Antara isu paling panas pada minggu ini adalah kenyataan daripada seorang artis yang mempertahankan hujahnya bahawa bumi ini berbentuk 'flat' atau rata.
Pandangan ini bukan milik artis itu seorang, rupanya tidak kurang juga golongan yang sependapat dengan beliau. Uniknya, mereka datang dalam satu pakej; yang turut menentang vaksin. Semua orang yang mempelajari sains pasti tahu bahawa kenyataan beliau bercanggah dengan pengetahuan umum dan fakta. Lebih memalukan, artis tersebut sanggup mencabar angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor untuk bersumpah bahawa bumi berbentuk sebaliknya.
Sebenarnya, ada beberapa eksperimen mudah untuk membuktikan bahawa bumi ini bukan berbentuk 'flat' tetapi sfera atau lebih tepatnya geosfera (seakan telur), kerana jejari memanjang dan melintang bumi tidak sama jaraknya (6,378 dan 6,356 kilometer). 1. Fenomena Gerhana Bulan Ketika gerhana bulan, bumi terletak di antara bulan dan matahari. Oleh itu bayang-bayang bumi boleh dilihat pada permukaan bulan. Bayang-bayang ini dalam bentuk eclipse membuktikan bumi berbentuk sfera (atau geosfera) dan bukannya 'flat' . 2. Pelayaran Kapal Di Lautan Untuk membuktikan permukaan bumi adalah melengkung, lihat sebuah kapal yang sedang belayar menjauhi pantai dengan menggunakan binokular. Anda akan mendapati kapal tersebut akan kelihatan seakan hilang tenggelam perlahan-lahan dan bukannya hilang menjauh. Ini membuktikan bumi berbentuk sfera (atau geosfera) dan bukannya 'flat' . 3. Panjat Pokok Ahli sains mencadangkan satu eksperimen yang mudah dengan memanjat pokok. Sekiranya bumi ini 'flat', jarak pandangan horizon di bawah pokok adalah sama dengan jarak pandangan horizon di atas pokok. Bagaimanapun, sebaliknya anda akan mendapati jarak pandangan horizon lebih jauh jika anda berada di atas pokok. Ini membuktikan bumi berbentuk sfera (atau geosfera) dan bukannya 'flat' . 4. Perbezaan Zon Masa Menurut hasil kajian, pada ketinggian 35,000 kaki di atas kapal terbang, anda boleh melihat lengkungan permukaan bumi. Ianya akan menjadi lebih jelas pada ketinggian 50,000 kaki. Jika anda tidak mampu menaiki kapal terbang, anda boleh memahami teori ini berdasarkan perbezaan masa (subuh, petang, siang, malam) di antara negara-negara. Ini membuktikan bumi berbentuk sfera (atau geosfera) dan bukannya 'flat'. 5. Melihat Matahari Terbenam Pilih dua lokasi, A dan B di mana A terletak di tanah rendah dan B di tanah tinggi. Mula-mula, berdiri di lokasi A (tanah rendah) ketika matahari terbenam dan hilang sepenuhnya dari pandangan. Jika anda segera bergerak kemudiannya ke lokasi B (tanah tinggi) anda pasti akan sempat melihat 'sisa' kecil matahari sebelum terbenam sepenuhnya. Ini membuktikan bumi berbentuk sfera (atau geosfera) dan bukannya 'flat'. 6. Ukur Bayang-bayang Serentak Di Dua Negara Eksperimen sains yang mudah jika anda memiliki seorang teman yang berada di lokasi atau negara lain. Kedua-dua anda mengambil pembaris berukuran satu meter dan meletakkan di bawah matahari. Pada masa yang sama, anda berdua secara serentak mengukur bayang-bayang pembaris tersebut (sekarang lebih mudah dengan adanya WhatApps). Pastinya anda berdua akan mendapat ukuran yang berbeza membuktikan bumi berbentuk sfera (atau geosfera) dan bukannya 'flat'. 7. Lihat Gambar Bumi Di Laman International Space Station Malas membuat eksperimen di atas? Pergilah ke laman International Space Station yang banyak menunjukkan gambar-gambar bumi serba berkualiti. Anda tak perlu menaiki kapal angkasa untuk melihat bentuk sebenar bumi. Pastinya anda akan bertambah yakin bahawa bumi berbentuk sfera (atau geosfera) dan bukannya 'flat'. Diharap eksperimen mudah ini dapat membantu anda untuk mematahkan hujah para golongan yang masih mempertahankan pendapat bahawa bumi ini 'flat'. - CARI
|
11
Bagus |
9
Marah |
5
Terkejut |
8
Sedih |
6
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
“Dan bumi sesudah itu dijadikan oleh-nya berbentuk bulat telur (berbentuk telur burung onta).” (QS.An–Naazi’aat [79]:30).ada juga yang mengartikan:“Dan bumi sesudah itu dihamparkan-Nya.” (QS.An–Naazi’aat [79]:30).
manjalara_01 replied at 18-2-2019 12:23 PM
for muslims out there..please don't waste your time debating about this... 2. Dahaahaa / Dahaahwaal- ...
Sang_Pencinta replied at 18-2-2019 12:28 PM
Gimana SS yg graduan UIA yg kata ada degree Bahasa Arab tu boleh salah tafsir?
Sang_Pencinta replied at 18-2-2019 12:28 PM
Gimana SS yg graduan UIA yg kata ada degree Bahasa Arab tu boleh salah tafsir?
palmolive replied at 18-2-2019 12:59 PM
alang2 flat naper tak panggil bumi kondo ke apartment ker...kurang2 ada kolam renang
manjalara_01: nak tambah skit..manusia..x kira la level education tahap tinggi mcm mana skali pun tetap manusia jgk..manusia x bleh lari dari buat kesilapan...no bo ...
Sang_Pencinta replied at 18-2-2019 08:43 PM
Betul jugak no
ADVERTISEMENT