhirnya mendapat keadilan apabila mahkamah pada minggu lepas memutuskan untuk menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap Wu dan sebaik dibebaskan, dia tidak dibenarkan bekerja dalam sektor membabitkan kanak-kanak selama tiga tahun.

Bapa mangsa bagaimanapun tidak berpuas hati dengan hukuman berkenaan dan dikatakan akan membuat rayuan kepada mahkamah untuk mempertimbangkan hukuman lebih berat. - CARI
1

Bagus
11

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Elanarose

  • Marah

    Anonymity

  • mawardia

  • Knowlee


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Megikari 27-4-2020 11:23 AM
2 tahun jeee???!!
Quote Kurex 27-4-2020 11:25 AM
Saikonya leluhur ni. Suka mengapi2 kan.. tapi melayu muka berkerak acah urban suka sgt dorang ni sampai ikut contoh kata dorang yg terbaik..
Quote Knowlee 27-4-2020 11:35 AM
Apa ke bangsatnya yg bersorak suruh dia terjun tu... Patut tembak diorg bagi mati.
Quote matchstick 27-4-2020 11:48 AM
Mula2 baca tadi ingatkan kes dkt SK.. china rupanya. SK pun byk kes gini kan. Dan bawang rangers diorg lagi kejam drpd bawang melayu. Sampai hati tepuk tangan tgk anak orang mati
Quote any42 27-4-2020 11:53 AM
lps mngsa terjun ad yg bersorak & btepuk tgn??? sama jijik dgn guru yg mncabul.
Quote epuepy 27-4-2020 12:15 PM
pergh,  kejam gile ummah sana siap masing2 suruh terjun.  RIP la dik ~  at least, dh x payah nk hadap sick society mcm ni
Quote ais_kosong 27-4-2020 12:26 PM
Jahatnya manusia..
Quote rrgal 27-4-2020 12:27 PM
Kecian mangsa
Quote bondeh 27-4-2020 12:29 PM
Dasar ummah gile (bersorak atas kematian org lain) selain dari ummah yindiya...
Quote Fur 27-4-2020 12:45 PM
Jahat nye yg siap bersorak bagai tu. Dia ingat pesta kerr?? Mental semuanya.
Quote Supersirap 27-4-2020 12:45 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan.
Quote sarah82 27-4-2020 12:53 PM
Edited by sarah82 at 27-4-2020 12:56 PM

Cikgu tu penyebab kepada student ni ambik keputusan bunuh diri kot. Patutnya didakwa atas tuduhan membunuh.. Mcm kes kat US yg gf dok pujuk dan paksa bf bunuh diri.
[youtube]4YFClEfut_0[/youtube]
Quote Bedah.Cun 27-4-2020 12:59 PM
Kejamnya ummah cina. Beramvoslah weols tak suka bangsa kejam menempek duk sini. Fuck off barbarians!
Quote aderaderker 27-4-2020 01:02 PM
Tepuk tangan dan bersorak?

Manusia ke apa?
Quote Bedah.Cun 27-4-2020 01:04 PM
Heiii, cina! Komer smua neh manusia ker!? Jangan datang sneh larrr pegi jual wantan di Kuala Lanzhou!
Quote ayra.e 27-4-2020 02:20 PM
Bersorak?? Ape diorg tengah tengok stunt girl beraksi ke?? ..
jahhat gile babeng {:dot
Quote sukacactus 27-4-2020 02:25 PM
Bersorak sebab dapat capture dramatic ending?
Quote Eric.n9 27-4-2020 02:34 PM
Menerusi rakaman berkenaan, kedengaran jeritan kesal anggota yang cuba menyelamatkan mangsa. Manakala, kerumunan di bawah bangunan berkenaan menjerit terkejut sebelum bersorak dan bertepuk tangan apabila mangsa terhempas.

Diaorg ingat ni hiburan ke apa?

Ni klu bukak event ala2 gladiator kat china, sah ramai tengok.
Quote tikusmontok 27-4-2020 02:41 PM
Bangsa ni mmg takda belas kasihan

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.053737 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top