Anda sudah ada rancangan untuk berjalan-jalan pada hujung minggu ini? Kalau belum, apa kata anda berkunjung ke ibu negara untuk menyaksikan Menara Kuala Lumpur bertukar warna kepada merah jambu. Pasti menarik untuk dijadikan kenangan kan? Kepada peminat tegar patung Barbie, pastinya anda sedia maklum bulan Mac adalah bulan kelahiran Barbie dan atas sebab itulah Menara Kuala Lumpur turut bermandi cahaya merah jambu sehingga 31 Mac. Bersempena tahun kelahiran Barbie yang ke-60 ini, Barbie memperkenalkan slogan 'You Can Be Anything' sebagai kata-kata inspirasi sesuai dengan jualan patung Barbie berbajukan 60 jenis kostum pekerjaan yang mulai dijual secara eksklusif. Antaranya termasuklah kostum Angkasawan, Pembaca Berita, Juruterbang, Ahli Politik dan Pemain Bola Sepak. Selain Malaysia, negara lain turut menyambut acara unik ini melalui simbahan cahaya warna merah jambu pada bangunan ikonik masing-masing seperti Manila City Hall di Filipina, Singapore Flyer di Singapura, Muzium Fatahillah di Indonesia dan Emquartier di Thailand. Jadi, jangan lupa mengambil OOTD atau pun swafoto di Menara Kuala Lumpur sehingga 31 Mac ini ya! Sertakan juga hashtag #barbie60 sebagai tanda sokongan anda. - CARI
|
4
Bagus |
6
Marah |
4
Terkejut |
8
Sedih |
3
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT