Adakah anda sering memilih gambar swafoto sebagai profil untuk akaun media sosial? Atau anda memilih gambar secara rawak? Tahukah anda bahawa pemilihan gambar profil di media sosial menggambarkan personaliti seseorang?
Kredit foto: Carian Google
Sebuah kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik dari University of Pennysylvania mendedahkan kaitan antara gambar profil dengan jenis personaliti mereka.
Untuk menjalankan kajian bertajuk 'Analyzing Personality through Social Media Profile Picture Choice' yang dibentangkan di AAAI Conference of Web and Social Media ini, sepasukan penyelidik telah menganalisis 66,000 akaun Twitter dan 434 akaun laman sosial lainnya.
Kredit foto: wwbp.org
Hasilnya, ini lima jenis personaliti yang boleh dikenal pasti melalui gambar profil seseorang.
1. Ekstrovert: Personaliti ini cenderung untuk mudah bersosial, berkeyakinan tinggi dan mempunyai ramai kawan.
Boleh dikenal pasti berdasarkan profil yang berwarna-warni dan selalunya gambar pilihan adalah gambar lucu atau beramai-ramai. Kualiti gambar profil selalunya agak rendah dan imej yang ditonjolkan adalah riang-ria.
Bagi orang yang berusia, mereka memilih gaya yang kelihatan muda dari usia atau dikeliling orang yang jauh lebih muda daripada mereka.
Kredit foto: Mirror.uk
2. Neurotik: Personaliti ini cenderung untuk mempunyai emosi yang negatif dan tidak stabil.
Boleh dikenal pasti berdasarkan profil yang ringkas dan suram. Selain itu, mereka juga suka mengelak untuk menunjukkan wajah sepenuhnya, kadangkala menghalang kamera dengan cermin mata, objek ataupun binatang.
Kredit foto: Mirror.uk
3. Opennessersonaliti ini tidak mudah terpengaruh atau terikut-ikut dengan orang lain.
Boleh dikenal pasti menerusi gambar profil yang berseni. Kadangkala menggunakan gambar hitam putih atau gambar yang menunjukkan raut wajah. Sedikit persamaan dengan Neurotik, tetapi personaliti ini terkenal dengan gaya intelek dan pengalaman luas mereka.
Kredit foto: Mirror.uk
4. Agreeable sorts: Personaliti ini mudah menurut dan sentiasa ceria
Boleh dikenal pasti menerusi gambar yang penuh warna-warni. Anehnya, mereka juga suka menggunakan gambar orang lain sebagai profil, contohnya idola mereka ataupun ahli keluarga.
Gambar pilihan sering menunjukkan senyuman, kegembiraan dan aura positif, walaupun kualiti fotonya rendah dan kadangkala kelihatan 'semak'.
Kredit foto: Mirror.uk
5. Conscientious types: Personaliti ini rajin, cermat, berdisiplin, teratur, bertanggungjawab.
Boleh dikenal pasti melalui penggunaan profil muka yang jelas dengan latar belakang gambar yang berwarna warni atau semula jadi dan cerah. Wajah mereka selalu menunjukkan riak seperti senyuman dan kegembiraan.
Kredit foto: Mirror.uk
Dengan pengetahuan ini, cuba padankan gambar profil rakan-rakan anda dengan personaliti mereka. Adakah kajian penyelidik dari University of Pennysylvania ini tepat? - CARI |