CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pilu! Cinta Abadi Warga Emas Di Sebalik Dinding Kaca Kuarantin Covid-19

17-3-2020 09:47 AM| Diterbitkan: Archaiv| Dilihat: 6068| Komen: 42|Original author: Oleh: Archaiv


Beberapa keping gambar yang diperolehi DailyMail.com menunjukkan sepasang warga emas, Dorothy Campbell, 88, menemui suaminya, Gene, 89, yang dikuarantin disebabkan COVID-19.

Difahamkan, anak lelaki mereka, Charlie turut berada di samping ibunya untuk membantu wanita itu berhubung dengan bapanya melalui telefon bimbit. 

Gene kelihatan gembira dan lebih bersemangat apabila diziarah isterinya sebelum mereka berpisah, tidak tahu bila akan bertemu kembali.


Sumber foto: Dailymail/Getty Images

Difahamkan, Dorothy berasa amat terdesak untuk menghubungi suaminya pada hari tersebut, setelah pusat itu melarang kunjungan pelawat dari dalam pusat kuarantin. 

Gambar tersebut telah diambil di Life Care Center yang terletak di Kirkland, Washington. Ramai risau dengan keadaan keluarga mereka yang dimasukkan ke dalam pusat jagaan ini. Namun, usaha itu diharap dapat membendung penyakit ini dari terus tersebar.

Purata pesakit yang dimasukkan ke dalam pusat jagaan tersebut memiliki penyakit kronik dan penyakit yang berpanjangan. Hal ini pasti menjadikan diri mereka amat mudah mengalami komplikasi jika penyakit COVID-19 tidak dijaga dengan rapi.

Apa-apa pun, gambar pasangan emas dan anaknya amat menyayat hati. Ketika sebegini, hanya kekuatan pertalian darah sahaja yang dapat menaikkan semangat untuk terus hidup.  - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtahumenahu 17-3-2020 09:53 AM
...sedihnya..moga uncle cepat sembuh
Quote sarah82 17-3-2020 10:02 AM
Aku menangis ok.. Cinta mati betul..
Quote BebeQ 17-3-2020 10:03 AM
Sedihlah~
Moga cepat sihat.
Quote KIM.K 17-3-2020 10:10 AM
Setakat pilu2 di medsos tapi tak menjaga orang tua takpayah la ye. Dipandang sinis

Kudos anak lelaki beliau
Quote ellejo 17-3-2020 10:15 AM
camnela dorang stay in love until umor 80an. aku tengok laki aku je dah sakit ati.
Quote MissyMolly 17-3-2020 10:18 AM
agongnya cinta nenek dan atok
Quote MrsVeneer 17-3-2020 10:19 AM
ellejo: camnela dorang stay in love until umor 80an. aku tengok laki aku je dah sakit ati.

Hahahahhahahah. Gaduh juge tu
Quote Kurex 17-3-2020 10:21 AM
sorry.. aku tercari2 mana la suami dia yg aku nampak imbasan pompuan tu je... bila aku tengok betul2, baru nampak dekat tepi...
Quote nazzse 17-3-2020 10:24 AM
so much love
Quote RatuDunia94 17-3-2020 10:26 AM
Benda2 yg kita selalu tgok dlm filem kini semakin menjadi reality..
Quote yuki812 17-3-2020 10:47 AM
biasanya bila dah tua..dah kedut seribu..masa tu mcm otak dah waras skit boleh pikir siapa sebenarnya yg ssh snang terima kita seadanya. i yakin..diorg ni masa muda2 pon cam kita gak..hiruk pikuk hingar bingar berkelahi sial cilaka sakit hati sesama pasangan. cuma jodoh diorg panjang dan kuat smapi ke tua.
Quote tintin22 17-3-2020 10:49 AM
my heart
Quote grouper 17-3-2020 10:51 AM
ellejo replied at 17-3-2020 10:15 AM
camnela dorang stay in love until umor 80an. aku tengok laki aku je dah sakit ati.

Diorg ni dh bersama puluh2 tahun..hang baru bape tahun..diorg dah lalui mcm2
Quote MissyMolly 17-3-2020 10:52 AM
yuki812 replied at 17-3-2020 10:47 AM
biasanya bila dah tua..dah kedut seribu..masa tu mcm otak dah waras skit boleh pikir siapa sebenarny ...

kita selalu admire satu couple chinese ni...pagi2 berbasikal...apek ni bwk ahso g breakfst...oh alangkah indahnya tua kedut tp masih loving2
Quote becir 17-3-2020 11:12 AM
ellejo replied at 17-3-2020 10:15 AM
camnela dorang stay in love until umor 80an. aku tengok laki aku je dah sakit ati.

Jgn risau, selalu yg panas bersama Tu yg berkekalan sampai akhir hayat..haha
Quote albedah 17-3-2020 11:14 AM
ellejo replied at 17-3-2020 10:15 AM
camnela dorang stay in love until umor 80an. aku tengok laki aku je dah sakit ati.

Uiksss...  Bahaya ni...  Kau kene sihir keee
Quote orgsepang 17-3-2020 11:17 AM
ellejo replied at 17-3-2020 10:15 AM
camnela dorang stay in love until umor 80an. aku tengok laki aku je dah sakit ati.

Kalau tetap bersama masih sayanglah tu.
Quote Supersirap 17-3-2020 11:17 AM
semoga dipermudahkan segala urusan
Quote ell768 17-3-2020 11:23 AM
sedih tgk...huuhuhuh

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.046369 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top