Memetik laporan Astro Awani, pakar perubatan di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (KCDC) Korea Selatan dilaporkan 'bingung' dengan misteri 163 pesakit yang sebelum ini sembuh dari Covid-19 dijangkiti semula virus itu.
Senario sama berlaku di China sebelum ini apabila beberapa pesakit yang telah pulih disahkan kembali positif, malah ada yang meninggal dunia selepas sembuh dan dibenarkan discaj dari hospital. CNN yang memetik Timbalan Pengarah KCDC, Kwon Joon-wook berkata, keadaan ini mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan virus itu kembali aktif terhadap pesakit yang pulih. Di saluran YouTube Asian Boss yang menemu ramah seorang pakar COVID-19 dari Korea Selatan menjelaskan pesakit yang berhenti mengambil ubat juga berkemungkinan besar akan dijangkiti semula.
Beliau memaklumkan angka itu menyaksikan kira-kira 2.1 peratus daripada 7,829 pesakit yang telah disahkan pulih dijangkiti semula virus berkenaan. "Pun begitu, jumlah pesakit pulih yang melalui proses saringan semula tidak dapat dipastikan dengan jelas," katanya pada Jumaat. Joon-wook yakin, saringan itu mungkin dilakukan dengan menggunakan kaedah Asid Ribonuklik (RNA) di mana ujian itu sangat sensitif. Difahamkan, teori yang sama sebelum ini turut dikemukakan oleh pakar terkemuka China, Zhong Nanshan membabitkan isu sama. Beliau mengandaikan serpihan penyakit itu masih 'terlekat' pada tubuh manusia, namun dia mendakwa tidak bimbang dengan perkara itu. Antara lain teori mengatakan sama ada ujian yang dilakukan sebelum ini ke atas individu berkenaan wujud sedikit ralat yang besar kemungkinan hasilnya tidak tepat atau virus itu diaktifkan semula. Joon-wook menambah, setakat ini belum ada indikator menunjukkan individu yang kembali positif menjangkiti individu lain meskipun 44 peratus daripada mereka menunjukkan gejala ringan. "Sehingga sekarang, para ahli sains juga tidak dapat merungkai 'kekebalan' sebenar virus itu," ujarnya. Beliau juga mengakui yang virus COVID-19 adalah patogen paling mencabar kepada dunia kesihatan dalam dekad ini. "Ini adalah musuh yang terlalu mencabar dan sukar untuk kita hadapi," tambahnya. - CARI
|
munchkin replied at 23-4-2020 11:01 AM
Hallo. Benda ni mekanisme macam flu juga. Flu bukan sekali kena tak kena lagi. Berkali akan kena kal ...
anony-mous replied at 23-4-2020 03:14 PM
Rasanya yg jd kebimbangan sbb pesakit yg positive tu tiba2 positive balik without contact dgn kes ...
munchkin replied at 23-4-2020 03:19 PM
Tak mungkin terjadi unless come in contact with psotive covid patients. Korea biar bebas rakyat ...
anony-mous replied at 23-4-2020 03:24 PM
Sbb itu yg menjadi kebingungan. Mcm u ckp xmungkin. What if itu apa yg terjadi? Inpon faham je ber ...
munchkin replied at 23-4-2020 03:33 PM
Tak mungkin tetiba muncul tetiba tnaoa sebab seperti mereka kata. Atau ada asimptomatik patient ...
anony-mous replied at 23-4-2020 03:50 PM
Based on artikel tu rasanya dah tolak kemungkinan jd positif balik sbb berjangkit dgn org lain. Sb ...
munchkin replied at 23-4-2020 04:00 PM
Depa tak mention pasal asimptomatik. I dengar dan baca pengalaman asimptomatik. Macam orang bias ...
anony-mous replied at 28-4-2020 04:55 PM
Uols, i tgk sidang media td dekat johor dah ada 1 kes mcm ni. DG ckp bukan kes re-infection. Katan ...
munchkin replied at 28-4-2020 05:42 PM
Shedding. Detection kit problem lah tu. Result kit negative (padahal weak positive) pastu discha ...
anony-mous replied at 28-4-2020 06:10 PM
Tp DG nmpk mcm nk cpt2 tutup kes tu. rasanya malaysia xguna lg kan test kit? Then wartawan tu tany ...
ADVERTISEMENT