Luluh hati seorang wanita apabila anaknya tergamak memberi alamat dan nombor telefonnya kepada ceti haram bagi membolehkan mereka menagih hutang dengan ibunya. Memetik Harian Metro, wanita yang tinggal di Alor Akar, di Kuantan itu kini tinggal dalam ketakutan kerana sering diganggu sehingga terpaksa menukar nombor telefon.
Difahamkan, anak bongsu daripada tiga beradik itu sudah hampir tujuh tahun tidak menghubunginya keluarganya. Menurut warga emas berusia 64 tahun itu, anaknya pernah berhutang dengan along sebanyak RM58,000 akibat tabiat suka berjudi dan wanita itu terpaksa membantu menyelesaikan bayaran berkenaan. “Kemudian dia kata hendak pergi bekerja di Singapura dan sejak itu, dia langsung tidak menghubungi saya atau balik ke rumahnya di sini,” katanya. Suri rumah itu mendakwa rumahnya didatangi sekumpulan lelaki dipercayai along yang menampal risalah dan meminta mangsa menjelaskan hutang anaknya.
Bagaimanapun, mereka tidak memberitahu jumlah yang dipinjam anaknya dan mengugut akan menyimbah cat merah ke rumah jika gagal membayarnya. Tambahnya, dia dihubungi along hampir 20 kali sehari hingga memaksanya menukar nombor telefon. Dia yang sudah tidak tahan diganggu membuat laporan polis dan mendakwa tidak mahu ada apa-apa ikatan dengan anak lelakinya itu lagi. “Dia membuat pinjaman along untuk berjudi, kemudian dia beritahu along supaya kutip semula duit mereka daripada saya. Dia turut menyerahkan segala butiran peribadi saya dan kakaknya kepada along berkenaan. “Saya sudah tidak tahan. Saya tidak mahu lagi ada apa-apa kaitan dengan dia, cukuplah saya bantu dia sebelum ini. Saya juga harap pihak berkuasa mengambil tindakan kepada along yang mengugut dan menakutkan keluarga saya. “Jika berlaku lagi saya tidak teragak-agak untuk tampil membuat laporan polis lagi. Jangan ganggu dan cari saya, wang dipinjam anak saya, pergi cari dia, bukan saya,” katanya. - CARI
|
arm_band replied at 29-3-2019 08:00 AM
eh bukan along je.... tm pun sibuk cari bini & pak mertua si penghutang nak tagih hutang
arm_band replied at 29-3-2019 04:00 PM
eh bukan along je.... tm pun sibuk cari bini & pak mertua si penghutang nak tagih hutang
ixora87 replied at 30-3-2019 11:30 AM
Betul2.. skrg ni kbanyakkan yg call kutip hutang tu agen. Mmg stail along dah. Cari bini, family s ...
mawar_mustika replied at 31-3-2019 03:39 PM
one of my job scope angkat call...company i ade lebih kurang 200++ staff...80% call setiap hari adal ...
ADVERTISEMENT