CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Potong Pusat Dan Hadiahkan Kepada Kekasih, Kini Menyesal Sebab Dah Putus Cinta. Takkan Nak Minta Balik?

2-11-2018 11:15 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 5685| Komen: 39|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Seorang peminat fanatik pengubahsuaian badan, Paulina Casillas Landeros, 23 telah menjalani satu prosedur untuk membuang pusat dan memberikan kepada teman lelakinya sebagai tanda cinta tiga tahun lalu ...

Seorang peminat fanatik pengubahsuaian badan, Paulina Casillas Landeros, 23 telah menjalani satu prosedur untuk membuang pusat dan menghadiahkannya kepada teman lelakinya sebagai tanda cinta tiga tahun lalu tetapi kini menyesali tindakannya apabila teman lelakinya itu memutuskan perhubungan mereka.


Kredit Foto: The Sun

Selain pembedahan membuang pusat itu, wanita yang berasal dari Jalisco, Mexico itu telah menjalani beberapa pembedahan lain termasuk memasang cincin pada tulang belakangnya dan membelah lidahnya kepada dua bahagian. Pembedahan membuang pusatnya itu dilakukan pada tahun 2015 dan diberikan hadiah kepada teman lelakinya, Daniel Ramirez.  Dia kini menyesali tindakannya dan memanggilnya sesuatu yang cuai dan dilakukan tanpa pertimbangan.


Kredit Foto: The Sun

Menurut Paulina yang masih menuntut dalam bidang pelancongan, dia ketagih menjalani pembedahan pengubahsuaian badan sebagai tindak balas dan responnya atas masalah yang seding dihadapinya dengan keluarga. 'Saya selalu marah, ingin memutuskan semua perhubungan dengan keluarga, saya mahu buat sesuatu yang simbolik dan kontroversial’ katanya lagi.



Kredit Foto: The Sun

Dia kini kesal kerana tidak mendapat nasihat yang professional ketika menjalani pembedahan itu. ‘Saya menderita, mengalami jangkitan, terpaksa dikuarantin dan pergerakan terbatas akhirnya sembuh tetapi tidak 100%’ katanya lagi. Paulina berkata penderitaanya itu bertambah-tambah apabila teman lelakinya yang menerima hadiah paling berharga itu memutuskan hubungan cinta mereka. ‘Kami kini berkawan baik tetapi tidak ada hubungan lagi,’ tambahnya.


Kredit Foto: The Sun

Paulina berkata kini hubungannya dengan keluarga kini semakin baik. ‘Saya kini menyesali perbuatan saya yang menyakiti ibu saya, sekiranya masa dapat berputar kembali, saya tidak akan membuang pusat saya,’ kata Paulina menutup perbualan.


Kredit Foto: The Sun

Itulah padahnya, kerana sayang punya pasal ‘pusat’ melayang. -CARI

9

Bagus
5

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • sakurabanira

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 2-11-2018 10:53 AM
geli pusat baca ni
Quote Sang_Pencinta 2-11-2018 10:57 AM
Kerana sayang punya pasal, pusat melayang
Quote Artemesiaa 2-11-2018 10:58 AM
Menyesal kemudian tak berguna hadap jer ler
Quote makita 2-11-2018 11:03 AM
Pusat itam!
Quote lasagnaklcc 2-11-2018 11:08 AM
Pegi tattoo tgn jadi kelabu asap tang mana yg cantik nye nyah

Quote Sang_Pencinta 2-11-2018 11:10 AM

Dah kering kecut dah tu

Mesti busuk
Quote matchstick 2-11-2018 12:11 PM
Lelaki tu still simpan wat kenangan ke dh lama pam dlm mangkuk tandas
Quote chazey 2-11-2018 12:17 PM
Selayaknyakah dengan warga Hispanik klas blakang.
Quote chazey 2-11-2018 12:18 PM
Sang_Pencinta replied at 2-11-2018 11:10 AM
Dah kering kecut dah tu

Mesti busuk

Rasanya takda bau busuk. Mcm tali pusat baby.
Quote besarkecik 2-11-2018 12:21 PM
sebab tu jangan jadi bodoh bingai belanja itu ini melainkan dia jadi somi isteri yang sah
Quote DayangKirana 2-11-2018 12:23 PM
ade side effect ke kalau buang pusat...
macam dah takde benda lain nak bagi...
Quote meow_tompok 2-11-2018 12:32 PM
chazey replied at 2-11-2018 12:17 PM
Selayaknyakah dengan warga Hispanik klas blakang.

selayaknya lah kelas belakang
belah lidah jadik dua? mcm mana ko makan dik?
roh kosong.. takde isi.. mcm tu lah jadinya.

Quote Sang_Pencinta 2-11-2018 12:34 PM
meow_tompok replied at 2-11-2018 12:32 PM
selayaknya lah kelas belakang
belah lidah jadik dua? mcm mana ko makan dik?
roh kosong.. takde  ...


Macam mana dia makan ya??
Quote whadda 2-11-2018 12:44 PM
tu buat tatu plain hitam sebelah tangan tu dah kenapa.. buruknye.. dah alang2 buat je la 1 badan ngan sebelah tangan lagi.. senang kluar tak yah pakai baju
Quote umbut 2-11-2018 12:46 PM
Hancur bdn...
Quote niena90 2-11-2018 12:52 PM
Eeeee huduhnya ko. Ko ubah ciptaan tuhan sana sini terus tak nmpk mcm manusia normal
Quote onexox97 2-11-2018 01:04 PM
suami isteri pun boleh bercerai
Quote jojie 2-11-2018 01:14 PM
if aku jadi laki tu mmg aku putuskan hubungan.. kau dah kenapa bagi aku pusat!
Quote buapakperut 2-11-2018 01:22 PM
eew pusat ke tahi tu.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.061066 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top