CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Seram! Hantu Raja Dadah, Pablo Escobar Menjelma Sebelum Rumah Agamnya Diletupkan

27-2-2019 12:40 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 8758| Komen: 54|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Hantu raja dadah Colombia, Pablo Escobar didakwa kelihatan dalam rakaman video sejurus sebelum rumah agama lapan tingkat miliknya dirobohkan pada 22 Februari lalu.
Anak panah menunjukkan bayangan putih didakwa hantu Escobar yang menjelma sebelum rumah agama milik mendiang raja dadah Colombia itu dirobohkan. Kredit Foto: Mirror

Hantu raja dadah Colombia, Pablo Escobar didakwa kelihatan dalam rakaman video sejurus sebelum rumah agama lapan tingkat miliknya dirobohkan pada 22 Februari lalu.

Memetik laporan Mirror pada 26 Februari, objek yang dikatakan hantu Escobar itu berjalan di koridor rumah berkenaan sebelum ia diletupkan dengan menggunakan bahan letupan seberat 375 kilogram.

Menerusi rakaman yang dikongsikan dalam YouTube itu, satu bayangan putih dilihat sedang berjalan di antara tingkap dan pintu masuk yang besar sebelum ia melayang ke atas dan lenyap sebaik sahaja bangunan tersebut runtuh.



Ramai netizen menyangka lembaga yang dilihat itu ialah hantu malah ada di antara mereka yang mendakwa ia merupakan jelmaan roh Escobar sendiri.

Bayangan putih hilang sebaik sahaja letupan bermula. Kredit foto: Mirror
Sebahagian yang lain pula berpandangan, apa yang mereka nampak itu ialah pekerja yang terlibat dalam perobohan rumah agam Escobar dan dia mungkin berada di lokasi tersebut pada masa yang salah.

Raja dadah Colombia yang terkenal dengan kekejamannya itu tinggal bersama keluarga di rumah mewah berkenaan pada tahun 1980-an dan sepanjang tempoh tersebut, dia memiliki kekayaan bernilai 25 bilion pound dan membekalkan 80% daripada jumlah keseluruhan kokain yang diedarkan di seluruh dunia.

Pablo Escobar. Kredit foto: Mirror
Dia mati dalam kejadian tembak-menembak dengan polis pada 2 Disember 1993.

Kerajaan Colombia merancang untuk menjadikan tapak rumah agama Escobar itu sebagai taman peringatan bagi mengenang kira-kira 46,000 ribu mangsa yang terkorban dalam perang dadah di Amerika Selatan.

Jika benar lembaga yang dilihat itu hantu Escobar, mungkin rohnya tidak tenang akibat terlalu banyak kejahatan yang dilakukannya semasa hidup. - CARI

4

Bagus
6

Marah
11

Terkejut
4

Sedih
9

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 27-2-2019 01:00 PM
Dia ni ke yang nak hangatkan badan anak nya dia baka4 duit tu? Masa musim sejuk ke apa gitu
Quote Themilo 27-2-2019 01:01 PM
apo.. tak nampak apa pun.. hahaha.. memandai jaa speku hantu..
Quote lipans 27-2-2019 01:21 PM
aku tau andreas eskobar yg score gol sendiri je.
Quote hussaini4675 27-2-2019 01:33 PM
lipans replied at 27-2-2019 01:21 PM
aku tau andreas eskobar yg score gol sendiri je.

mungkin nenek moyang dia sama
Quote hussaini4675 27-2-2019 01:34 PM
shernazz replied at 27-2-2019 01:00 PM
Dia ni ke yang nak hangatkan badan anak nya dia baka4 duit tu? Masa musim sejuk ke apa gitu

yup. betul tu.
Quote kucingitam 27-2-2019 02:53 PM
tak de pun nampak melayang ke atas..tipu jek..
Quote saviour_09 27-2-2019 03:11 PM
plata o plomo

medellin cartel rules!
Quote fifie_olin 27-2-2019 03:13 PM
dia nk tgk utk kali terakhir
bg can la
Quote hussaini4675 27-2-2019 03:18 PM
fifie_olin: dia nk tgk utk kali terakhirbg can la


Banyak kenangan dia kat rumah tu
Quote perembes 27-2-2019 03:18 PM
kayanyee..
Quote AbukRokok 27-2-2019 03:41 PM
como estas?
Quote hussaini4675 27-2-2019 04:08 PM
perembes replied at 27-2-2019 03:18 PM
kayanyee..

Duit haram tu
Quote dani-rox 27-2-2019 06:02 PM
Pablo Escobar lari dan tinggalkan bbrp ekor badak air peliharaan yg kemudian bergentayangan di jalan2 raya Colombia... skang beranak pinak, bercucu cicit sampai cecah 100 ekor. Jadi satu masalah pulak kerajaan kat situ nak kawal.
Quote mr_cool5885 27-2-2019 07:22 PM
Pergh 25 billion pound. Xkan simpan dalam bank kan. Mesti ade sorok kat mane2. Anak2 dia xde yg mewarisi kekayaan tu ke?
Quote orgsepang 27-2-2019 08:17 PM
Kan membazir diletupkan. Ubah suailah rumah tu jadi tempat yang berfaedah untuk masyarakat
Quote hussaini4675 27-2-2019 08:25 PM
dani-rox replied at 27-2-2019 06:02 PM
Pablo Escobar lari dan tinggalkan bbrp ekor badak air peliharaan yg kemudian bergentayangan di jalan ...

Hantar masuk zoo aje la
Quote hussaini4675 27-2-2019 08:26 PM
mr_cool5885 replied at 27-2-2019 07:22 PM
Pergh 25 billion pound. Xkan simpan dalam bank kan. Mesti ade sorok kat mane2. Anak2 dia xde yg mewa ...

Masuk akaun cayman island kot
Quote acikhan 27-2-2019 08:47 PM
mr_cool5885 replied at 27-2-2019 07:22 PM
Pergh 25 billion pound. Xkan simpan dalam bank kan. Mesti ade sorok kat mane2. Anak2 dia xde yg mewa ...

Ada Kan movie pasal kes die nie..best jugak
Quote hussaini4675 27-2-2019 09:27 PM
acikhan replied at 27-2-2019 08:47 PM
Ada Kan movie pasal kes die nie..best jugak

Apa tajuk movie tu?

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.290527 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top