CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Langgar Arahan Kuarantin, Indonesia Kurung Rakyat Degil Dalam Rumah Berhantu

22-4-2020 05:49 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5804| Komen: 53|Original author: Oleh: natrahn


Jika di Malaysia, rakyat  yang baru pulang dari luar negara diwajibkan tinggal di pusat kuarantin yang diwartakan kerajaan sejak awal April lalu.

Individu yang didapati ingkar arahan tersebut akan dikompaun maksimum RM1,000 mengikut Seksyen 22, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.


Seorang sukarelawan mengawasi sebuah rumah terbengkalai yang dibina semula dipercayai berhantu yang dijadikan tempat kuarantin
Kredit foto: AFP

Namun, di Indonesia, Ketua daerah Sragen, Kusdinar Untung Yuni Sukowati mengambil pendekatan berbeza untuk menghukum dan memberi pengajaran kepada mereka kerana degil. 


Memetik laporan AFP,  gara-gara melanggar arahan kuarantin, dua lelaki yang baru pulang dari bandar ke kampung di Plupuh, Indonesia dikurung di dalam rumah berhantu. 


Kusdinar Untung Yuni Sukowati (gambar kecil) mengarahkan individu yang melanggar perintah kuarantin dihantar ke rumah terbengkalai 
Kredit foto: sinarplus

Difahamkna, sebelum ini, kedua-dua mereka telah menandatangani surat tanda bersetuju untuk melakukan kuarantin selama 14 hari. Tapi, tak sampai dua minggu mereka melanggar perjanjian itu. 


Kredit foto: Sinarplus

Kedua-dua mereka dikurung di dalam rumah berhantu yang jauh dari kampung dan terletak di tengah sawah padi dan dikunci dari luar.

Bagaimanapun, mereka tetap diberi makan dan dipantau dari semasa ke semasa. 

Mungkin pihak berkuasa kita boleh cuba kaedah sama jika ada individu yang masih degil. Negara kita pun banyak rumah berhantu, kan? - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissVixen 21-4-2020 11:01 PM
Indon ni memang takut betul dengan jin dan syaitan. Ini siap sediakan rumah hantu, baju pocong dan pontianak lagi...
Quote sharlenetexas 21-4-2020 11:09 PM
Bergilir2 sundel bolong, pocong, beranak dalam kubur, suzana datang kacau.
Quote R2D2 21-4-2020 11:34 PM
Indon sejak dulu lagi cite hantu pocong
kucing lompat atas mayat
Quote R2D2 21-4-2020 11:52 PM
Screenshot_1.jpg
Quote any42 22-4-2020 12:05 AM
jgn mak lampir, suster ngesot, kuntilanak dtg serang pndduk kg pulak sbb stress rumah dorang pnuh dgn pesalah pkp.
Quote R2D2 22-4-2020 12:20 AM
harap hantu tak tersalah masuk rumah
make sure nombor rumah betul
kang tak pasal pasal jadi cite lain
Quote sarah82 22-4-2020 01:22 AM
Aku rasa kan.. Sejak MCO ni.. Kurang je makhluk2 tak berfaedah.. Mungkin depa pun takut kat covid-19
Quote Eric.n9 22-4-2020 02:36 AM
sarah82 replied at 22-4-2020 01:22 AM
Aku rasa kan.. Sejak MCO ni.. Kurang je makhluk2 tak berfaedah.. Mungkin depa pun takut kat covid-19 ...

Klu kat malaysia, hantr kat umh pak aq derga boleh ni
Quote nefnefnef 22-4-2020 02:39 AM
Wahhh... Ini lebih interesting dari jadual penggiliran suster jenglot sume. Terus letak dlm rumahnya. Wickeddd
Quote namieamuro 22-4-2020 04:06 AM
harapnye msia pn buat gini gk la.

boh kt penjara tu kire selesa lg duduk mkn tdo, tibe mase keluar bebas...biar la warga persatuan hantu shaiton iblis pulak hukum dorg

abes pkp kang bole la kite layan cite mistik dorg
Quote ikanmasin 22-4-2020 06:31 AM
sarah82 replied at 22-4-2020 01:22 AM
Aku rasa kan.. Sejak MCO ni.. Kurang je makhluk2 tak berfaedah.. Mungkin depa pun takut kat covid-19 ...

mau tak takut..
Quote damsel_fiji 22-4-2020 06:34 AM
taksub betul dorg ni dgn poncong..kuntilanak dan yg seangkatan dengannya
Quote R2D2 22-4-2020 07:36 AM
tak sesuai konsep sumbat rumah hantu di malaysia
rakyat byk komplen
letak di asrama komplen
letak di hotel komplen
nanti hantu langgar PKP keluar lepas jam 10 mlm pun rakyat komplen
Quote sarah82 22-4-2020 08:11 AM
ikanmasin replied at 22-4-2020 06:31 AM
mau tak takut..

Hahahaha.. Takut kena covid- 19
Quote dudaberhias 22-4-2020 08:12 AM
indon dan hantu jin berpisah teda....
takut2 pun theyols jugak suka puja memuja benda tu
Quote ikanmasin 22-4-2020 08:13 AM
sarah82 replied at 22-4-2020 08:11 AM
Hahahaha.. Takut kena covid- 19

kan nyawa takde ganti2 dah,sia2 cr masalah
Quote orgsepang 22-4-2020 08:15 AM
Entah2 hantu yang takut pada orang2 ni.
Quote sarah82 22-4-2020 08:23 AM
Eric.n9 replied at 22-4-2020 02:36 AM
Klu kat malaysia, hantr kat umh pak aq derga boleh ni

Derga? Hat sebelah asma ka? Hahahahahaha.. Situ dulu tempat jepun potong kepala... Aku dulu sekolah asma rendah.. Tapi aku x kena kacau... Kwn2 aku kena.
Quote sarah82 22-4-2020 08:24 AM
ikanmasin replied at 22-4-2020 08:13 AM
kan nyawa takde ganti2 dah,sia2 cr masalah

Betull... Tak main2 tau.. Mmg sejak MCO... kurang la rasa kehadiran depa.

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.066480 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top