CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Boleh Ke Ibu Bawa Anak Lelaki Masuk Tandas Perempuan Sebab Takut Pedofilia?

2-5-2019 06:23 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6550| Komen: 24|Original author: Oleh: Azza

Description: Berita mengenai pencabulan kanak-kanak berusia lapan tahun di sebuah pasar raya di Ipoh, Perak menarik perhatian Aktivitis Sosial, Syed Azmi. Kekesalannya diluah di Facebook membuatkan ramai netizen t ...




Berita mengenai pencabulan kanak-kanak berusia lapan tahun di sebuah pasar raya di Ipoh, Perak menarik perhatian Aktivitis Sosial, Syed Azmi. Kekesalannya diluah di Facebook membuatkan ramai netizen terutamanya ibu-ibu memberi komen mengenai kebimbangan gejala pedofilia ini.

Kejadian yang berlaku di tandas lelaki ketika kanak-kanak tersebut keseorangan, sementara ibunya menunggu di luar tandas. Kanak-kanak tersebut dipanggil oleh warga Bangladesh berusia 29 tahun lalu dilondehkan seluar mangsa kemudian dipaksa melakukan seks oral sebanyak dua kali.

Lebih menyedihkan ialah pemangsa dilepaskan oleh pihak pengurusan pada awalnya kerana ramai yang tidak percaya dengan cerita budak itu, sehinggalah ada lelaki lain menangkap pemangsa tersebut untuk dibawa ke balai polis.

Persoalannya ialah, bolehkah ibu membawa anak lelakinya ke tandas wanita kerana bimbangkan keselamatan mereka?

Kredit foto: Facebook

Kebanyakan wanita yang bergelar ibu bersetuju untuk membawa anak lelaki mereka masuk ke dalam tandas wanita kerana bimbangkan perkara buruk seperti ini. Maklumlah trauma yang akan dihadapi oleh mangsa bukan calang-calang kerana mereka masih naif lagi. Jadi, bukan kanak-kanak perempuan sahaja tidak selamat kerana kanak-kanak lelaki turut menjadi mangsa kepada pedofilia yang jahat ini.

Seorang netizen turut bercerita pengalaman buruk yang pernah dihadapi oleh anak rakannya seusia tujuh tahun. Bukan sahaja dicabul, kencing dalam mulut, kena tapak hingga terpaksa dikejarkan ke wad.

Oleh sebab itu, ramai ibu yang telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan membawa masuk anak lelaki mereka ke dalam tandas perempuan jika suami tiada disisi. Jika budak lelaki tersebut segan, ibu-ibu ini akan memilih tandas orang kelainan upaya (OKU) berbanding tandas lelaki yang tidak diketahui tahap keselamatannya.

 

Kredit foto: Internet

Bagaimanapun tidak kesemua yang bersetuju dengan pendapat ini lalu mengatakan masih terdapat banyak cara selain membawa masuk anak lelaki ke tandas perempuan. Tetapi, tidak pula dinyatakan cara tersebut.


Namun begitu, ada inisiatif dari beberapa pasar raya gergasi dalam mewujudkan tandas keluarga telah memudahkan ibu bapa untuk memantau anak-anak mereka. Ia adalah tindakan yang harus diberi kredit supaya lebih ramai organisasi peka dengan keperluan seperti ini.

Kredit foto: Internet

Selain itu diharapkan agar daftar pelaku seksual ini dititikberatkan agar pesalah diharamkan untuk memasuki Malaysia kembali. Jadi, apa pendapat anda? Wajarkan ibu-ibu dibenarkan membawa anak lelaki mereka masuk ke tandas wanita? - CARI 
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mongoose_kidz 2-5-2019 06:34 PM
aku ok je klau tgk budak lelaki dlm toilet prmpuan..sbb tahu mst ikut mak punya..
lgpun bukan ko buat ape pun kat ruang terbuka tu selain betulkn tudung/mekap n basuh tgn...
Quote umbut 2-5-2019 06:54 PM
Kalau budak lelaki dgn maknya. Okler
Kalau sorang2 jate masuk. X bolehler
Buktikan mak ikut.. jgn mak dok luar
Quote Skuau 2-5-2019 07:07 PM
Lelaki mereka dipukul,wanita mereka ditoreh mukanya...sementara kanak2 mereka pula dicabul....MALAYSIA ORANG BODOH...KE...BANGLA BODOH???????
Quote ArnabAtasBulan 2-5-2019 07:13 PM
Saya rase ok je bawak anak laki masuk toilet pompuan, tapi sampai umo diorang berapa ye? Takkan umo 15 nk masuk toilet pompuan lg? Kalau ade tandas oku yg kosong baik pakai yg tu je. Sbb biasenye tengok slalu kosong je pon. Harap2 takdelah org oku nk bising pulak nnti. Hmmm...
Quote jazaa100 2-5-2019 11:33 PM
7 tahun.....

budak lelaki 7 tahun, mak bawak lah gi toilet pompuan.....
yg pompuan nak komplen tu pehal....
budak umor 7 tahun tak terinzal pun tengok korang....budak 7tahun takkn rogol korang....
Quote mozzamohtar 3-5-2019 12:06 AM
Ok je kalau bdk lelaki berumur bawah 10 thn atau yg blm baligh ditemani keluarga perempuan utk menggunakan tandas perempuan atas sbb keselamatan. Yg serem bila ada pondan atau perempuan fuhh masuk tandas perempuan. Tu pencabulan hak privasi org perempuan.
Quote LautBiru52 3-5-2019 12:15 AM
Eh ape ke sial laki pedo kt malaysia ni??
Quote applemy 3-5-2019 10:01 AM
Bawak la ikut masuk anak2 laki korang sampai baligh. Sebab tandas laki2 ni.. ai tell u 100% hamsap. Pengalaman ai dari sekolah sampai la bekerja.. eeii
Quote CARI-MAMS 3-5-2019 10:12 AM
haritu terkejut gi toilet kat TGV..ada bapak budak bawa anak2 perempuan dia...maybe dh umur 7/8 thn..
Quote Intanterpilih09 3-5-2019 01:46 PM
mozzamohtar replied at 3-5-2019 12:06 AM
Ok je kalau bdk lelaki berumur bawah 10 thn atau yg blm baligh ditemani keluarga perempuan utk mengg ...

Setuju.i pun bw ja ank lelaki masuk tandas wanita.nak tggl dia kat luar sorg2 x sanggup.budak2 lg mana ada nafsu.nak skodeng org pun x reti.
Quote anilas85 3-5-2019 02:47 PM
aku bawak p toilet oku... kdg kalau toilet oku lock, bwk masuk je toilet pepuan... pdulik hape aku kalo takat kena sound o org pndg kerek, asalkan ank aku selamat...anak aku umo 7 thun
Quote mialunar 3-5-2019 03:11 PM
X setuju la kalau bawak kanak2 lelaki masuk tandas... rasa x selasa ..nak2 yang lari sana sini ... kalau masuk tandas oku ..marah orang oku...deme pun nak guna jugak..baik letak tukang  jaga atau didik kanak2 macam mana nak bertindak sekiranya diganggu atau wujudkan tandas keluarga
Quote Artemesiaa 3-5-2019 04:06 PM
Demi keselamatan kanak2 tak salah pun nak guna tandas perempuan asalkan maknya ada sekali.  Setengah tandas perempuan pun ada satu dikhaskan untuk kegunaan ibu dan anak.  Juga ada juga yang menyedialan tandak kanak2 lelaki didalam tandas perempuan.
Quote rayray28 3-5-2019 04:32 PM
Kita ni mak2 xpe lg bwk anak laki kecik dlm toilet..tp if bwk yg bwk anak pmpuan alahai siannya nk lak if tandas oku or bdk tu locked or rosak..
Quote tri-max 4-5-2019 10:01 AM
klu anak laki aku masuk tandas, dlm 5 minit klu tak kuar aku da jerit dari luar
at least kalau ada yg nak buat jahat akan pikir ada rimau kat luar
lantakla jejantan yg kat dlm tu terganggu konsentrasi ke tak
Quote eyansss 4-5-2019 11:24 PM
dah sampai masanya ada satu tandas khas untuk parents with kids...  macam OKU tu...  letak satu pun jadi la...  aku kalau keluar tanpa suami, memang pakai tandas OKU bawak dedua anak lelaki aku...  kalau masa tu ada orang pakai, baru la aku masuk ke tandas biasa...

certain jusco ada tandas untuk parents with kids ni...  kat mid valley ada baby area yang ada tandas luas kat dalam tu untuk parents bawak semua anak2 masuk...
Quote whadda 5-5-2019 12:00 AM
Ooo camtu ke ceritanya budak tu dicabul.. memang aku takkan lepas la pas ni nak pegi toilet sorang2
Quote whadda 5-5-2019 12:03 AM
kat mane ek aku pegi baru ni toilet tuk family.. ade 2 toilet bowl.. 1 dewasa 1 kanak2.. cepatnye aku lupe
Quote Sonneblume 5-5-2019 04:32 AM
i ok je budak2 laki masuk tandas pompuan..tapi kena masuk dengan mak la jgn sorang2.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.072633 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top