CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wajibkan Elaun Latihan Industri Perlu Diteliti

18-3-2019 05:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5369| Komen: 54

Description: Kementerian Pendidikan mencadangkan elaun minimum pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) diteliti semula dengan mendalam agar tidak membebankan industri, lapor Bernama.
Kementerian Pendidikan mencadangkan elaun minimum pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) diteliti semula dengan mendalam agar tidak membebankan industri, lapor Bernama.


Gambar hiasan


Timbalannya, Teo Nie Ching menjelaskan dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa pemberian elaun boleh membebankan majikanm sekali gus membataskan kemampuan syarikat untuk mengambil pelajar latihan industri.

"Tujuan utama penempatan pelajar adalah untuk mempraktikkan teori yang dipelajari di IPT dalam situasi sebenar di tempat kerja. Jadi, penetapan elaun adalah bergantung kepada peruntukan majikan," ujarnya menjawab soalan Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengenai kadar elaun minimum bagi sepanjang latihan di sektor awam atau swasta.


Kredit foto: Sinar Harian


Tambahnya, cadangan mewajibkan majikan mengambil sekurang-kurangnya seorang mahasiswa setahun juga perlu dikaji kerana isu itu tidak termaktub dalam undang-undang sedia ada.

Selain itu, pelbagai aspek lain perlu diambil kira termasuk jumlah majikan dalam industri bagi memastikan ia mampu menampung keperluan. - CARI
4

Bagus
9

Marah
5

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • edmorita79

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote najib888 18-3-2019 05:43 PM
Bagi je la elaun budak2 LI ni.. kesian oo aku tgk depa.. buat keja macam staf.. bercerau gak peluh.. tapi bila tnya, katanya tak dapat sekupang pun.. sedih.. aku selalu ja belanja depa makan minum..

Kerajaan kena tgk gak, ramai majikan main kotoq.. depa amik budak2 yg LI ni for the sake nak dpt free man power..
Boleh maki2, tak yah bayaq skupang duit..
Quote AbukRokok 18-3-2019 05:59 PM
tak payah la buat latihan inbdustri mcm ni
Quote ninja boy 18-3-2019 06:28 PM
Kalau majikan x mampu x payah ambik li. Nak pekerja free kunun.
Quote RatuDunia94 18-3-2019 06:34 PM
Ala bayar je la elaun tu.. anggap je lah sedekah ko bantu budak tu..
Quote tobby 18-3-2019 07:02 PM
Ph menang rakyat senang
Quote srisofe 18-3-2019 08:13 PM
Kena bagi lar..diorang pun nak guna duit utk makan,tambang lagi.
Quote top5complete 18-3-2019 08:28 PM
dia ni tak rasa latihan industri sebab tu senang je dia cakap, aku dulu latihan buat kerja macam bangla.. pukimak 1 sen pun tak kena bagi,.. sialan..
Quote kroit92 18-3-2019 08:37 PM
aku dulu praktikal pun free je. habis minyak, lunch tak makan save duit, kerja macam kuli, kita yang berpeluh-peluh buat kerja walau pakai baju kemeja, kena marah, dimalukan, bla blab bla

nasib baik dapat A praktikal.. tapi rasa tak berbaloi..
orang tanya praktikal belajar apa?
belajar apa, jadi kuli la, kuli dapat gaji. kita tak dapat. jadi hamba kut

praktikal kejenya, fotostat, stapler kertas, susun goodies bag, susun kerusi meja, staf senior semua bagi arahan, lepas tu duduk main fesbuk, jilake
aku diamkan je la.

lepas 2 minggu praktikal, ada khabar angin cakap aku ni sebenarnya SPRM in disguise. sejak tu office jadi rajin, soleh dan solehah. padahal aku student biasa je. thank you khabar angin
Quote tom2 18-3-2019 09:20 PM
bagi je la elaun. kalau membebankan takyah amek. amek je pekerja biasa. student nak gi tempat keje makan minum.
Quote Elle_mujigae 18-3-2019 09:28 PM
kroit92 replied at 18-3-2019 08:37 PM
aku dulu praktikal pun free je. habis minyak, lunch tak makan save duit, kerja macam kuli, kita yang ...

Haha..dah kenapa tiba2 muncul pula hearsay tu...... mmg betul wujud ke SPRM in  disguise tu..?.. tertanya2 pula..hehe
Quote kroit92 18-3-2019 10:22 PM
Elle_mujigae replied at 18-3-2019 09:28 PM
Haha..dah kenapa tiba2 muncul pula hearsay tu...... mmg betul wujud ke SPRM in  disguise tu.. ...

mungkin kekdah aku soal-siasat makcik pakcik kat situ kot
fail korek maklumat. sepatutnya kena kumpul maklumat anonymously, discreetly, in natural environment and behavior gitu.
report praktikal aku macam research paper sikit, tapi kitorang kena guna la segala sociology psychology analysis, based on company kitorang praktikal ni.
tengok diorang punya interaction antara satu sama lain. antara staff dalam company, dengan tugas diorang terhadap public, society. aku pilih pejabat kerajaan, direct dengan orang awam, senang buat research.

mungkin terlalu ghairah mengumpul maklumat, orang salah faham
staff berapa orang, sape orang baru, tugas mereka, relationship antara colleague ok tak, antara bos, antara staff and boss, kerja ada kes pelik-pelik tak, conflict ke, check buku perkhidmatan, check data dalam hrmis, macam mana handle public, systematic ke tak, orang awam view macam mana, efficient ke tak, lepas tu apply semua mak datuk theories dalam research paper.

aku fail sebagai researcher
Quote MMlava 18-3-2019 10:23 PM
tak nampak dess kat sini

k chiawww dulu

Quote dokupangg 18-3-2019 10:41 PM
Nooo this is so unfair to students. Ada a few large companies yg really took the time to train students and they usually pay quite good. Tapi banyak juga company kecil yg ambil intern because they can get free labor for mundane tasks yg mana students tak belajar apa pun. Tak fikir langsung kesusahan pelajar ni dgn duit makan, duit sewa bilik, duit tambang pegi balik “keje”. Statement ini mmg GILA.
Quote JokesCop 18-3-2019 10:45 PM
Ramalan aku, u turn.

Ingat statement bijak, nak tetapkan gaji minimum LI, rupanya non hado. Harapan masuk ke longkang version 80. Cari la portfolio elok sikit.

Quote sayawifenikmie 18-3-2019 11:17 PM

saya selalu ambil pelajar latihan industri --- setahun saya akan ambik 5-6 orang --- tapi nak yg long term (4-6 bulan)

tapi tempat saya bagi elaun --- rm15 sehari kot

jadi lahhhh
Quote Elle_mujigae 18-3-2019 11:28 PM
kroit92 replied at 18-3-2019 10:22 PM
mungkin kekdah aku soal-siasat makcik pakcik kat situ kot
fail korek maklumat. sepatutnya k ...

Haha..takde selindung2 korek maklumat ye....patut la disangka SPRM in disguise.....Sound cool though your research!..bestnya dpt pengalaman mcm tu..
Quote kroit92 18-3-2019 11:53 PM
Elle_mujigae replied at 18-3-2019 11:28 PM
Haha..takde selindung2 korek maklumat ye....patut la disangka SPRM in disguise.....Sound cool ...

boleh la. sejujurnya memang seronok masa buat research, as a student
tapi sebagai pekerja, sebagai pelajar praktikal, memang zero. Patut la geng-geng student practical kat situ memanjang moody. Dalam 6-7 orang tak silap. Dengan duit minyak, duit sewa rumah, nak makan lagi, bil, top-up, etc etc etc. Semua keluar duit sendiri. Sakit woo, mana nak cekau duit
Quote onexox97 19-3-2019 12:09 AM
Dulu ada skim latihan 1malaysia

Syok je

Ingat menteri pendidikan nak bercakap mewakili warga pendidikan. Tetapi lebih pentingkN industri la pulak
Quote miszclassique 19-3-2019 12:31 AM
Belajar pun untuk orang kaya je sekarang. Yg tak mampu pergi mampos kerja kilang sana. Stupid government

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.101290 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top