CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dulu Kata China, Sekarang Ramai Buang Haiwan Peliharaan Di Jalan Masa PKP

21-4-2020 05:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5773| Komen: 64

Description: Kalau dulu, kita kata China kejam. Kini perkara sama berlaku di negara sendiri apabila banyak haiwan peliharaan dibuang.
Kalau dulu, kita kata China kejam. Kini perkara sama berlaku di negara sendiri apabila banyak haiwan peliharaan dibuang.

Menurut Bernama, pembuangan haiwan peliharaan di sekitar Kuala Lumpur meningkat tiga kali ganda dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika berkata, pihaknya menerima maklumat terdapat kucing dan anjing baru dalam satu-satu kawasan yang dijaga Pemberi Makan Haiwan Jalanan.

"Misalnya, sesuatu kawasan itu selalu ada lima ekor anjing, tetapi semalam jumlah itu meningkat kepada 18 hingga 20 ekor, kira-kira tiga kali ganda. Kesemua anjing yang dibuang itu berada dalam keadaan sihat dan sangat bersih," katanya kepada Bernama.


Gambar hiasan
Kredit foto: The Conversation

Selain dikatakan jinak, kebanyakan haiwan berkenaan dikatakan dibuang di kawasan perindustrian yang sunyi bagi mengaburi mata orang awam tanpa mempedulikan keselamatan dan kebajikannya.


"Persatuan tidak menolak kemungkinan pemilik haiwan bertindak sedemikian kerana khuatir jangkitan penyakit dan tidak mampu meneruskan memelihara haiwan peliharaan kerana kehilangan sumber pendapatan ketika musim PKP ini.

"Ke manakah kasih sayang sebelum ini telah pergi? Apakah nasib anjing dan kucing peliharaan yang selama ini menganggap pemilik sebagai keluarga sendiri dan sebagai tempat berteduh selepas dibuang," soalnya.

Sementara itu, peguam Nor Zabetha Muhammad Nor berkata, pemilik haiwan boleh didakwa di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 sekiranya melakukan pengabaian seperti membiarkannya sakit, lapar dan dahaga.

Mereka boleh didenda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun jika didakwa mengikut Seksyen 29 (1)(p).

Nampaknya, ramai pihak masih tidak yakin walaupun Jabatan Perkhidmatan Veterinar sudah menjelaskan bahawa haiwan peliharaan bukan penyebar Covid-19.  - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 21-4-2020 10:16 AM
Betul rasanya... Sebab kucing2 homeless yg mai makan kat rumah tok ni makin byk.. Bagi makan saja la aku mampu buat masa skrg ni..
Quote badaksumbu 21-4-2020 10:21 AM
kedai makan byk yg tutup. kucing2 yg biasa menumpang mkn dkt situ pun tak tau la cari makan dkt mana.

siapa2 yg nak bela kucing, bela anjing bagai tu kalau rasa nak buang bila dah rasa tertekan tu, bwk2 la jgn mengada2 sgt nak membela anjing kucing tu
Quote bakingsoda 21-4-2020 12:48 PM
bekas owner nak bela corona pulak kot , semoga dimakbulkan
Quote AbukRokok 21-4-2020 02:01 PM
dulu gelak kat china skrg jadi kt malaysia ye?
Quote komotthecat 21-4-2020 03:59 PM
sarah82 replied at 21-4-2020 10:16 AM
Betul rasanya... Sebab kucing2 homeless yg mai makan kat rumah tok ni makin byk.. Bagi makan saja la ...

ok la tu dapat gak makan. banyak kucing kena langgar time2 pkp ni walaupun x banyak kete. mungkin sebab dorang merayau cari makan. ingat nak singgah pantai bagi kucing makan tapi risau kot kena tangkap
Quote sarah82 21-4-2020 04:00 PM
komotthecat replied at 21-4-2020 03:59 PM
ok la tu dapat gak makan. banyak kucing kena langgar time2 pkp ni walaupun x banyak kete. mungkin  ...

Kat sini.. Belakang ada gerai makan.. Mungkin sbb tu depa buang.. Aku suka ja kucing mai makan.  Sekurang2..boleh gak aku pesan kat kucing2 tu jaga rumah ni eloo2
Quote Artemesiaa 21-4-2020 04:10 PM
Kedai makan banyak yang tutup sebab tu makin ramai keluar dari persembunyian sebab nak cari makanan.  Nasib ada sesetengah tempat ada ngo dan orang perseorangan datang tolong bagi makanan.  Tak lah terbiar tampa makanan.
Quote komotthecat 21-4-2020 04:10 PM
sarah82 replied at 21-4-2020 04:00 PM
Kat sini.. Belakang ada gerai makan.. Mungkin sbb tu depa buang.. Aku suka ja kucing mai makan.  S ...

kedai makan, petshop, klinik haiwan memang tempat favorite. kena pesan skali jangan buat perangai bukan2. sebab bukan semua orang suka kucing. kalau ada duit lebih boleh mandulkan ibu2 kucing

Quote sarah82 21-4-2020 04:14 PM
komotthecat replied at 21-4-2020 04:10 PM
kedai makan, petshop, klinik haiwan memang tempat favorite. kena pesan skali jangan buat perangai  ...

Ok.. Nanti aku pessn mcm tu gak..
Quote Grose 21-4-2020 04:16 PM
Kayla dizoo negara diadopt adoptkan,mia the alleycat mati kelaparan.

Ayuh kita lanjutkan.lagi pkpmco ini...

Haaaaaaaaaaaasa
Quote bakingsoda 21-4-2020 04:16 PM
komotthecat replied at 21-4-2020 03:59 PM
ok la tu dapat gak makan. banyak kucing kena langgar time2 pkp ni walaupun x banyak kete. mungkin  ...

tak search dulu ke kot dah ada feeder area komot? bagi makanan je kat feeder tu kalau semua nak jadi feeder muncul kluster feeder pulak nnt hehe
Quote Grose 21-4-2020 04:18 PM
sarah82 replied at 21-4-2020 04:00 PM
Kat sini.. Belakang ada gerai makan.. Mungkin sbb tu depa buang.. Aku suka ja kucing mai makan.  S ...

Kasi makan bersyarat rupanya....

Penganiayaan haiwan cara halus

Hisshhhhhh
Quote komotthecat 21-4-2020 04:23 PM
bakingsoda replied at 21-4-2020 04:16 PM
tak search dulu ke kot dah ada feeder area komot? bagi makanan je kat feeder tu kalau semua nak ja ...

aritu nampak ada yang post kat group fb. tapi x tanya dia keluar hari2 ke x. komot bukan feeder aktif pon. kalau kat kawasan bandar memang ada komuniti stray cats ni. komot duk kampung, 20min dari bandar.

Quote ellez 21-4-2020 04:25 PM
Hmmm..tak pernah nampak pulak kucen2 ni kat residensi iols..
Kat luar xtaula xperasan sbb x berjalan..
Yela..dah pegi keje seminggu sekali atau dua saja..balik dari ofis singgah cold storage terus kerumah.
Quote zehra2 21-4-2020 04:32 PM
nasib kat sini ada feeder kasi strays ni mkn..  kita tolong sponsor kibbles kat petshop.. feeder bulih amik kibbles kat petshop ni free..
tp meow yg dah biasa mkn kat kedai makan.. tak nak sgt mkn kibbles ni..
byk jugek ngo mcm phatcathaus kat johor yg feeds strays ni.. ari tu dia org amik anjing kena langgar..
kita tolong la bantu kos rawatannya.. nanti ada org adopt.
Quote sarah82 21-4-2020 04:50 PM
Grose replied at 21-4-2020 04:18 PM
Kasi makan bersyarat rupanya....

Penganiayaan haiwan cara halus

Anjing aku bagi makan pun diam.. Tapi manusia sekor ni.. Menyalak sana sini.. Kalau hidup tu teruk sangat.. Pi bunuh diri.. Kurang sikit perangai cari pasal tu.
Quote Kurex 21-4-2020 05:07 PM
Alaaaaa.. sayangnya....
Quote Grose 21-4-2020 05:18 PM
sarah82 replied at 21-4-2020 04:50 PM
Anjing aku bagi makan pun diam.. Tapi manusia sekor ni.. Menyalak sana sini.. Kalau hidup tu teruk ...

tanamkan dlm hati bila memberi IKHLAS unconditional...apa berat sangat nak faham?

tapi kalau hati itu dah busuk, segala nasihat kebaikan yg org lain beri tidak akan tembus hati yg semoga tidak  ditutup selamanya oleh DIA...

faham ni?

atau memang kau jenis incorigible?
Quote salmon-suki 21-4-2020 05:23 PM
Kata hewan x kena covid,dah kenapa semua pakat buang?jahat betul..kesian miaw2 ngn doggie2 tuh..

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.145959 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top