Seorang warga emas maut diserang seorang pesakit di sebuah hospital hanya kerana berdengkur dan meninggal dunia dua minggu selepas serangan itu. Lapor Hull Live reports, wanita yang berkongsi bilik wad sama di Hull Royal Infirmary didakwa memukul kepala Eileen Bunting, 65, dengan sebiji cawan kerana tidak tahan dengan bunyi dengkuran mangsa. Akibat serangan itu, warga emas berkenaan menerima 14 jahitan di kepalanya. Difahamkan, ia kali ketiga Eileen dirawat di hospital berkenaan dan dia sepatutnya dibenarkan pulang keesokan harinya. Namun, kejadian itu menyebabkan keadaannya semakin memburuk dan terpaksa ditahan lebih lama di hospital berkenaan. Menurut jururawat, suspek mengikat tombol pintu dengan selimut untuk menghalang orang lain masuk ke bilik itu sebelum menyerang mangsa. Menurut suami Eileen, Philip, 47, seorang pesakit lain di bilik sama mendakwa pada malam sebelum kejadian, suspek merungut kerana tertekan dengan bunyi dengkuran mangsa. Menurut laporan, ketika membuat rondaan, jururawat bertugas mendapati pintu bilik tidak boleh dibuka dan melihat suspek memegang cawan sambil berdiri di sebelah katil mangsa yang berlumuran darah. Jurucakap polis Humberside berkata, pihaknya sedang menyiasat laporan yang diterima mengenai serangan jam 3.45 pagi Jumaat, 22 Mac lalu itu. Adakalanya, memang tertekan apabila sebilik dengan orang yang berdengkur lebih-lebih lagi kalau rasa macam bergegar dunia dengan dengkurannya itu. Apa anda lakukan bila tak tahan dengan bunyi dengkuran rakan sebilik? - CARI
|
exclusive_vvip replied at 2-5-2019 02:42 PM
kesiannya...tapi btol ke umo 67 nenek tu? tgk muka mcm umo 80an je...org2 yg umo pertengahan 60an yg ...
ADVERTISEMENT