CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1760|Reply: 0

Kayuhan Sihat Sejauh 100km Bersama Isuzu Malaysia!

[Copy link]
Post time 3-10-2018 06:17 PM | Show all posts |Read mode
Seramai 1500 peserta menyertai kayuhan basikal untuk kesihatan anjuran Kelab Alor Setar LM Bikers dengan kerjasama Indah Utara Auto dan Isuzu Malaysia.








Program kali kesepuluh anjuran kelab itu berlangsung pada 16 September lalu dan kategori pertandingan merangkumi kayuhan sejauh 60 kilometer (km) dan 100 km bermula dari Isuzu Alor Setar, Alor Mengkudu, Pendang, Bukit Jenun, pit stop di Indah Utara Industri Sdn Bhd dan berakhir di pusat jualan itu.









Program itu diadakan bagi menggalakkan orang ramai berkayuh untuk gaya hidup sihat selain menyuntik semangat patriotik dalam kalangan masyarakat sempena Hari Malaysia.








Presiden Kelab Alor Setar LM Bikers, Poh Cheng Hai menyatakan penghargaannya di atas usaha dilakukan Indah Utara Auto dan Isuzu Malaysia menjayakan program berkenaan.

"Kami sangat berterima kasih di atas kerjasama Indah Utara Auto dan Isuzu Malaysia Sdn Bhd menjayakan program ini, sekali gus menjadikan program kayuhan ini sebagai salah satu program terbesar di Malaysia," katanya.




Dari kiri: Poh Seng Keong (Pengarah Indah Utara Auto), Atsunori Murata (COO CV Isuzu Malaysia), Poh Seng Hooi (Pengarah Urusan Indah Utara Auto) dan Masayuki Suzuki (COO LCV Isuzu Malaysia)





Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi (COO) Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki berkata, program ini sinonim dengan jenama Isuzu yang menggalakkan gaya hidup sihat juga penting bagi setiap individu dan juga negara.

"rogram ini penting bagi kami kerana kami mahu mengambil kesempatan ini untuk memenuhi tanggungjawab sosial korporat syarikat kami. Ia secara tidak langsung mengeratkan hubungan antara kami dan komuniti.







"Kami juga berbangga kerana berkesempatan bekerjasama menjayakan program kali ke-10 yang sangat bermakna ini," ujarnya. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.118891 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list