CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Tak Serik! Aliff Syukri Tayang Cek Bayar Zakat Berjumlah RM52,500

17-3-2020 09:25 AM| Diterbitkan: Straya| Dilihat: 11094| Komen: 54|Original author: Oleh: Straya



Kredit foto: New Straits Times

Wah, lepas satu, ke satu isu kontroversi Datuk Seri  Aliff Syukri. 

Semalam, Datuk Aliff memuat naik gambar cek bayaran zakat berjumlah RM52,500 di akaun Instagramnya. Bayaran zakat itu dibuat atas nama Lembaga Zakat Selangor.


Kredit foto: Instagram Aliff Syukri Terlajak Laris


Datuk Aliff Syukri menulis di dalam instagramnya "Syukur Alhamdulillah. Walau apapun yang berlaku sekarang, perniagaan abang masih hebat dengan @as.legacymalaysia. Kalau berminat, whatsapp abang"

Datuk Aliff juga menulis yang dia tidak pernah melupakan tanggungjawab untuk mengeluarkan zakat setiap bulan kerana ingin membantu orang susah lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang seperti kegawatan ekonomi dan Covid 19. 

Usahawan ini juga meminta doa orang  ramai untuk kejayaannya supaya dia boleh terus membantu orang yang tidak berkemampuan.


Kredit foto: Instagram Aliff Syukri Terlajak Laris

Seperti dijangka, statusnya mengundang kecaman ramai yang menuduh dia riak dan menunjuk kakayaan. Jika dilihat di ruangan komen, kebanyakan pengikut Aliff mengatakan, zakat adalah satu amalan yang baik, tetapi tidak perlu menunjuk kepada orang lain. Ibarat kalau tangan kanan memberi, tangan kiri tak tahu. 

Walau bagaimanapun, ada juga pengikut yang memuji sifat pemurah Aliff dan meyokong tindakannya memuat naik gambar cek tersebut untuk memberi inspirasi kepada orang lain berjaya seperti dirinya.

Rasanya, alasan untuk memberi inspirasi pada orang ramai telah banyak kali digunakan sehingga menjadi klise. Datuk Aliff Syukri patut lebih sensitif kerana bukan semua orang bernasib baik sepertinya. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang, di mana beribu orang bakal kehilangan perkerjaan disebabkan ancaman Covid 19. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote biozipstar 17-3-2020 10:28 AM
kena tnjuk bayar aje. tapi value tu xpelah kot. huhu
Quote kuzaime 17-3-2020 10:28 AM
R.I.A.K   



Quote Madel 17-3-2020 10:33 AM
Bagi la full pic..
Nak tenguk betul ke cheque tahun 2020
Quote Boomibulat 17-3-2020 10:56 AM
[ig]https://www.instagram.com/p/B9qy383JoII/[/ig]
Quote Cassieopeia 17-3-2020 11:12 AM
menunjuk je keje dia ni
Quote husna_amal 17-3-2020 11:19 AM
Dah memang jenis show of sejak dulu.
Quote delisha09 17-3-2020 11:22 AM
dia dh g check mental hospital tak lg ni...hahahah
Quote mieymiey 17-3-2020 11:40 AM
DAH-DAH LA BAGI ATTENTION PADA ORANG NI!
Quote rosannazmia 17-3-2020 11:44 AM
Siti lagi kaya dari dia ye?
Quote samshik 17-3-2020 11:50 AM
Die ni mmg hadap naw limelite...
Quote nanasno 17-3-2020 11:52 AM

dah menangis lepas tu promo lagu baru. oh my god i dont understand why people are still following him! he's such a narcissist hunger for attention! aku tak leh tengokkk muka diaaaa menyampah terukkkk.
Quote kucingitam 17-3-2020 12:11 PM
nama pun ali sukri..apa je dia tak tayang..

bebird je dia belum tayang lagi...

kami forumer cari menunggu..
Quote slyfynx 17-3-2020 12:17 PM
Boleh x jangan layan malaun sesumpah ni.
Biarkan je die nk tunjuk ape pun. Xyah kecam, x yah puji, x yah like.
Tu je cara nk bg die sedar.
Lagi kecam lg die seronok barbie ni
Quote axl_bach 17-3-2020 12:19 PM
Ada pernah terdengar dlm kuliah sorg Ustaz kata zakat ni bagus kita war2kan sbb utk galakkan org tunaikan kewajiban berzakat...

Yg xleh war2kan adalah bersedekah
Quote doubleA 17-3-2020 12:26 PM
Ingatkan bida labida dulu super annoying dah, rupanya ada lagi tahap super saiya annoying dia ni
Quote pjade 17-3-2020 01:12 PM
Ni bayar zakat sendiri ke bayar zakat pekerja?
Quote pilot 17-3-2020 01:26 PM
nanasno replied at 17-3-2020 11:52 AM
dah menangis lepas tu promo lagu baru. oh my god i dont understand why people are still following  ...

teringin nak tgk semua follower dia skang bersatu hati pakat unfollow dia..lgpn tak follow still blh tgk apa dia meriak kan...
Quote akuMNdia 17-3-2020 01:57 PM
bila dia kata tak nak meriak lg...aku dah agak dah, mmg takkan tak riak  makhluk sorang ni.
see...tak berapa hari pun keluar statement tu, dah tunjuk cek bayar zakat.
Quote salmon-suki 17-3-2020 02:12 PM
axl_bach replied at 17-3-2020 12:19 PM
Ada pernah terdengar dlm kuliah sorg Ustaz kata zakat ni bagus kita war2kan sbb utk galakkan org tun ...

Ek?tp kalau buatkan kita riak,xperlu ditayang kn kot..ni dah sah2 meriak je kejenye..even nak baca qur'an atau solat atau apa2 ibadah pun sama..jgn smpai ada sekelumit rasa riak..dan garisan riak dgn tak riak tu tipis sgt,mampu ke kita nak tangkis perasaan riak tu walau secara sembunyi?

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.250930 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top