Penyanyi terkenal, R.Kelly yang berdepan tuduhan merogol beberapa orang gadis bawah umur melepas geram ketika ditemubual oleh wartawan CBS This Morning, Gayle King baru-baru ini. Dia kelihatan tidak dapat mengawal amarahnya dan menangis ketika diasak soalan bertalu-talu daripada Gayle.
Dalam temubual pertamanya sejak tuduhan merogol itu difailkan di mahkamah, penyanyi R&B itu menjerit marah kepada Gayle beberapa kali dan berkata gadis-gadis tersebut menipu dan cuba menjatuhkannya. "Semua orang menuduh saya jahat seperti Lucifer, saya pernah buat salah tetapi saya bukan syaitan!" katanya menafikan tuduhan tersebut. Beberapa kali Gayle cuba mencelah tetapi R.Kelly bangkit berdiri dan menjerit, "Hentikan! Kamu semua hentikan permainan ini! Saya tidak pernah merogol, jangan hancurkan hidup saya!" katanya kepada kamera. Selepas berpuluh tahun bisik-bisik mengenai tabiat R.Kelly kedengaran, akhirnya bulan lalu dia didakwa di mahkamah atas 10 tuduhan jenayah |