CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Roti Bersalut Daging Coney Dog Ala A&W, Tak Cukup Satu!

17-3-2020 09:41 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6061| Komen: 13|Original author: Oleh: natrahn

Description: Roti sosej bersalut sos daging cincang atau biasanya dikenali dengan nama Coney Dog memang enak dimakan pada bila-bila masa dan menjadi kegemaran anak-anak, mahupun orang dewasa.
Kredit Foto - Zurina Zulkefli Via Masak Apa Hari Ini


Roti sosej bersalut sos daging cincang atau biasanya dikenali dengan nama Coney Dog memang enak dimakan pada bila-bila masa dan menjadi kegemaran anak-anak, mahupun orang dewasa.

Nak membuatnya juga agak mudah. Jom tengok resepinya.


Bahan untuk sos:


Kredit Foto - Zurina Zulkefli Via Masak Apa Hari Ini

  • 3 ulas bawang putih dicincang halus*
  • 1 biji bawang holland dicincang halus*
  • 1 biji lobak merah dicincang halus*
  • Sepaket daging lembu kisar. 
  • 2 sudu besar cili kering kisar.
  • 4 sudu besar sos tomato.
  • 2 sudu kecil serbuk jintan putih.
  • 2 sudu kecil serbuk kari pedas.
  • 2 sudu kecil serbuk cili.
  • 1 sudu kecilserbuk lada hitam.
  • Garam secukup rasa .
  • 1 cawan air.


Bahan untuk hiasan
  • 1 biji bawang holland dipotong dadu dan rendam di dalam air sejuk bersama secubit garam. Kemudian buang air tersebut.

Cara memasaknya :
  1. Bahan bertanda * ditumis bersama minyak panas.
  2. Gaul rata masakan dan masukkan rempah.
  3. Kacau sehingga masak. Pastikan sos tidak terlalu cair tidak terlalu kering. Dibiarkan sos seketika.

Kredit Foto - Zurina Zulkefli Via Masak Apa Hari Ini


Cara Penyediaan:


Kredit Foto - Zurina Zulkefli Via Masak Apa Hari Ini

  1. Sosej dikukus selama 5 minit, manakala roti dikukus selama 1 minit.
  2. Masukkan sosej ke dalam roti, kemudian tuangkan sos daging cincang, dan akhir sekali taburkan bawang holland.
Sedia dihidang. Jangan lupa air Sarsi sejuk untuk diminum bersama.

Kredit Foto - Zurina Zulkefli Via Masak Apa Hari Ini

Selamat mencuba. - CARI

Nota:
  • Rasa utama sos ni adalah jintan putih.
  • Selain daripada lobak merah, boleh gantikan dengan cendawan butang atau batang saderi.
  • Boleh juga letak keju bersama sosej dan sos daging
  • Daging boleh digantikan dengan ayam

Kredit resipi: Zurina Zulkefli Via Masak Apa Hari Ini
3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • PomenObersea


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 17-3-2020 10:03 AM
Aku save dah.. Boleh mencuba ni
Quote KIM.K 17-3-2020 10:06 AM
Biasa buat dgn ramuan tak sebanyak itu
Quote BomBoLoniS 17-3-2020 10:19 AM
wowww... nmpk sedap.. nk cubalah
Quote chicozinn 17-3-2020 10:25 AM
boleh la buat ni kalu betul ofis aku kena lockdown sok..huhuu
Quote merrissa 17-3-2020 11:38 AM
KIM.K replied at 17-3-2020 10:06 AM
Biasa buat dgn ramuan tak sebanyak itu

share please...saya jenis yg brng dpur x byk...tp takat daging kisar tu...ada ler ehehe
Quote husna_amal 17-3-2020 11:44 AM
boleh try ni nampak macam mudah
Quote bloodyamuk 17-3-2020 04:41 PM
lagi best makan sambil minum root beer hehe
Quote AkuMark 20-4-2020 09:25 AM
Oh boley try buat nnt
Quote kaklong_garang 14-5-2020 07:58 AM
ok.dah save resepi.nanti nak try.nampak sedap gilerr
Quote rain2169 30-5-2020 01:27 PM
thanks for sharing...
Quote Far 30-5-2020 07:34 PM
alamak..mengancam nyer coney dog ni. Kena cuba...nak substitute dengan kacang pool.
Quote rainbowrainz 15-9-2020 05:47 AM
Iols dah try wat sedapppp namateyyy..sbb iols yg masak InsyaAllah shedappp
Quote mnh607 23-9-2020 01:08 PM
Wow da ada yg try ek..sedap ek..hmm boleh la try nnt..nantiiii

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.070507 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top