CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Antara Dicekup Sabung Ayam, Judi Ketam-ketam

27-4-2020 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5519| Komen: 19

Tiga lelaki berusia antara 55 hingga 80 tahun ditahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan melakukan aktiviti sabung ayam.

Berita Harian melaporkan, kejadian berlaku di sebuah kebun di Kampung Mampusu jam 2.50 petang semalam.


Ketika serbuan, polis mendapati ada 10 hingga 15 lelaki sedang berkumpul dan mereka bukan saja menyabung ayam, malah ada yang bermain judi 'ketam-ketam'.


Kredit foto: BH

"Menyedari kehadiran polis, semua mereka bertempiaran lari meninggalkan tempat berkenaan. Namun tiga lelaki berusia 55 hingga 80 tahun berjaya ditahan.

"Polis yang diketuai Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tenom Inspektor Mohd Roezaidie turut merampas tiga ekor ayam sabung," kata Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Hasan Majid.

Ketika disoal, kesemua suspek mengaku melakukan menyabung ayam dan bermain judi ketam-ketam kerana bosan duduk di rumah.


Mereka kemudian dibawa ke IPD Tenom untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Peraturan 11 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan (No.3) 2020.

"Kes turut disiasat mengikut Seksyen 21 Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 dan Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya. - CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 27-4-2020 12:02 PM
apo la tua2 bangka pun masih nak berjudi...
main ketam2 ni amender?
Quote Manjahati 27-4-2020 12:04 PM
Mendapatlah kamu pokcik... org lain bukan saja dah bosan pkp ni malahan naik kematu dok rumah... tapi demi nk cuba putuskan rantaian covid19 ni kami gigih bertahan
Quote antoofighter 27-4-2020 12:16 PM
Dah tua pun bodoh..kan dah mendapat
Quote leylapple 27-4-2020 12:31 PM
Tinot7 replied at 27-4-2020 12:02 PM
apo la tua2 bangka pun masih nak berjudi...
main ketam2 ni amender?

main holo....

ada gambar ketam kat situ.. x silap ada 6 slot gambar.. jadi kita bertaruh la kat gambar.. dadu tu nanti keluar gambar tu...


Quote Supersirap 27-4-2020 12:43 PM
Kenapa buat benda yang bengong, kan sudah mendapat, tak berbaloi
Quote LostStar 27-4-2020 12:48 PM
1st tine dengar permainan ketam ketam. Cute bunyiknyaaa {:childlike
Quote Tinot7 27-4-2020 12:51 PM
leylapple replied at 27-4-2020 12:31 PM
main holo....

ada gambar ketam kat situ.. x silap ada 6 slot gambar.. jadi kita bertaruh la kat ...

edisi roulette di kg.


Quote any42 27-4-2020 01:13 PM
yg kna tahan umur 80 tahun tu msti sbb xlarat nk lari serah diri je la
tua2 pun xsedar diri lg. memalukn.
Quote zennaya 27-4-2020 01:24 PM
kalau judi sabung ayam tu mcm mana pulak? kenapa judi ayam orang boleh bertaruh ratus ribu?
Quote slyfynx 27-4-2020 01:38 PM


Adui la
Quote nefnefnef 27-4-2020 02:05 PM
Hehehe... Macam ni pun ada. Pakcik2 tu bosan PKP ke camna

Takde pasal cari pasal pakcik ni pun
Quote Skuau 27-4-2020 02:24 PM
leylapple replied at 27-4-2020 12:31 PM
main holo....

ada gambar ketam kat situ.. x silap ada 6 slot gambar.. jadi kita bertaruh la kat ...

cam pernh main jer ni...atau tukang goncang dadu tu??? kihkihkih....
Quote Eric.n9 27-4-2020 02:26 PM
leylapple replied at 27-4-2020 12:31 PM
main holo....

ada gambar ketam kat situ.. x silap ada 6 slot gambar.. jadi kita bertaruh la kat ...

owh ni rupanya judi ketam...
ala2 mcm judi si ibrahim pendek dalam cerita ali baba bujang lapuk, ahahha
Quote tintin22 27-4-2020 02:28 PM
judi ketam ketam
Quote Knowlee 27-4-2020 02:49 PM
Pakcik... Pakcik... Di usia yg senja mcm tu, tambah amal ibadat, pakcik, untuk bekalan di akhirat sana. Bukan tambah dosa, pakcik... Kesian kat pakcik, moga dapat kesedaran di Ramadan ini.
Quote najib888 27-4-2020 03:33 PM
OOO.. ketam-ketam ni rupanya judi belangkas.. Kat Kedah ni, taik judi slalu main judi ni, kadang dalam hutan.. tapi gambaq tu ada 4 je tak macam ketam-ketam. Cuma ada Udang, Ketam, Ikan & Belangkas.

Nampak bodo, tapi ada bet sampai RM50,000.00
Quote DayangKirana 28-4-2020 10:48 AM
dah tahi judi..

ketagih agaknya kalau tak main judi sehari..
Quote biozipstar 29-4-2020 10:59 AM
takde kije ke pakcik. sabung ayam tu dah dosa pacik kalau pacik org islam.
Quote rosmahisham 29-4-2020 12:48 PM
Bulan2 puasa mmg ramai org kg suka buat benda2 yg x berfaedah..ptt time ni setan iblis kena rantai,to x leh control napsu.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.057376 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top