CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Diwakili Tujuh Peguam Bela

4-7-2018 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5775| Komen: 28

Description: Mantan Perdana Menteri yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), petang semalam, tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada jam 8.20 pagi untuk menghadapi pertuduhan.
Mantan Perdana Menteri yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), petang semalam, tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada jam 8.20 pagi untuk menghadapi pertuduhan.


Astro AWANI melaporkan, Datuk Seri Najib Razak disambut penyokongnya yang berkumpul di kompleks mahkamah sebelum dibawa masuk ke Mahkamah Sesyen Jenayah 2 untuk sebutan kes.


Foto: Astro AWANI

Sementara itu, Harian Metro melaporkan, Najib diwakili tujuh peguam bela yang diketuai peguam kanan, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah.

Manakala, Peguam Negara, Tommy Thomas akan mengetuai pihak pendakwaan dibantu 11 Timbalan Pendakwa Raya dalam prosiding pendakwaan pagi ini.



Foto: Reuters

Berikut adalah barisan pasukan pendakwaan dan peguam bela Najib:


Pasukan pendakwaan

1. Tommy Thomas
2. Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria
3. Manoj Kurup
4. Datuk Shuhaimi Ibrahim
5. Datuk Umar Saifuddin Jaafar
6. Datuk Ishak Mohd Yusof
7. Donald Joseph Franklin
8. Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi
9. Budiman Lutfi Mohamed
10. Sulaiman Kho Kheng Fuei
11. Mohd Ashrof Adrin Kamarul
12. Muhammad Izzat Fauzan


Pasukan peguam bela Najib

1. Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
2. Harvinderjit Singh
3. Datuk Raj Krishnan
4. Farhan Read
5. Rahmat Hazlan
6. Muhamad Farhan Muhamad Shafee
7. Syahirah Hanapiah - CARI
6

Bagus
12

Marah
18

Terkejut
12

Sedih
4

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tanakkampung1x 4-7-2018 10:16 AM
Siapa boleh copy kertas pertuduhan tu di sini?
Quote tangen 4-7-2018 10:18 AM

mana yang kata najib pakai peguam yahudi tu
Quote Siti_Mustaqim 4-7-2018 10:22 AM
Kesiannya...
Quote de_ikea 4-7-2018 10:27 AM
All the best datuk Azman Abdullah
Quote BoongaKertas 4-7-2018 10:27 AM
tangen replied at 4-7-2018 10:18 AM
mana yang kata najib pakai peguam yahudi tu

deme kata yg lawyer USA tu hanya akan jd counsel/watching brief jer. wallahualam
Quote NAT_11 4-7-2018 10:29 AM
Najib bukan sahaja di wakili oleh 7 peguambela, bahkan juga PERSATUTNA BOMOH.....

         


outsyedthebox: Bomoh
Quote akusukaq 4-7-2018 10:55 AM
all the best Tan Sri Muhammad Shafee.
Quote Changa 4-7-2018 10:57 AM
NAT_11 replied at 4-7-2018 10:29 AM
Najib bukan sahaja di wakili oleh 7 peguambela, bahkan juga PERSATUTNA BOMOH.....

       ...

Betul ke gambar itu? Motif bersimpuh??
Quote reenz013 4-7-2018 10:58 AM
tanakkampung1x replied at 4-7-2018 10:16 AM
Siapa boleh copy kertas pertuduhan tu di sini?

KUALA LUMPUR 4 Julai -KUALA LUMPUR 4 Julai - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Raak didakwa di mahkamah hari ini. Berikut adalah pertuduhan ke atas beliau.

Pertuduhan Pertama



Bahawa kamu antara 17 Ogos 2011 dan 8 Februari 2012 di Pejabat Perdana Menteri Presint 1, Putrajaya di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia telah menggunakan jawatan untuk suapan bagi diri kamu berjumlah RM42 juta apabila kamu telah mengambil bahagian atau terlibat dalam keputusan bagi pihak kerajaan Malaysia untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman-pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC International Sdn. Bhd.. Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyan 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
Pertuduhan kedua
Bahawa kamu antara 24 Disember 2014 dan 29 Disember 2014 di AmIslamic Bank Berhad Bangunan Ambank Group No. 55, Jalan Raja Chulan, di sini sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Advisor Emeritus SRC International Sdn. Bhd., dan dalam kapasiti tersebut diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM27 juta dan oleh yang demikian telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan denda.
Pertuduhan ketiga
Bahawa kamu antara 24 Disember 2014 dan 29 Disember 2014 di AmIslamic Bank Berhad Bangunan Ambank Group No. 55, Jalan Raja Chulan, di sini sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Advisor Emeritus SRC International Sdn. Bhd., dan dalam kapasiti tersebut diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM5 juta dan oleh yang demikian telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan denda.
Pertuduhan keempat
Bahawa kamu antara 10 Februari 2015 dan 2 Mac 2015 di AmIslamic Bank Berhad Bangunan Ambank Group No. 55, Jalan Raja Chulan, di sini sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Advisor Emeritus SRC International Sdn. Bhd. dan dalam kapasiti tersebut diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM10 juta dan oleh yang demikian telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan denda. - UTUSAN ONLINE


Quote NAT_11 4-7-2018 11:07 AM
Changa replied at 4-7-2018 10:57 AM
Betul ke gambar itu? Motif bersimpuh??

Najib memang suka duduk bersimpuh. I teringat satu gambar
dia attend  satu majlis agama, dia duduk bersimpuh. Maybe something
wrong with his leg.............tapi yang duduk atas kerusi tu, memang
ROSMAH tidak bersolek........hehehe
Quote Changa 4-7-2018 11:08 AM
NAT_11 replied at 4-7-2018 11:07 AM
Najib memang suka duduk bersimpuh. I teringat satu gambar
dia attend  satu majlis agama, dia dudu ...

Penampilan sheols mmg hauk sekarang, otak dok serabut kot? Tak sempat nak pergi salon set rambut pelbagai
Quote Budakmomok 4-7-2018 11:14 AM
All the best to prosecution team and defence counsel team
Quote netto_ 4-7-2018 11:40 AM
NAT_11 replied at 4-7-2018 10:29 AM
Najib bukan sahaja di wakili oleh 7 peguambela, bahkan juga PERSATUTNA BOMOH.....

       ...

baju ape yg jibby ni pakai? pijamas kah? care kak mah duduk atas kerusi taiko sungguh haihh. u go kak mahh
Quote NAT_11 4-7-2018 11:45 AM
Changa replied at 4-7-2018 11:08 AM
Penampilan sheols mmg hauk sekarang, otak dok serabut kot? Tak sempat nak pergi salon set rambut p ...

Maybe early in the morning, kut tu yang laki bini sarong bathrob
dan tak bersolek. Rambut Najib pun tak bersikat, macam baru
bangun tidor. Tapi, memang kesianlah kat Najib. He goes down to
this low, mintak bantuan bomoh!
Who in the world would believe that such a debonire and arrogan man
of the world boleh caya kat bomoh unless dia memang dah kena dera
mentality by a wife yang memang hidup bergantung kat bomoh.
Actually, I memang kesian kat Najib ni.
I got a brother macam dia, takut kat bini.
Ikut je cakap bini.
Kalau dia tak kawen dengan Rosmah, would he ends up macam ni.....???
I selalu pikir macam ni kat my brother.
But my brother's wife tak berbomoh, but she got a very strong character
macam Rosmah. Dia HAP! je, my berother terus kecut..............




Quote tangen 4-7-2018 11:52 AM
NAT_11 replied at 4-7-2018 10:29 AM
Najib bukan sahaja di wakili oleh 7 peguambela, bahkan juga PERSATUTNA BOMOH.....

       ...



skeri tengok kak mah
Quote akakdendeng 4-7-2018 11:54 AM
gambar bersimpuh dpn bomoh tu betul lah ye......kalau betul lah mcm tu malu nya lah...
Quote NAT_11 4-7-2018 11:57 AM

She looks her age,kan, dengna rambut siput macam tu, kat atas kepala.
Kerusi tu, macam yang kerusi dia tidor malam polis datang gelidah rumah dia.
Quote dineyta 4-7-2018 11:59 AM
NAT_11 replied at 4-7-2018 11:45 AM
Maybe early in the morning, kut tu yang laki bini sarong bathrob
dan tak bersolek. Rambut Najib p ...

your brother bukan takut binik. binik x takut kat dia
Quote lil_bratz 4-7-2018 06:00 PM
NAT_11 replied at 4-7-2018 10:29 AM
Najib bukan sahaja di wakili oleh 7 peguambela, bahkan juga PERSATUTNA BOMOH.....

       ...

Ini gambar bilaaa? Mana dapat ni uols? I tak perasan kak moh kat kerusi tu. kenapa rupanya seakan akan chipanzi?

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-2-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.054833 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top