CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Foundation Selori Tempek Di Muka,Nak Buang Jin Ke Nak Mengorat Ustaz Ni?"

2-11-2018 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10042| Komen: 64|Original author: Oleh: Myra Rozi

Seorang pengamal perubatan Islam berjaya mencuri perhatian netizen apabila memuat naik status tentang rawatan ruqyah yang dilakukannya ke atas seorang pesakit wanita.

Dalam kejadian di Pahang itu, Norazri Medzlan, 35, yang biasanya memakai sarung tangan ketika melakukan rawatan terkejut apabila sarung berkenaan dipenuhi dengan kesan foundation pesakit tersebut.

Foto: FB Norazri Medzlan
Status Facebooknya menyatakan, "Ruqyahkan (mengubati) pesakit wanita tadi, sambil tu pegang dahi dia.

"Sekali tengok dekat sarung tangan, 'ambik' kau. Foundation (bedak asas) selori tempek di muka. Nak buang jin ke nak mengorat aku ni?"


mStar Online melaporkan, gambar tersebut mendapat beribu tanda likes dan share.

Foto: FB Norazri Medzlan
Menurut bapa kepada empat orang anak itu lagi, pesakit wanita yang datang ke Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur miliknya itu memang selalu memakai solekan namun pesakit wanita yang identitinya dirahsiakan itu mungkin memakai solekan yang lebih tebal.

"Pesakit-pesakit yang datang ni biasanya memang pakailah benda macam tu (solekan), tapi tiadalah tebal sangat.

"Mungkin mereka nak pergi ke pusat beli-belah selepas itu, tapi tak sedap badan dan datang ke sini untuk dirawat."

Pada hari tersebut, dia memegang ubun-ubun pesakit wanita tersebut sebelum memegang dah sambil mengalunkan bacaan ruqyah.

Ketika bacaan Surah al-Baqarah ayat 102 dibacakan, pesakit mula berasa panas dan berpeluh sehingga menyebabkan solekan pada wajahnya juga melekat pada sarung tangan yang dipakai pengamal perubatan tersebut.

"Selepas dah selesai tu, saya terkejut tengok kesan pada sarung tangan dan meminta izin daripada pesakit untuk dikongsikan di Facebook.

"Dia pun tergelak tengok sarung tangan tu dan dia benarkan saya untuk muat naik gambar."

Namun ada pula segelintir netizen yang menganggap dia telah mengaibkan wanita tersebut.

"Saya memang selalu bergurau di Facebook, tak mahu Facebook ni jadi tempat untuk serius sahaja.

"Jika saya memuat naik gambar atau video pesakit sebelum ini pun, saya akan pastikan identitinya dilindungi." -CARI
16

Bagus
10

Marah
11

Terkejut
13

Sedih
14

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote besarkecik 2-11-2018 11:39 AM
pasti pesakit tu banyak kismis hitam dekat muka dia.
Quote cmf_premierleag 2-11-2018 11:43 AM
perasannya lobai kepam nih..ni mesti spesis lobai cepat perasantgk gambo pun dah tahu
acah2 candid pakai self timer
jijik sangattt

Quote gaara_X 2-11-2018 11:49 AM
benda cam nie pun nak jadikan topik juga ke....next!!
Quote kemaruk 2-11-2018 11:52 AM
Tak pernah pon bangkem dengan doktor kat hospital cerita apa2 pasal pesakit
Quote famri7 2-11-2018 11:54 AM
cmf_premierleag replied at 2-11-2018 03:43 AM
perasannya lobai kepam nih..ni mesti spesis lobai cepat perasantgk gambo pun dah tahu
acah2 candid  ...

Stok2 terlekat celah lemari ajh ni sis..picit kopek kanan kopek kiri mengembek konsepnya.
Quote onexox97 2-11-2018 11:57 AM
dia bergurau dgn polower dia
Quote matchstick 2-11-2018 12:07 PM
cmf_premierleag: perasannya lobai kepam nih..ni mesti spesis lobai cepat perasantgk gambo pun dah tahuacah2 candid pakai self timerjijik sangattt


Setuju sgt2.. Nyiampah dgn ustad muka jambu mcm ni cepat perasan feeling ramai yg minat nk buat laki
Quote DayangKirana 2-11-2018 12:20 PM

pakai glove yang ntah berapa lama tak basuh and ntah berapa ramai umat dia dia dah sentuh..

i wont allow that gross thing near my face.. let alone touching me..ewww..grosssss!
Quote axl_bach 2-11-2018 12:26 PM
kemaruk replied at 2-11-2018 11:52 AM
Tak pernah pon bangkem dengan doktor kat hospital cerita apa2 pasal pesakit

Byk jer bangkem.....kalo kat fb aku ramai giler doktor junior dok wat karangan hassanah setiap kali abis kerja dia, ada yg acah2 paling jonah, ada yg acah2 sekolahkan pesakit depan2 , ada yg acah2 sentap dgn relatif pesakit tp x berani nk sound depan2....
Quote famri7 2-11-2018 01:03 PM
axl_bach replied at 2-11-2018 04:26 AM
Byk jer bangkem.....kalo kat fb aku ramai giler doktor junior dok wat karangan hassanah setiap kal ...

Soster masa awal2 pembabitan mesti ads merempan juga sipi2 kan.
Quote FailFish 2-11-2018 01:06 PM
ada jugak manusia bergelar ustaz perangai jijik macam ni
Quote VioletsAre_Blue 2-11-2018 01:09 PM
Kan dia dah mintak izin? Perempuan tu pun tergelak dan izinkan ustaz tu share.. Dah korang terlebih sentap tu kenapa?
Quote buapakperut 2-11-2018 01:19 PM
ustaz jangan pulak perasan hensem and aibkan orang, biasala pempuan memang tuang pondesen banyak2.kalau sikit mana jadi muka instafemes dambaan bbnu
Quote axl_bach 2-11-2018 01:52 PM
famri7 replied at 2-11-2018 01:03 PM
Soster masa awal2 pembabitan mesti ads merempan juga sipi2 kan.

Nope, mase ambo dulu fb dop wujud lg....waktu tu frenster jer ade
Quote axl_bach 2-11-2018 01:52 PM
famri7 replied at 2-11-2018 01:03 PM
Soster masa awal2 pembabitan mesti ads merempan juga sipi2 kan.

Nope, mase ambo dulu fb dop wujud lg....waktu tu frenster jer ade
Quote shi_jewel 2-11-2018 01:57 PM
perasaan betul ustaz ni. ada ke dia nak ngorat. dah tu? kalau betul pesakit wanita tu nak ngorat, kau berhak utk tak jlnkn rawatan kalau takut nafsu terpanggil.

alasan nk blame pmpn je....padahal diri sendiri tak dpt kawal nafsu setan.
lagi hensem detective conan dari kaula ustaz.
Quote cik_sssara 2-11-2018 02:05 PM
Bila ustaz membawang holland...
Quote kemaruk 2-11-2018 02:06 PM
axl_bach replied at 2-11-2018 12:26 PM
Byk jer bangkem.....kalo kat fb aku ramai giler doktor junior dok wat karangan hassanah setiap kal ...

Yeke.. hehe

Sakai gak perangai doktor ni ye taraf bomoh2 je

Harap2 kaka axl tak macam tu
Quote famri7 2-11-2018 02:08 PM
Also rawatan darul syifuk bagai ini propa gila..sampai2 suruh isi borang sakit apa..pastu sentuh2 picit2 jual air sembuh penyakit dgn kuasa allah ( sambil gosok2 janggut)..#gallopgallop

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.041679 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top