CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Boleh Tarik Nafas Lega, 100,000 Pelajar IPT Dipertimbang Boleh Balik Kampung

21-4-2020 06:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 11024| Komen: 125

Description: Selepas pelbagai polemik berkenaan pelajar IPT awam dan swasta seluruh negara yang dikuarantin di kampus masing-masing, dikatakan kerajaan kini sedia menimbang untuk membenarkan mereka pulang ke rumah ...
Selepas pelbagai polemik berkenaan pelajar IPT awam dan swasta seluruh negara yang dikuarantin di kampus masing-masing, dikatakan kerajaan kini sedia menimbang untuk membenarkan mereka pulang ke rumah masing-masing.


Memetik laporan Berita Harian, kebenaran kepada kira-kira 100,000 pelajar IPT itu bagaimanapun tertakluk kepada nasihat Kementerian Kesihatan dan SOP pulang yang ketat.

“Kita tidak mahu 100,000 pelajar ini pulang serentak. Kita mungkin memastikan pelajar perlu mendapatkan saringan kesihatan sebelum pulang ke kampung.

Kredit foto: Harian Metro

“Itu perkara yang kita lihat dan minta supaya rundingan diadakan di antara Kementeran Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan supaya dapat lihat bagaimana nak bantu pelajar pulang ke rumah masing-masing,” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Katanya lagi, pertimbangan itu dibuat selepas mengambil kira rintihan pelajar dan ibu bapa selain melihat rekod tiada penuntut yang dijangkiti wabak itu sepanjang 28 hari ini.

"Kita faham ibu bapa dan pelajar IPT tertekan kerana mereka berada lama di kampus masing-masing. Kita mendapat rayuan daripada ibu bapa dan pelajar yang ingin pulang ke kampung.

"Mesyuarat sebelum ini kita buat keputusan mereka perlu terus tinggal di kampus sehingga mendapat nasihat Kementerian Kesihatan. Hari ini kita dapat pandangan daripada Kementerian Kesihatan, mereka berada di kampus lebih daripada 28 hari.

"Jika dikuarantin dan sudah dua kali tempoh 14 hari tidak ada gejala, kita anggap mereka tidak ada jangkitan COVID-19. Maka kita bincang tadi ada kemungkinan kita membenarkan mereka pulang tapi dengan SOP yang ketat," ujarnya. - CARI 


Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kekekek 21-4-2020 03:45 PM
Bagi jer la balik, tapi kena letakkan syarat test dulu. Lagi pun, semua duduk asrama (sama la macam kuarantin), dah lebih 4 minggu kot. Kalau positif, bisanya dah ada symptom walaupun minor.
Setiap universiti kena arrange transport ke setiap negeri masing-masing. Yg ni senang jer, sebab persatuan anak negeri setiap universiti biasa buat masa cuti raya.
Quote nuno 21-4-2020 03:49 PM
Pasni ada request dari suami isteri terpisah nak pulang gak..camni takyah la PKP..kensel senang cite
Quote bulalof 21-4-2020 03:50 PM
some how i kinda agree with this
Quote bakingsoda 21-4-2020 03:55 PM
nuno replied at 21-4-2020 03:49 PM
Pasni ada request dari suami isteri terpisah nak pulang gak..camni takyah la PKP..kensel senang cite

tu yg laki bini terpisah, yg anak2 dah berkeluarga pulak mintak balik raya nanti. tunggu je la
Quote R2D2 21-4-2020 03:56 PM
COVID-19: MKN, KKM, KPT tentukan SOP pelajar balik kampung


KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) untuk menguruskan perjalanan pulang pelajar universiti ke rumah masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata antara SOP yang diambil kira ialah tempoh yang perlu diambil untuk melakukan proses saringan kesihatan terhadap kira-kira 100,000 pelajar universiti terbabit dan bagaimana mengelak pergerakan secara massa.

“Kita akan menyediakan SOP, tetapi bila akan dibenarkan pulang, mungkin belum ditetapkan lagi sebab jika mereka perlu membuat saringan, jumlah pelajar kira-kira 100,000 tentu jangka masa yang lama untuk dilakukan.

“Berdasarkan faktor itu, barulah boleh ditentukan nanti bila tarikh untuk dibenarkan pulang. Kalau dibenarkan pulang nanti MKN, KKM dan KPT akan mengeluarkan SOP penghantaran pulang.

“Yang penting, kita tidak mahu banyak pergerakan kerana tidak mahu pergerakan besar-besaran berlaku. Bayangkan jika balik serentak, bas berbondong-bondong balik dan singgah di hentian rehat dan rawat (R&R), akan berlaku pertembungan yang besar, kita nak cuba elak perkara ini,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Quote hayrin86 21-4-2020 04:37 PM
Lebih baik mansuhkan Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji tahun ini daripada membenarkan pelajar U balik kampung
Quote atiqah_bea 21-4-2020 04:37 PM
kekekek replied at 21-4-2020 03:45 PM
Bagi jer la balik, tapi kena letakkan syarat test dulu. Lagi pun, semua duduk asrama (sama la macam  ...

Iols setuju dengan pendapat uols. Kesian jgk pelajar2 ni sbnrnya. Lgpun diorg dh terkurung lebih sebulan. Kalau ada covid mesti dh nampak simptom
Quote Covid19 21-4-2020 05:05 PM
Ya, dah sebulan terkurung..okay je balik.. tapi mesti ada segelintir yg taknak blk..sbb bilik kat dorm lagi selesa dari rumah sendiri..
Quote scorpionkiki 21-4-2020 05:15 PM
Elok la balik....buat masa skrg mmg perlu bersama keluarga. Tp uni di kl/selangor elokla saring dulu student. Jugak bas jgn bg berhenti merata2.
Quote AbukRokok 21-4-2020 05:41 PM
ehh biar jela duk asrama....xde yg kebuluran pun xckup makan
siap ada yg makan 4 kali sheari lagi.... kang xpasal2 ada kluster IPT pulak
Quote AbukRokok 21-4-2020 05:44 PM
hayrin86 replied at 21-4-2020 04:37 PM
Lebih baik mansuhkan Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji tahun ini daripada membenarkan pelajar U bal ...

cuti hari raya boleh ikut indon
tarikh 1 ramadan dan syawal xboleh bawak tahun depan

Quote GigaMom 21-4-2020 06:28 PM
Cari cara utk bagi mereka balik
Jimat duit gov nak sara
Tp yg tgl sabah swk tu kesian jg
Quote GigaMom 21-4-2020 06:29 PM
nuno replied at 21-4-2020 03:49 PM
Pasni ada request dari suami isteri terpisah nak pulang gak..camni takyah la PKP..kensel senang cite

X sama
Student kat asrama gov kena tanggung
Masa ni kena jimat
Laki bini tu kena tahan nafsu je
Quote mbhcsf 21-4-2020 06:35 PM
Edited by mbhcsf at 21-4-2020 06:38 PM

i tak tahu lahhh

depa selamat kat UNI...depa clean uncontaminated
then bas tu kena sanitised bebetul

seprate buses for students for each daerah

OR u suruh secara berkala PARENTS depa yg mampu atau yg ade kereta - bapa sahaja jemput atau wali


ini lebih selamat.

u see student nak sangat balik - okay sama ada panggil family  - sebab u know family depa sihat dah PKP 4 minggu , then ambik depa and tHEN tetapkan SOP - semasa perjalanan SINGGAH HANYA DI LOKASI YG DITENTUKAN UNTK SOLAT, TOILET

saya suggest KKM sediakan lokasi untuk student ni R & R sebab kalau depa berhenti di mana mana sahaja takut sat gi risiko jangkitan
R&R kosong ke atau terjamin risiko RENDAH Ke?


atau balik naik bus yg spesifik negeri , daerah  atau ibu negeri sahaja then parents ambik.

itu boleh juga

tapi ....risiko still ade.
tapi tak pe, biarlah yg dik pikiaq masalah lebih besar sekarang ni kena fikir juga SOP tambahan macam mane nak uruskan anak anak ini.


Quote mbhcsf 21-4-2020 06:36 PM
tapi kalau student tu  cekal tekal and pintar and bagus mental emosi , wow kalau ada depa nak buat post grad study i think good chance depa ni insya ALLAH ada ketahanan mental.  org macam ni layak endure challenges.
Quote aderaderker 21-4-2020 06:40 PM
Pastu dah balik kampung, asyik makan tidur main socmed berkurung dlm bilik, mak bapak pun membebel.

Melalak nak balik kampus pulak...
Quote lostnfaun 21-4-2020 06:45 PM
KKM boleh bahagi dulu student dari U mana yg bole balik. Student tue perlu disaring seminggu awal.

Dpt mula dr minggu lepas dah elok sebnrnya..
Quote noor2 21-4-2020 06:45 PM
Ni yang aku kata ura2 tu....kang ada yg membangkang kata aku bermimpi. ..choii
Quote noor2 21-4-2020 06:45 PM
Kenapa kerajaan mcm main tarik tali dlm buat keputusan. ...X boleh ke kekal pada satu keputusan. ....hmmm

Lihat semua komen(125)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.207959 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top