CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pecah Cermin Kereta Orang Untuk Bayar Bil Bersalin Isteri

12-3-2019 02:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5889| Komen: 41

Tindakan lelaki memecahkan cermin sebuah pacuan empat roda untuk menjelaskan bil hospital isterinya yang baru bersalin mengundang padah apabila dia didenda RM3,000 atau penjara lima bulan jika gagal membayarnya.




Hukuman ditetapkan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir selepas Muhammad Aizat Sulaiman, 31, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Memetik Sinar Harian, Muhammad Aizat berbuat demikian kerana panik tidak mempunyai wang untuk menjelaskan bil itu. 

Dia bertindak memecahkan cermin kenderaan berkenaan selepas mendapati ada beberapa keping wang kertas di dalamnya.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Aizat memecahkan cermin kereta sebelah kiri milik D Karunagaran, 31, di tepi Jalan PJU 5/10, Kota Damansara pada jam 2.30 pagi, 5 Mac lalu.


Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya Nor Baizura Mohd Soubian memohon tertuduh dijatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Muhammad Aizat kemudian merayu hukuman ke atasnya diringankan atas alasan penanggung tunggal keluarga dan telah insaf.

Tertuduh bagaimanapun dibawa ke Penjara Sungai Buloh selepas gagal membayar denda. - CARI
7

Bagus
5

Marah
7

Terkejut
6

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 12-3-2019 02:58 PM
Kenapa sampai terjebak dengan jenayah?banyak cara lain untok buat wang
Quote shernazz 12-3-2019 03:03 PM
Kenapa x minta budi bicara hospital?branak kt nana ni
Quote tungkai 12-3-2019 03:05 PM
RM3000.....spital swasta ke?
Quote buapakperut 12-3-2019 03:06 PM
tak kumpul duit ke masa bini mengandung? beranak kat sepital swasta ka? tak paham
Quote brego 12-3-2019 03:08 PM
ini kes deperate la nih.
sapa suruh kawin kalau financial tak stabil.
memang recipe for disaster.
your surrender your own freedom.
sekarang merengkok masuk jail pulok.
naseb badan tak pikir panjang.

kalo financial tak stabil, memang cari penyakit jer la kalo kawin.
lagi banyak duit nak pakai lepas kawin n ada anak.
Quote Malaysia.Doom 12-3-2019 03:15 PM
Jantan Melayu Tak guna ni...pandai pancut je.
Quote niena90 12-3-2019 03:18 PM
Bini ko mengandung 9 bulan kot bukan sehari dua, takkan tak menyimpan duit dah tahu nak beranak?
Quote prettyuglybabe 12-3-2019 03:38 PM
semoga bini dia tak meroyan laki buat perangai gini..
Quote haryatie 12-3-2019 03:53 PM
selama ni x fikir nak cri duit ker
apa lah jntn mcm ni
tp laku jugak ada org nak buat laki
Quote ayiebest06 12-3-2019 03:54 PM
aduhh ni mesti sepsis yang tak nak gi spital kerajaan... acah2 kaya. Apasal tak guna khidmat Kak Yat Dola doli
Quote becir 12-3-2019 03:57 PM
Kenapa Tak bersalin gomen je?
Quote nisako 12-3-2019 03:59 PM
ish nape x simpan duit..............anak pandai pulak buat...........
Quote Sazida 12-3-2019 04:06 PM
tungkai: RM3000.....spital swasta ke?


Mungkin ya swasta. Kalau kerajaan bil cmtu mgkn czer. Just my 2 cent., taktau sbb berita pun xckp bini beranak kt mne
Quote syidasaleh 12-3-2019 04:06 PM
niena90 replied at 12-3-2019 03:18 PM
Bini ko mengandung 9 bulan kot bukan sehari dua, takkan tak menyimpan duit dah tahu nak beranak? :do ...

Betul. Dr tau mengandung kenapa tak simpan duit. Ni klu bill tak leh bayar apa lg utk hari2 berikut.
Bil sepital gomen bukan rm24 je ke. Kesian baby ayah dia dah bergelar banduan
Quote miss_bear 12-3-2019 04:08 PM
Korang ni tak baca artikel ke?
Yang RM3 ribu tu bukan bil hospital, tapi denda atas kesalahan pecahkan cermin kereta orang. Bini dia bersalin hospital kerajaan mungkin lah bil RM80 kot, nak discharge kena bayar dulu. Terdesak punya pasal, nampak dalam kereta orang tu ada tinggal duit kertas 2-3 keping, jadi dia pecahkan cermin. Terdesak lah tu, nak bawak bini dengan baby balik rumah. Kita tak tau kot dia baru kena pecat ke apa..
Quote miss_bear 12-3-2019 04:11 PM
Hukuman yang mahkamah bagi :
Denda RM3 ribu

ATAU

Penjara 5 bulan kalau tak mampu bayar.

Dia tak mampu bayar, so kena penjara 5 bulan sebab berapa puluh ringgit punya pasal. Aduh kesian betul, ni sama kes macam mencuri makanan sebab lapar. Mangsa pun tak boleh ke consider.. takde perikemanusiaan agaknya malaysia ni sekarang.
Quote ninjago 12-3-2019 04:12 PM
sedih nya la bila tak mampu nak bayar bil hosp bini bersalin, terdesak sgt tu sampai pecah kereta org. kesian bini and baby tu..tak pasal2 je ko masuk penjara semasa betul2 diperlukan keluarga
Quote misz_sanggul 12-3-2019 04:18 PM
miss_bear replied at 12-3-2019 04:08 PM
Korang ni tak baca artikel ke?
Yang RM3 ribu tu bukan bil hospital, tapi denda atas kesalahan pecah ...

btul tu..ckp psl bil ni tringt ms bsalin thn 2016 kt HKL de pompuan ni baya2 kte jgk tp ceaser ksian..
ank die kuning still kn tgl kt nicu tp die kna discharge, bil die RM100 lbey kut..mintk jasa baik kt nurse nk discharge esok sbb gaji suami esok, tp still xbole..
husband die tgu je dlm kete dgn ank2 kcik lg 2 org..
dgn sakit perut nk jln die try mintk nk pinjam duit..mslhnye kte pun br lps beranak..mmg duit xde kt tgn..cte ngn husband..die ckp amik jela duit yg de org mlwt baby..br tringt kte pun bg die..katenya nk pulgkan blk sok..kte pun x kisahla kalo x bg blk anggap sedqah..
kesimpulannye tlgla para suami or isteri kumpulla duit ckit2 smntara nk 9 bln tu..sbb mmg ksian tgk..
so situasi org merompak tu pun mcm tu terdesak ms tu x bole nk pke kut..


Quote saviour_09 12-3-2019 04:21 PM
baca separuh jalan terus membawang

kesian
tak pasal2 ke penjara

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.111694 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top