Ulang tahun ke 50 pelakon terkenal Jennifer Aniston disambut meriah dengan kehadiran rakan yang kebanyakannya artis gred A Hollywood. Tetapi umum terkejut apabila beliau turut mengundang kedua bekas suaminya dan seorang bekas kekasihnya.
Turut hadir bekas kekasih kepada mantan-mantannya itu. Ramai yang menjangkakan tetamu akan berasa janggal tetapi sebaliknya majlis dikatakan berlangsung sangat meriah. Selain kehadiran ramai bintang seperti rakan rapatnya Courtney Cox dan Lisa Kudrow, turut kelihatan termasuklah George Clooney, Amal Clooney, Reese Whiterspoon, Kate Hudson, Cindy Crawford, Robert Downey Jr, Diane Keaton, Jason Beteman, Sandra Bullock dan ramai lagi artis lain.
Tetapi paling menarik, Jennifer turut mengundang kedua bekas suaminya, Brad Pitt dan Justin Theroux. Justin yang tidak dapat menghadirinya kerana komitmen lain bagaimanapun memuat naik ucapan hari jadi penuh kasih sayang kepada bekas isterinya itu. Menurut ramai pemerhati, Jennifer melayan Brad Pitt sama seperti teman-teman lainnya di majlis itu dan mereka tidak kelihatan janggal kerana selalu berutusan melalui telefon. Lebih meriah lagi, pelakon Gwyneth Paltrow yang juga bekas tunang kepada Brad Pitt turut dijemput sama. Selain kedua bekas suami, Jennifer turut menjemput bekas kekasihnya, penyanyi John Mayer yang datang berseorangan. Lebih menarik tumpuan, bekas kekasih kepada John Mayer, penyanyi Katy Perry datang bersama dengan tunangannya pelakon Orlando Bloom. Pendek kata sambutan harijadi beliau dipenuhi dengan kehadiran bekas-bekas kekasih dan bekas pasangan masing-masing membuktikan betapa kecilnya dunia Hollywood. Menurut seorang wartawan hiburan, ini menandakan Aniston ialah America's Sweetheart sebenar yang tidak pernah berdendam dan bermusuhan walaupun dengan bekas-bekas suaminya. Umum mengetahui Aniston tidak suka mencari gaduh dan mesra dengan sesiapa. Bagaimanapun, ada yang tertanya-tanya kenapa bekas isteri Brad Pitt, Angelina Jolie tidak dijemput hadir sama? Masihkan mereka bermusuhan? Semoga dendam antara mereka berdua juga akan pudar dan saling memaafkan. -CARI
|
afieyra replied at 14-2-2019 12:59 PM
Okey..malaysia sweatheart dh boleh jemput bekas2 kekasih beliyau di hari jadi nya nanti next year..b ...
Sang_Pencinta replied at 14-2-2019 01:03 PM
Sapa? Neelopa ke?
Tak berperang ke bekas kekasih yg dah kawin tu ??
Sang_Pencinta replied at 14-2-2019 01:03 PM
Sapa? Neelopa ke?
Tak berperang ke bekas kekasih yg dah kawin tu ??
afieyra: Okey..malaysia sweatheart dh boleh jemput bekas2 kekasih beliyau di hari jadi nya nanti next year..baru classy ..eheek
ADVERTISEMENT