|
Kemalangan di tangga eskalator bukan lagi sesuatu yang baru, hampir setiap tahun ada sahaja kes sama berlaku di negara kita. Kali ini, seorang bayi lelaki terpaksa berdepan detik cemas hampir 30 minit apabila pergelangan tangan kirinya tersepit di tangga bergerak di sebuah pasar raya di Kota Bahru, Kelantan, kelmarin.
Menerusi laporan Harian Metro, kejadian itu berlaku jam 6.35 petang dipercayai apabila bayi lelaki tersebut sedang bermain pemegang tangga bergerak. Sewaktu insiden berlaku, bayi itu dijaga oleh bapanya manakala, ibunya sedang berurusan di dalam sebuah kedai di pasar raya berkenaan.
Sebaik sahaja menyedari bayi itu tersepit, orang awam dan beberapa pekerja pasar raya bergegas memberikan pertolongan. Difahamkan, orang awam berhampiran tempat kejadian segera menutup suis tangga bergerak dan lebih setengah jam kemudian pihak penyelenggaraan berjaya mengeluarkan tangan bayi itu. Mujurlah bayi tersebut berada dalam keadaan stabil selepas diberikan rawatan di sebuah hospital. Semoga ini menjadi pengajaran kepada ibu bapa di luar sana. - CARI
|
Sewaktu insiden berlaku, bayi itu dijaga oleh bapanya manakala, ibunya sedang berurusan di dalam sebuah kedai di pasar raya berkenaan.
makita replied at 7-1-2020 11:16 AM
Smlm depan mata meols, si mak n kakak umor dlm 6 tahun selamber naik eskelator tapi biar kan si adik ...
saya anak buah datang dari kampung bawak g mall pun saya tetap pegang tangan dia walau dah 16 tahun... jalan pun pegang tangan dia... risau... ini kan pulak anak kecil... Allahu... sedih kadang2 lihat parents kat mana2 layan tak layan bila anak tuh bercakap, nak pegang tangan sambil jalan.. harap kita semua dijauhkan dari sifat begini...


makita replied at 7-1-2020 11:16 AM
Smlm depan mata meols, si mak n kakak umor dlm 6 tahun selamber naik eskelator tapi biar kan si adik ...

ADVERTISEMENT