CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ford Mustang Rosak Tak Apa 'Asal Bini Okey'

21-4-2020 11:07 AM| Diterbitkan: irapie| Dilihat: 11155| Komen: 45|Original author: Oleh: coklatcadbury

Kredit foto: FB


Susah nak cari suami yang tersenyum dan kekal tenang jika kereta kesayangan ditimpa kemalangan. Apatah lagi jika harga kereta tersebut hampir setengah juta. Boleh geleng kepala sahaja.

Berbeza dengan Syukor Majid apabila isterinya yang menyebabkan kemalangan tersebut. Beliau masih lagi boleh ketawa dan bersyukur isterinya selamat. 

Posting itu dikongsi oleh sahabatnya, cikgu popular Mohd Fadli Salleh di Facebook.


kredit foto: FB

Cikgu Fadli turut memuji sikap Syukor yang menyayangi isterinya melebihi segalanya. Sehinggakan jika ditanya sama ada beliau marah isterinya atau tidak, jawabnya "Eh, tak la cikgu. Benda nak jadi nak buat macam mana. Kereta boleh repair. Boleh beli baru. Bini ni memang la boleh nikah baru, namun takkan sama dengan yang ini."



Kredit foto: FB

Di bahagian komen pula, netizen bersetuju dengan kenyataan bahawa isteri adalah segalanya dan harta boleh dicari ganti. Malah, ada juga yang beranggapan bahawa lelaki begini susah untuk ditemui. Mungkin satu dalam seribu katanya.


Kredit foto: FB

Kemalangan memang tak berbau, tapi perlulah berhati-hati di jalan raya. Harta boleh diganti, tapi nyawa hanya satu yang perlu dijaga sebaiknya. - CARI
2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 21-4-2020 11:47 AM
So??? Tak boleh pandu elok2 ke???? Ke sambil memandu, orang sebelah tolong cikloi atau cikcapkan???

@Themilo @dudaberhias @Xim tak macam ni kan?
Quote alieyrina 21-4-2020 12:00 PM
KejA apa pakai kereta tu
Quote meisapoya 21-4-2020 12:06 PM
Pemakaian tu tolong selari dengan harga kereta, please
Quote makneng 21-4-2020 12:28 PM
Ni kereta depa ke? Btl2 kereta depa?
Quote epal21 21-4-2020 12:33 PM
Syukor tu nampak busuk dengan rambut macam tu. Basuh rambut ke tak tu.
Quote Rara77 21-4-2020 12:49 PM
Founder2 mesia ni kalau tak riak kete mewah depan rumah tak sah.. tambah2 produk timbang kati kosmetik bagai org kaya tak menunjuk kaya.
Quote belilies 21-4-2020 12:50 PM
Wahh lepas upgrade os trus dpt klik gambau xloading cam dedulu kat apps cari.

Btw, suka je tengok dek mustang syg binik.
Quote hazada 21-4-2020 12:52 PM
laki bini ni nampak muka tak cerdik aje.boleh pulak lepas accident posing cam gitu ngan baju kepam.nak publisiti murahan ke apa.warren buffet & syed mokhtar tu billionaires tp kereta biasa2 aje
Quote Knowlee 21-4-2020 01:14 PM
Tgk Facebook profile dia:
Birthday cake Ferrari
Cover picture kereta accident tu
Jual Fibre Flex

Fibre Flex tu apa?
Quote pearl.silver 21-4-2020 01:19 PM
Knowlee replied at 21-4-2020 01:14 PM
Tgk Facebook profile dia:
Birthday cake Ferrari
Cover picture kereta accident tu

Meal supplement nk kurus..

U know produk kurus n produk pemutih boleh buat org malaysia jd jutawan.

Btw depa laki bini dua2 nmpk rempit.

Quote grosouraus 21-4-2020 01:26 PM
Nk promote produk je Ni..Ade jual something la tu..
Quote Orix 21-4-2020 01:33 PM
Rempitnya dekkkk
Quote Knowlee 21-4-2020 01:36 PM
pearl.silver replied at 21-4-2020 01:19 PM
Meal supplement nk kurus..

U know produk kurus n produk pemutih boleh buat org malaysia jd juta ...

Omg... Produk sampah. Buat org sakit buah pinggang atau masalah hati nanti.

Not good... Not good...
Quote bakingsoda 21-4-2020 01:58 PM
tah2 marketing nak lariskan produk
Quote toxicated 21-4-2020 02:02 PM
Syukur tu jual brg basah la skrg. Aku tgk dia bukak agent besar2an..aku tgk ikan dia segar2
Quote EvieWanKenobi 21-4-2020 02:13 PM
awat bini dia jakun sangat bawak Mustang?
Quote nefnefnef 21-4-2020 02:21 PM
Ecececce... Cintaahh sejati ni. Syukurla bini tak pape. Lenkali drive leklok ya dik mustang
Quote naina 21-4-2020 03:19 PM
yela kaya raya mmgla tak marah..
tak kenal 2 org ni
tapi kaya sungguh ya
sesungguhnya Malaysia mmg ramai yg kaya raya
Quote vee_zara 21-4-2020 03:33 PM
Area rumah i ni. Slalu gak terserempak dgn mamat tapi masa naik velfire la. Mcm good2 je dgn rambut serabai gitu. I tak expect bini dia kah iteww? Mcm lepasan spm saje ye. Kata kaya tapi y bini punya dress up mcm lepasan spm baru nak up?.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.126817 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top