Sebut saja Ipoh, siapa tak kenal sebuah bandar yang masih mengekalkan struktur bangunan bersejarah dan masih terpelihara hingga kini. Disebalik keindahan bangunan-bangunan yang masih tersergam itu, terdapat banyak tempat makan menarik boleh anda kunjungi dan pastinya kena dengan selera anda ketika berkunjung ke Ipoh.
Berikut adalah 8 tempat makan wajib anda singgah jika berkunjung ke Ipoh! #8 Mee Kicap Daud Mat Jasak Nak sarapan, makan tengah hari atau makan malam? Cakap saja, semua ada sebab kedai makan ini memang menjadi tumpuan ramai dan dibuka setiap Isnin hingga Sabtu jam 8 pagi hingga 10 malam.
Antara menu yang menjadikan ia antara persinggahan wajib adalah keaslian Mi Kicapnya yang diwarisi turun temurun! Memang kena dengan cita rasa dan "Betul-betul Ipoh Mali!" Selain itu, ada juga Mi Goreng, Sotong Kangkong, Nasi Lemak dan macam-macam lagi. #7 Pakeeza Restaurant Bagi yang menggemari makanan India Utara, Pakeeza Restaurant adalah tempat paling sesuai untuk anda menjamu selera terutama bersama keluarga. Suka Roti Nan? Di sini terdapat pelbagai jenis roti nan seperti Garlic Nan, Onion Nan dan Cheese Nan yang berharga RM4.50. Oh, ada juga Capati (RM 2.00) dan Roti Tandoori (RM2.50) Nasi Briyani kosong yang berharga RM4.90 sepinggan boleh dimakan dengan Daging Masala dan Pakeeza Beef yang masing-masing berharga RM 7.50 sepiring. Kalau suka, tambahlah Pajeri Terung. Hanya RM5.50 sepiring. Jangan risau, kesemua makanan di sini HALAL! Untuk minuman pilihan, anda boleh cuba lassi mangga pada harga RM5.50. Minuman lain seperti jus karot, nenas dan tembikai susu berharga RM 4.50 juga boleh didapati di sini. Restoran ini letaknya di Jalan Dato Seri Ahmad Said, Kampung Jawa, Ipoh, Perak. #6 Restoran Simpang Tiga Untuk yang nak rasa selera dari Sumatera, Restoran Simpang Tiga ini merupakan salah satu cawangan restoran tersebut yang berpusat di Medan. Malah, satu-satunya cawangan mereka di Malaysia buat masa ini. Restoran ini menyajikan nasi padang terbaik dan pastinya resipinya adalah ‘asli’ dari Padang! Jangan takut mahal kerana luarannya kelihatan mewah. Sebaik melangkah masuk, anda pasti akan berasa selesa dan serasi dengan suasananya. Melihat hiasan dalamannya dan pakaian pekerja, anda akan terasa seolah-olah berada di Medan, malahan pekerjanya juga sememangnya berasal dari sana. #5 Medan Selera Taman Kanak-Kanak Ini juga merupakan antara lokasi terbaik untuk dikunjungi. Lokasinya terletak betul-betul di tengah pekan Ipoh, sekali gus pastinya membuka selera setiap yang singgah disini. Di malam hari, anda boleh membeli-belah di Gerbang Malam yang terletak betul-betul dibelakang medan selera ini. Antara yang menjadi sebutan dan buruan pelanggan adalah popia basah SS Ali. Dengan kulitnya yang lembut dan sedap, ditambah dengan isinya yang padat sangat mudah menjerat deria rasa kita. Walaupun dimakan begitu sahaja, popia ini amat sedap tambahan pula dimakan dengan kuahnya yang berperisa. #4 Nasi Lemak Ayam Kampung Tak dinafikan antara lokasi yang cukup popular di Ipoh adalah Nasi Lemak Ayam Kampung yang terletak di Jalan Pitchay. Setiap hari, memang berlonggok ayam kampung di dapur kedai ini. Nasi lemak di sini juga dikukus untuk memastikan aroma dan kelembutan nasi terjaga. Antara lauk lain yang boleh dicubatermasuk ayam masak pedas, sambal sotong dan juga sambal kerang. Tak rugi cuba! Bagi mereka yang mahukan privasi makan bersama keluarga atau rakan-rakan sekerja, di sini juga ada menyediakan bilik VIP. Kemudahan surau yang luas dan selesa juga disediakan. #3 Cekodok Reggae House Terletak dijalan Sultan Iskandar betul-betul berhadapan Balai Polis Pekan Baru, lokasinya yang sangat strategik menyediakan menu makanan menarik dan hiasan dalamnya santai ala-ala berada di kalangan beach boy. Kafe ini dibangunkan dengan peralatan perhiasan yang dibuat sendiri menggunakan barang terpakai dan ianya hasil ilham pemilik kafe ini, Encik Wira. Di ruangan dalam kedai ada disediakan pentas untuk live show dan bilik penginapan untuk para backpackers yang berkunjung ke Ipoh. #2 Thumb's Cafe Kalau anda berkunjung ke Ipoh dan nak mencuba kafe ala-ala ‘kampung’ anda boleh cuba berkunjung ke Thumb's Cafe. Anda patut cuba hidangan 'signature' kafe ini iaitu(bebola daging) 'home made'. Jika mahu berkunjung ke kafe ini, lokasinya adalah; 133, Jalan Sultan Abdul Jalil (Greentown), 30450 Ipoh, Perak. #1 Nasi Kandar Ayam Merah (Nasi ganja Yong Suan) Tak lengkap bercuti di Ipoh kalau tak cuba ke kedai ini. Sememangnya satu dari lokasi wajib kerana makanannya yang dianggap legend bagi sesetengah penduduk di Ipoh. Walaupun namanya ada perkataan ganja, jangan risau! Tiada sedikit pun daun ganja yang dimasukkan ke dalam nasi kandar hidangan mereka. Pernah mengunjungi lubuk makanan di atas? Apa komen anda? - CARI
|
50
Bagus |
54
Marah |
46
Terkejut |
50
Sedih |
54
Lawak |
61
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
itsmeshikin replied at 4-10-2018 09:25 AM
New Hollywood tak masok list?
eii sedapnyee mee wantan die...ngan dumpling soup
mongoose_kidz replied at 27-9-2018 02:19 PM
medan selera tkk tu mmg mengimbau nostalgia sungguh..
dulu family kitorg bukan la org senang..
tp ...
mongoose_kidz replied at 27-9-2018 02:19 PM
medan selera tkk tu mmg mengimbau nostalgia sungguh..
dulu family kitorg bukan la org senang..
tp ...
ADVERTISEMENT