CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ini Antara Senarai Sempadan Negara Di Seluruh Dunia Paling Unik Untuk Anda Ketahui

19-3-2019 11:09 AM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 7191| Komen: 15|Original author: Oleh: nameera

Description: Setiap negara di dunia ini mempunyai wilayahnya sendiri. Untuk mengekalkan kedaulatannya, setiap negara bersetuju menetapkan batas sempadan.
Setiap negara di dunia ini mempunyai wilayahnya sendiri. Untuk mengekalkan kedaulatannya, setiap negara bersetuju menetapkan batas sempadan. 

Apabila memikirkan sempadan negara, pasti anda akan terbayangkan sesuatu yang terpencil, dikawal ketat dan kadang-kadang tidak boleh dilihat bukan?

Namun, tahukah anda masih ada sempadan negara yang unik dan menarik untuk diketahui.


1. Mexico dan Amerika Syarikat


Kredit Foto: Google

Sempadan yang paling kerap dilintasi di dunia. Sempadan kedua-dua negara ini kelihatan begitu ketara. Di sebelah kanan adalah Tijuana, Baja California, memiliki pembangunan yang membangun, manakala di sebelah kiri adalah San Diego, California, merupakan loji rawatan kumbahan yang dibina untuk membersihkan sungai Tijuana.



Kredit Foto: Google


2. Hungary, Slovakia dan Austria


Kredit Foto: Google

Batas tiga negara ini adalah unik kerana ada meja segi tiga dan kerusinya yang memisahkan tiga negara. Sisi pertama meja dimiliki Hungary, sisi kedua meja dimiliki Slovakia dan sisi ketiga dimiliki Austria.


3. Norway dan Sweden


Kredit Foto: Google

Norway dan Sweden merupakan salah satu sempadan yang agak unik. Kedua-dua negara ini memiliki sempadan negara dengan garisan putih di tengah jambatan yang membahagikan kedua-dua kawasan di negara ini.


Kredit Foto:Google

Apa yang lebih menarik, terdapat sempadan dengan hanya memotong laluan pokok. Kebiasaannya digunakan warga Sweden yang menaiki kereta salji (laluan terhad dengan jarak kira-kira 1000 batu sahaja). Namun, sebaliknya di Norway, kereta salji dilarang sekeras-kerasnya oleh pihak berkuasa kerana dikhuatiri akan menakutkan hidupan liar dan menjejaskan alam sekitar.


4. Belgium dan Belanda


Kredit Foto:Google

Terdapat sebuah bandar di benua Eropah yang dipanggil bandar Baarle yang mempunyai nama berbeza. Di Belanda, bandar ini sering dipanggil bandar Baarle-Nassau. Di wilayah Belgium, bandar ini dipanggil Baarle-Hertog.


Kredit Foto:Google

Batasan antara Belanda dan Belgium tidak hanya dipisahkan dengan garisan, tetapi sempadan ini mempunyai wilayah eksklaf (exclave) . Wilayah exclave adalah wilayah negara yang berada di wilayah negara lain.


Kredit foto:


5. Korea Utara dan Korea Selatan


Kredit Foto:Google

Negara yang memutuskan untuk mengadakan perdamaian sejak April 2018 ini bersempadan secara langsung di dataran. Korea Selatan dan Korea Utara dipisahkan oleh zon selamat yang dipanggil DMZ (zon demiliterisasi).


Kredit foto: cbsnews

Perbezaan kedua-dua negara ini sangat ketara. Salah satu yang dapat dilihat adalah lampu pada waktu malam di Korea Utara yang hampir bergelap di malam hari berbanding di Korea Selatan.


6. Poland dan Ukraine


Kredit foto:zmescience

Kedua-dua negara ini berada di Benua Eropah Timur. Ukiran tanaman ladang berbentuk dua ekor ikan yang dihasilkan oleh Yaroslav Koziaroy ini adalah sebagai simbolik kepada keselamatan dan usahasama antara dua negara.
                                                                                                
   
                                                                                          7. China dan Nepal


                                
Kredit foto: World Atlas

Titik tetinggi bumi ini sebenarnya adalah sempadan antarabangsa antara China dan Nepal yang mana ia berada betul-betul di puncak Gunung Everast, tepat - tidak kurang dari 8,848 meter.

8. Sepanyol dan Portugal


Menaiki flying fox dari Sepanyol ke Portugal adalah sesuatu yang baru jika ingin melepasi sempadan. Hal ini demikian, kedua-dua negara berkenaan mempunyai sempadan kurang dari setengah batu panjangnya. Apa yang lebih menarik, perbezaan zon waktu kedua-dua negara ini adalah satu jam.


9. Jerman-Belanda


Kredit Foto:Google

Sempadan negara di dalam bangunan. Itulah keunikan sempadan bagi kedua-dua negara ini. Bahkan di sisi bangunan ini terdapat peti Mel dan polis Jerman, manakala di satu sisi lagi adalah Belanda.


10. Haiti - Republik Dominica


Kredit foto: Google

Bahagian kiri gambar adalah wilayah negara Haiti, manakala bahagian kanan imej adalah wilayah negara Republik Dominika. Kedua-dua negara kecil ini terletak di pulau yang sama di Caribbean, Amerika Tengah. 

Keunikan kedua-dua sempadan ini adalah perbezaan hutannya yang mana Haiti (kiri) mempunyai asas tersendiri mengenai penebangan manakala Republik Dominika (kanan) pula sebaliknya. 


11. Argentina,Paraguay dan Brazil


Kredit foto: Google

Sempadan ketiga-tiga negara ini hanyalah dipisahkan oleh Sungai Parana dan Iguazu.

12. Malaysia - Indonesia


Kredit foto: Google

Dulu, terdapat sebuah filem berjudul "Tanah Syurga...katanya" yang menunjukkan perbezaan kedua-dua negara ini walaupun hanya bersebelahan. Namun kini, Indonesia juga semakin hari sudah pun kian memaju.


Kredit foto: Google


Kredit foto: Brilio

Selain itu, terdapat juga rumah dua negara yang betul-betul berada di kedua-dua negara. 


Kredit Foto : Google


13. Malaysia - Thailand


Kredit foto: Google

Seperti di Malaysia-Indonesia, Malaysia-Thailand juga mempunyai perbezaan waktu yang mana Malaysia adalah satu jam lebih cepat dari negara sempadannya. Salah satu sempadan Malaysia-Thailand yang begitu sibuk adalah sempadan Bukit Kayu Hitam yang mana menjadi laluan utama dari Malaysia untuk ke Danok dan seterusnya ke Hat Yai.  


Kredit foto: Google

Keberadaan kedua-dua sempadan negara ini adalah bersebelahan sahaja.


Selain itu, terdapat banyak lagi sempadan negara yang dikatakan unik dan menarik. Pada pendapat anda, sempadan manakah yang begitu unik dan menarik di mata anda? Atau anda ada pilihan lain? - CARI


Sumber: https://www.brilio.net/serius/foto-6-perbatasan-indonesia-dulu-dan-sekarang-berubah-drastis-170330z.html#,https://www.finansialku.com/daerah-perbatasan-terunik-di-luar-negeri/,https://www.zmescience.com/other/great-pics/ready-14-mind-blowing-international-borders-around-world/#4_Norway_8211_Sweden, https://www.youtube.com/watch?v=Yao40O4YhWQ, https://blog.misteraladin.com/7-perbatasan-antar-negara-paling-unik-di-dunia/
5

Bagus
5

Marah
6

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 19-3-2019 11:40 AM
Selalu yang tinggal di garis sempadan seperti itu akan ada dua kerakyatan
Quote nazzse 19-3-2019 11:52 AM
So yang tinggal sempadan dekat (tak kena rentas sungai etc.) mcm tu kena pakai passport tak?
Quote Sang_Pencinta 19-3-2019 11:59 AM
Malaysia Indonesia tu di Serikin ke TT?
Quote kechikchomel 19-3-2019 12:13 PM
Sang_Pencinta replied at 19-3-2019 11:59 AM
Malaysia Indonesia tu di Serikin ke TT?

yang iolss tau pulau sebatik,tawau. lecturer iolss citer ada rumah tu ruang tamu malaysia, dapur indonesia (tak tau la kalau dia memain je kan )kalau kat serikin tu tak tau la keadaan dia macam mana



Quote dekmieDandy 19-3-2019 12:57 PM
nazzse replied at 19-3-2019 03:52 AM
So yang tinggal sempadan dekat (tak kena rentas sungai etc.) mcm tu kena pakai passport tak?

kalau kat kelantan tu orang luar dari tempat tu kadang2 bawak je passport utk berjaga2

kalau orang situ memang tiap hari keluar masuk x yah pakai passport

naik bot je gi sana-sini
Quote Supersirap 19-3-2019 01:34 PM
info yang menarik, tapi sudah pernah baca
Quote nazzse 19-3-2019 01:38 PM
dekmieDandy replied at 19-3-2019 04:57 AM
kalau kat kelantan tu orang luar dari tempat tu kadang2 bawak je passport utk berjaga2

kalau or ...

Tahu, org dekat2 situ,ya pakai pas sempadan..yg tak pakai pape tu naik bot haram d pangkalan haram. If ikut pangkalan feri/bot imi, kena cop pasport ya.
I tanya negara2 yg bersempadan tanah mcm dkt jerman-belanda, belgium-belanda tu
Quote mbhcsf 19-3-2019 03:38 PM
good info....ni yg terbaikkkkkkkkkkkkkkkkkkk
Quote kroit92 19-3-2019 11:42 PM
informative
Quote tri-max 21-3-2019 09:10 AM
TT,apsal sempadan negara luar photo sedap mata memandang
tapi sempadan malaysia mcm kurengggg
btw good info TT
Quote AppleJack 22-3-2019 02:21 AM
good info
Quote CikB 29-6-2019 05:36 PM
tq bagi info ni
Quote groundfloor 30-6-2019 08:14 PM
Info yg bagus...bestnya kalau dpt pergi yg belanda tu...
Quote ninjago 1-7-2019 04:05 PM
menarikkkk!!
Quote Foxey 7-7-2019 12:42 AM
Menarik info ni, sangat suka. Thanks tt for sharing such great info

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.087218 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top