Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memulangkan paku buah keras terhadap segelintir artis tempatan yang lantang mengkritik dasar ekonomi negara ketika Barisan Nasional (BN) memerintah dahulu. Memetik status dalam laman Facebook miliknya pada 1 Mei, beliau tahu mereka berbuat demikian walaupun pakar-pakar ekonomi menyatakan dasar ekonomi BN berada di landasan yang betul. Najib yang juga bekas Menteri Kewangan menyuarakan kebimbangan terhadap situasi ekonomi negara yang semakin teruk selepas Pakatan Harapan (PH) memerintah sehingga menyebabkan aktiviti perniagaan merosot dan ramai rakyat hilang pekerjaan.
Pada masa sama, beliau turut bersimpati dengan nasib artis tempatan yang pendapatan mereka terjejas kerana bukan sahaja kurang menerima undangan membuat persembahan, malah peluang yang ada diberikan kepada artis asing. Para netizen yang bersependapat dengan Najib turut mengecam artis-artis tempatan yang pernah menyalahkan dasar BN sebagai punca kemerosotan ekonomi negara sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14. Mereka bersetuju bahawa rakyat sepatutnya lebih mempercayai analisis dan pandangan pakar-pakar ekonomi serta badan penarafan antarabangsa, dan bukannya artis-artis tersebut. |
ADVERTISEMENT