|
Tular kehilangan seorang bayi lelaki berusia lima bulan di laman sosial Facebook setelah dimuat naik bapanya untuk meminta orang awam membantu mengesan akhirnya terjawab.
Memetik laporan Harian Metro, mangsa, Adam Rayqal Mohd Sufi ditemui mati di dalam rumah pengasuhnya di Taman Nakhoda, Batu Caves lewat malam kelmarin. Ketika ditemui mangsa berada dalam sebuah beg berwarna hijau dengan berpakaian lengkap serta dibalut kain napkin di bahagian sejuk beku peti ais di rumah itu kira-kira pukul 11 malam. Difahamkan kehilangan mangsa disedari apabila ibunya, Farah Madiha Othman yang ingin menjemputnya pulang kira-kira 7 malam kelmarin. Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad berkata penemuan mangsa berdasarkan maklumat yang diterima daripada pengasuh itu selepas proses rakaman percakapan yang dilakukan terhadap suspek dicurigai. "Pemeriksaan awal anggota badan mangsa tidak menemui sebarang kecederan dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat." Pengasuh berusia 33 tahun itu bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun telah ditahan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.- CARI
|
|
21
![]() Bagus |
48
![]() Marah |
25
![]() Terkejut |
27
![]() Sedih |
14
![]() Lawak |
33
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity


gile ke ape pengasuh ni...mcm mane agaknye baby tu blh mati...siannye...ni lah dilema mak2 yg jauh dr family,,bile anta anak umah pengasuh,,hati xtenteram...tau2 anak hilang,anak mati,anak kena dera,,
gile ke ape pengasuh ni...mcm mane agaknye baby tu blh mati...siannye...ni lah dilema mak2 yg jauh dr family,,bile anta anak umah pengasuh,,hati xtenteram...tau2 anak hilang,anak mati,anak kena dera,,
ADVERTISEMENT