CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Tanggung Dosa Kalau Kami Berzina' - Terdesak Nak Kahwin Sampai Ugut Mufti

21-4-2020 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 18987| Komen: 222

Description: Ramai bakal pengantin resah gelisah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Ramai bakal pengantin resah gelisah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Malah, ada yang terdesak hingga sanggup meninggalkan kata-kata ugutan kepada mufti selepas pernikahan mereka terganggu.



Kredit foto: Malaysia Wedding Directory

"Beberapa mufti menceritakan bahawa ada pasangan yang merayu supaya mereka diberi kebenaran untuk mereka bernikah ketika PKP ini, sedangkan jabatan agama Islam minta tangguh terlebih dulu.

"Mereka merayu dengan mufti supaya permudahkan urusan mereka sebab mereka nak nikah, bukan berzina.

"Pasangan berkenaan berkata kepada mufti, kalau mereka berzina mufti perlu tanggung dosa mereka," kata Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin kepada Malaysiakini.

Lantaran itu, mufti dan jabatan agama Islam terpaksa mencari jalan menyelesaikan selari dengan ajaran Islam yang menyarankan urusan perkahwinan seharusnya dipermudahkan.


Menurut laporan, Selangor sudah memberi kebenaran pasangan bernikah melalui sidang video dalam tempoh PKP.


Kredit foto: MalaysiaKini/AlHijrah

Bagaimanapun mereka perlu mendapat kelulusan khas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama jabatan agama Islam negeri memberi kebenaran pasangan yang ingin diijabkabulkan dalam talian sepanjang tempoh PKP. - CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote faraway1 21-4-2020 11:13 AM
Edited by faraway1 at 20-4-2020 10:23 PM

kalau mco, banyak sekatan, part mana boleh berkereta memandu jejauh
semata mata nak pi berzina
Quote virgo19 21-4-2020 11:14 AM
Kalau dah nikah online pun, boleh bersama ke? Sedangkan yg dh lama kawin pun ramai yg terpisah dgn pasangan masing2 sebab pkp.
Quote biozipstar 21-4-2020 11:14 AM
yg 1st ni aku yakin sangat sah sbb ahli2nya boleh dipercayai... kalau yg lain2 kt luar sana tu kena kaji sikitlah.... takut sah x sah diragui, bahaya weh
Quote rizalra75 21-4-2020 11:14 AM
Ke takut anak dalam kandungan semakin membesar???
Quote Grose 21-4-2020 11:16 AM
faraway1 replied at 21-4-2020 11:13 AM
kalau moc, banyak sekatan, part mana boleh berkereta memandu jejauh
semata mata nak pi berzina

moc tu haper?
Quote damsel_fiji 21-4-2020 11:18 AM
percaya la  sgt konsep tanggung2 dosa ni..
wei..dosa ko buat sendiri ko tanggung la setan..apa nak salahkan org lain pulak
Quote mongoose_kidz 21-4-2020 11:21 AM
klau yg bagi alasan takut berzina la x thn la ni mmg aku pelik sgt...
selama ni boleh thn .xkn sebulan dua lagi x boleh..klau kahwin utk lepaskn nafsu je mmg susah la.
Quote c===8 21-4-2020 11:23 AM
mungkin yg cakap mcm tu dah biasa berzina
Quote lipans 21-4-2020 11:26 AM
dia yg berzina, org lain pula kena tangung.
Quote salmon-suki 21-4-2020 11:31 AM
Lorrrrr...org gini pn ada??ko nak berzina pn bkn setakat during pkp..saja je alasan nak berzina tuh..masing2 dah tnjuk kebebalan sendiri..
Quote Kurex 21-4-2020 11:31 AM
Alasan betul la bbnu ni.. kau duduk je la tengok porn sambil cikcap utk elak zina atau layan ponen gayah
Quote tipuware 21-4-2020 11:33 AM
ko nk berzina camne kalau masing2 dok jauh pasal PKP. lain la ko jenis hadap sanggup drive ecuri2 gi rumah pasangan pasal rindu then terzina. macam la ko takleh fikir sebelum ko nak drive ke san akan.. ko dah besar panjang kot..
Quote annehuda 21-4-2020 11:35 AM
kalau ko kawen sebab nafsu, tolong pakai kondom ye.  ni la puak2 beranak je pandai, jaga anak tak reti.
Quote Bergosip 21-4-2020 11:38 AM
Semua kena #stayathome dekat rumah masing2. Yang baru nak berkahwin, tak kan dah pindah dan stay bersama kot. Melampau. Mesti sekarang tengah stay dekat rumah sendiri atau dengan family kan, celah mana boleh berzina ni.

Lagi beberapa hari je lagi nak puasa, tergamak keluar statement "kalau berzina".
Quote ina_na 21-4-2020 11:39 AM
Adoii alasan.. Mcm la duk berjiran gan tunang tu..
Quote sekngucing 21-4-2020 11:43 AM
budak baru nak kawin... bbnk
Quote fliphair8 21-4-2020 11:43 AM
Alahai.....hazab sangat alasan...bbnu kalau bangang dan batak tu normal....keperluan mendesak ke?
Quote MeghanK 21-4-2020 11:45 AM
bodo nya bagi alasan takut zina..rugi je jadi manusia duk pikir seks 24jam..sekali lagi, BODOH
Quote mawar_mustika 21-4-2020 11:47 AM
xmenyabar btul...adik i kt rmh tu lek2 je tangguh kawin sbb pkp ni...katenya kawin skali seumur hidup biar meriah bukan ala kadar huhuhu...

Lihat semua komen(222)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.064477 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top