CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Mata Besar Cantik Menawan Anak Ini Disebabkan Sindrom Genetik Yang Jarang Ditemui

26-9-2018 01:24 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 11047| Komen: 53|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Baru-baru ini gambar Mehlani, seorang kanak-kanak berumur 2 tahun dari Minnesota menjadi viral kerana memiliki sepasang mata yang besar, cantik dan menawan.
Baru-baru ini gambar Mehlani, seorang kanak-kanak beruusia dua tahun dari Minnesota menjadi tular kerana memiliki sepasang mata yang besar, cantik dan menawan.


Kredit Foto: Buzzfeed News

Menurut penerangan ibunya, Kartina Martinez, Mehlani memiliki mata sedemikian kerana menghidap sindrom Axenfeld-Rieger, sejenis sindrom genetik yang mempengaruhi mata dan sangat jarang dialami pada zaman ini.

 
Kredit Foto: Twitter

Bercerita kepada Buzfeed News, Martinez berkata anaknya didapati mengidap sindrom itu sejak berusia seminggu. 

Menurutnya, sindrom ini mempengaruhi kornea dan iris Mehlani, iaitu bahagian berwarna pada matanya kelihatan mengecil dan mempunyai bentuk ganjil. 


Kredit foto: METRO

Terdapat lubang-lubang kecil pada irisnya menyebabkan kanak-kanak itu kelihatan mempunyai lebih daripada satu anak mata dan terletak bukan di bahagian tengah mata. 

Menurut pakar perubatan, segelintir pengidap sindrom ini akan diserang penyakit glaucoma, yang mana tekanan dalam mata akan merosakkan saraf optik jika tidak dirawat.


Kredit Foto: Twitter

Walaupun Mehlani mengidap glaucoma, penglihatannya setakat ini masih berfungsi dengan baik. Ibunya, bagaimanapun mendapati kanak-kanak itu sensitif terhadap cahaya, jadi dia perlu dipakaikan cermin mata ketika keluar rumah.


Kredit Foto: Twitter

Kisah Mehlani yang menjadi tular mengundang banyak komen netizen. Walaupun banyak yang memuji kecantikan mata kanak-kanak ini, ada juga mulut-mulut yang mengeji. 

Martinez berharap anaknya menyedari kecantikan matanya dan tidak mengendahkan kritikan itu apabila besar kelak.


Kredit Foto: Buzzfeed News

"Saya berharap anak saya tidak akan menjadi mangsa buli apabila memulakan zaman persekolahannya kelak," ujar Martinez. - CARI
20

Bagus
26

Marah
22

Terkejut
30

Sedih
35

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (157 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cahaya_emily 26-9-2018 01:32 PM
Moga si comel ini diberi kesembuhan hendaknya..she's adorable!
Quote Shirley23 26-9-2018 01:39 PM
Ingatkan mata biru tadi.
Quote Sang_Pencinta 26-9-2018 01:40 PM
macam mata karektor kartun
Quote mieymiey 26-9-2018 01:46 PM
Comel budaknya.
Semoga diberikan kesembuhan.
Quote mesmerize 26-9-2018 01:51 PM
tapi bukan ke budak2 kecik umur 3 tahun kebawah mata hitam dia memang besar?
anak buah aku pun mata dia gitu.. mata hitam besar, mata putih sikit je
Quote abangadek 26-9-2018 01:52 PM
comel kau dekkk
Quote saladin780 26-9-2018 01:52 PM
mata ala2 anime ni cute kalu tgk watak kartun je..
kalu jumpa real punya nampak pelik gak

apa2 pun semoga sihat selalu la dek
Quote Sang_Pencinta 26-9-2018 01:58 PM
mesmerize replied at 26-9-2018 01:51 PM
tapi bukan ke budak2 kecik umur 3 tahun kebawah mata hitam dia memang besar?
anak buah aku pun mata ...

Ini berbeza kot sebab penyakit. Shape yang hitam tu tak bulat sangat
Quote jazaa100 26-9-2018 01:59 PM
Ooo...disebabkn penyakit ke...

Aku ada jumpa sorang budak lelaki, mata dia cantik betul,  bulat & bulu mata lentik...mak dia chinese, mata sepet....aku syak mak dia kawin dgn bangla.....tapi kulit putih chinese....
Quote lasagnaklcc 26-9-2018 02:00 PM
Sindrom yg comel.
Quote minguk 26-9-2018 02:15 PM
omey nyaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote paz 26-9-2018 02:17 PM
Comelnya, semoga cepat sembuh.
Quote MissVixen 26-9-2018 02:22 PM
Heliza helmi pon ada kecacatan ni ke
Quote 234126 26-9-2018 02:24 PM
Comelnyaaaa
Quote 234126 26-9-2018 02:25 PM
MissVixen replied at 26-9-2018 02:22 PM
Heliza helmi pon ada kecacatan ni ke

Hahahaha anak mata kan
Quote aijinmisaki 26-9-2018 02:25 PM
Nampak muka abnormal tapi comel {:childlike
Quote ckenj 26-9-2018 02:42 PM
mak dia kenan citer anime ni...semoga cepat sembuh.
Quote Sang_Pencinta 26-9-2018 03:34 PM
Comel tapi ada ubat ke sindrom ni?
Quote Artemesiaa 26-9-2018 03:42 PM
Moga dapat kawan2 yang baik dah memahami bila dia mula ke sekolah nanti

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.075339 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top