Seorang lelaki telah ditangkap kerana mendera isterinya dengan membogelkan, memukul dan membotakkanya kerana enggan menari untuk menghiburkan kawan-kawannya.
Kredit foto: Carian Google
Kejadian yang berlaku di sebuah daeran di Pakistan itu hanya menjadi perhatian pihak berkuasa apabila mangsa muncul di media sosial dengan tubuh dipenuhi kesan lebam merayu orang awam supaya membantunya.
Wanita itu yang bernama Asma Aziz berasal dari Lahore, Pakistan mendakwa suaminya, Main Faisal beserta beberapa kawannya berang apabila mangsa enggan menari untuk menghiburkan mereka.
Kredit foto: Carian Google
Asma mendakwa pakaiannya dilucutkan, kepalanya dibotakkan dan badannya dipukul dengan paip besi sehingga cedera.
"Suami yang membogelkan saya di depan rakannya dan mereka membotakkan kepala dan membakar rambut saya
"akaian saya berlumuran darah dan diugut akan digantung dalam keadaan bogel," katanya.
Kredit foto: Twitter
Asma berkata, Faisal seorang yang penyayang pada empat tahun pertama perkahwinan mereka, tetapi hanya beru-baru ini berubah perangai. Asma mendakwa beliau meminta pertolongan orang awam kerana ibu bapanya sudah meninggal dan beliau anak yatim tanpa saudara mara.
Kredit foto: Twitter
Menurut sumber, Shireen Mazari, Menteri Hak Manusia di Jabatan Perdana Menteri Pakistan telah maklum akan perkara itu dan mengarahkan kesemua suspek ditahan. Dikhabarkan, kesemua tertuduh telah direman polis khamis lalu, menurut akhbar Pakistan Today.
Betapa kejamnya lelaki yang mendera isteri hanya kerana tidak menari untuk menghiburkan rakan-rakannya. Semoga mendapat balasan setimpal. - CARI |