Seorang lelaki telah ditangkap kerana mendera isterinya dengan membogelkan, memukul dan membotakkanya kerana enggan menari untuk menghiburkan kawan-kawannya. Kejadian yang berlaku di sebuah daeran di Pakistan itu hanya menjadi perhatian pihak berkuasa apabila mangsa muncul di media sosial dengan tubuh dipenuhi kesan lebam merayu orang awam supaya membantunya. Wanita itu yang bernama Asma Aziz berasal dari Lahore, Pakistan mendakwa suaminya, Main Faisal beserta beberapa kawannya berang apabila mangsa enggan menari untuk menghiburkan mereka. Asma mendakwa pakaiannya dilucutkan, kepalanya dibotakkan dan badannya dipukul dengan paip besi sehingga cedera. "Suami yang membogelkan saya di depan rakannya dan mereka membotakkan kepala dan membakar rambut saya "Pakaian saya berlumuran darah dan diugut akan digantung dalam keadaan bogel," katanya. Asma berkata, Faisal seorang yang penyayang pada empat tahun pertama perkahwinan mereka, tetapi hanya beru-baru ini berubah perangai. Asma mendakwa beliau meminta pertolongan orang awam kerana ibu bapanya sudah meninggal dan beliau anak yatim tanpa saudara mara. Menurut sumber, Shireen Mazari, Menteri Hak Manusia di Jabatan Perdana Menteri Pakistan telah maklum akan perkara itu dan mengarahkan kesemua suspek ditahan. Dikhabarkan, kesemua tertuduh telah direman polis khamis lalu, menurut akhbar Pakistan Today. Betapa kejamnya lelaki yang mendera isteri hanya kerana tidak menari untuk menghiburkan rakan-rakannya. Semoga mendapat balasan setimpal. - CARI
|
TOPwind replied at 1-4-2019 02:39 AM
ramai melayu yg kahwin org paki tlh merasakanya-krn batang mancung merana seumur hidup
sukacactus replied at 1-4-2019 02:44 AM
Mabuk ke apa laki dia ni...gila!
ADVERTISEMENT