Seramai 1500 peserta menyertai kayuhan basikal untuk kesihatan anjuran Kelab Alor Setar LM Bikers dengan kerjasama Indah Utara Auto dan Isuzu Malaysia.
Program kali kesepuluh anjuran kelab itu berlangsung pada 16 September lalu dan kategori pertandingan merangkumi kayuhan sejauh 60 kilometer (km) dan 100 km bermula dari Isuzu Alor Setar, Alor Mengkudu, Pendang, Bukit Jenun, pit stop di Indah Utara Industri Sdn Bhd dan berakhir di pusat jualan itu. Program itu diadakan bagi menggalakkan orang ramai berkayuh untuk gaya hidup sihat selain menyuntik semangat patriotik dalam kalangan masyarakat sempena Hari Malaysia. Presiden Kelab Alor Setar LM Bikers, Poh Cheng Hai menyatakan penghargaannya di atas usaha dilakukan Indah Utara Auto dan Isuzu Malaysia menjayakan program berkenaan. "Kami sangat berterima kasih di atas kerjasama Indah Utara Auto dan Isuzu Malaysia Sdn Bhd menjayakan program ini, sekali gus menjadikan program kayuhan ini sebagai salah satu program terbesar di Malaysia," katanya. Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi (COO) Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki berkata, program ini sinonim dengan jenama Isuzu yang menggalakkan gaya hidup sihat juga penting bagi setiap individu dan juga negara. "Program ini penting bagi kami kerana kami mahu mengambil kesempatan ini untuk memenuhi tanggungjawab sosial korporat syarikat kami. Ia secara tidak langsung mengeratkan hubungan antara kami dan komuniti. "Kami juga berbangga kerana berkesempatan bekerjasama menjayakan program kali ke-10 yang sangat bermakna ini," ujarnya. - CARI
|
26
Bagus |
26
Marah |
23
Terkejut |
11
Sedih |
18
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT