CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kini Anda Boleh Kenali Personaliti Seseorang Hanya Melalui Gambar Profil, Ini Caranya...

18-3-2019 10:57 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 10951| Komen: 10|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Adakah anda sering memilih gambar swafoto sebagai profil untuk akaun media sosial? Atau anda memilih gambar secara rawak? Tahukah anda bahawa pemilihan gambar profil di media sosial menggambarkan personaliti seseorang? 




Kredit foto: Carian Google

Sebuah kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik dari University of Pennysylvania mendedahkan kaitan antara gambar profil dengan jenis personaliti mereka. 

Untuk menjalankan kajian bertajuk  'Analyzing Personality through Social Media Profile Picture Choice' yang dibentangkan di  AAAI Conference of Web and Social Media ini, sepasukan penyelidik telah menganalisis 66,000 akaun Twitter dan 434 akaun laman sosial lainnya. 


Kredit foto: wwbp.org

Hasilnya, ini lima jenis personaliti yang boleh dikenal pasti melalui gambar profil seseorang.


1. Ekstrovert: Personaliti ini cenderung untuk mudah bersosial, berkeyakinan tinggi dan mempunyai ramai kawan. 

Boleh dikenal pasti berdasarkan profil yang berwarna-warni dan selalunya gambar pilihan adalah gambar lucu atau beramai-ramai. Kualiti gambar profil selalunya agak rendah dan imej yang ditonjolkan adalah riang-ria. 

Bagi orang yang berusia, mereka memilih gaya yang kelihatan muda dari usia atau dikeliling orang yang jauh lebih muda daripada mereka.


Kredit foto: Mirror.uk


2. Neurotik: Personaliti ini cenderung untuk mempunyai emosi yang negatif dan tidak stabil.

Boleh dikenal pasti berdasarkan profil yang ringkas dan suram. Selain itu, mereka juga suka mengelak untuk menunjukkan wajah sepenuhnya, kadangkala menghalang kamera dengan cermin mata, objek ataupun binatang. 


Kredit foto: Mirror.uk


3. Openness: Personaliti ini tidak mudah terpengaruh atau terikut-ikut dengan orang lain.

Boleh dikenal pasti menerusi gambar profil yang berseni. Kadangkala menggunakan gambar hitam putih atau gambar yang menunjukkan raut wajah. Sedikit persamaan dengan Neurotik, tetapi personaliti ini terkenal dengan gaya intelek dan pengalaman luas mereka.


Kredit foto: Mirror.uk


4. Agreeable sorts: Personaliti ini mudah menurut dan sentiasa ceria

Boleh dikenal pasti menerusi gambar yang penuh warna-warni. Anehnya, mereka juga suka menggunakan gambar orang lain sebagai profil, contohnya idola mereka ataupun ahli keluarga. 

Gambar pilihan sering menunjukkan senyuman, kegembiraan dan aura positif, walaupun kualiti fotonya rendah dan kadangkala kelihatan 'semak'.


Kredit foto: Mirror.uk


5. Conscientious types: Personaliti ini rajin, cermat, berdisiplin, teratur, bertanggungjawab.

Boleh dikenal pasti melalui penggunaan profil muka yang jelas dengan latar belakang gambar yang berwarna warni atau semula jadi dan cerah. Wajah mereka selalu menunjukkan riak seperti senyuman dan kegembiraan.


Kredit foto: Mirror.uk

Dengan pengetahuan ini, cuba padankan gambar profil rakan-rakan anda dengan personaliti mereka. Adakah kajian penyelidik dari University of Pennysylvania ini tepat? - CARI
4

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 18-3-2019 11:59 AM
1+5 confirm..
Quote Sang_Pencinta 18-3-2019 12:01 PM
Mine is 3+5

Ada persamaan sikit dgn my profile photo
Quote Artemesiaa 18-3-2019 12:49 PM
Macam tak berapa tepat jer sebab ada sesetengah orang suka berlakun dah tak memaparkan imej sebenar
Quote meisapoya 18-3-2019 01:28 PM
Letak muka sebab nak bagi orang cam.
Quote diss69 18-3-2019 02:58 PM
Sang_Pencinta replied at 18-3-2019 12:01 PM
Mine is 3+5

Ada persamaan sikit dgn my profile photo

Sana arr..
Quote AbukRokok 18-3-2019 03:36 PM
mak tak bagi letak gambar muka
Quote chacon 18-3-2019 03:55 PM
kalau pakai gambar atok atau bang nuar pulak macam mana personalitinya?


Quote grouper 19-3-2019 01:26 PM
Letak gmbar kpop idol atau watak anime mcm mana plak
Quote felinecat 19-3-2019 05:09 PM
letak gambar muka, tetibe ramai add, so letak gambar retis je la..haha
Quote vanilacup 20-3-2019 10:09 AM
Bila fikir balik sebab pernah kena pic penuh dgn kawan2 ada yg sanggup crop tmpt tertentu utk kepentingan diri sendiri ..padahal pic dah cukup sopan dah tapi org lain boleh eksploitasi dan modify sendiri ..memang terkejut
Sebab tu pic kita dlm socmed ni sebenarnya memang x selamat....

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.116134 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top