Seorang wanita dibunuh dengan kejam oleh teman lelaki dan ibunya yang kemudian memakan jantung dan buah dadanya. Mirror melaporkan, kejadian berlaku di sebuah gereja di Nigeria.
Ketika disoal siasat, Owolabi Adeeko, 23, mengakui dia memukul kepala mangsa, Favour Daley-Oladele di kepala menggunakan alu lesung. Dia dan ibunya, Bola, 46, kemudian memakan jantung dan buah dada wanita itu. Adeeko mendakwa dia percaya upacara pemujaan itu boleh menjadikan mereka kaya. "Kami melakukannya kerana tiada wang. Hidup kami semakin susah dan perniagaan ibu semakin merudum. Namun, upacara pemujaan itu tidak berkesan," akuinya. Menurut laporan media tempatan, Adeeko dan ibunya sudah ditahan polis bersama seorang paderi yang disyaki memasak anggota tubuh mangsa. Adeeko kemudian mendakwa dia menyesal kerana telah memperlakukan teman wanitanya dengan kejam.
Bola bagaimanapun menafikan pembabitannya dengan pembunuhan mangsa. Katanya, dia menyangkakan daging yang dimakan ketika upacara itu adalah daging kambing. Malah, dia muntah selepas mengetahui kebenarannya. Menurut laporan, mayat mangsa digali berhampiran gereja berkenaan pada Sabtu dan dihantar untuk bedah siasat. Jurucakap polis Abimbola Oyeyemi berkata, Adeeko mengakui mangsa merupakan teman wanitanya. "Keluarga suspek sedang mengalami masalah kewangan. "Apabila dia meminta bantuan daripada paderi, dia diminta membawa seorang manusia untuk dikorbankan," katanya. Kes masih dalam siasatan. - CARI
|
shernazz replied at 8-1-2020 01:35 PM
Bengongnya la
Nak jadi kaya makan tetek orang
Nama nama depa ni iols teringat
shernazz replied at 8-1-2020 01:35 PM
Bengongnya la
Nak jadi kaya makan tetek orang
Nama nama depa ni iols teringat
chicozinn replied at 8-1-2020 02:14 PM
Nama mak nya lagi senang, BOLA..
acik79 replied at 8-1-2020 02:38 PM
Adooiii kelakar la ko ni...
fliphair8 replied at 8-1-2020 02:30 PM
tah2 paderi tu gatai mulut sebut jek...sebab bosan, knowing its nothing new about poverty there....
...
ADVERTISEMENT