CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Pecah Amanah Najib: Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Ambil Alih Tugas

2-8-2018 03:09 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3970| Komen: 18

Description: Sinar Harian melaporkan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali akan menggantikan Hakim Datuk Sophian Abdul Razak untuk mengendalikan kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tu ...

Sinar Harian melaporkan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali akan menggantikan Hakim Datuk Sophian Abdul Razak untuk mengendalikan kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Difahamkan, nama Najib kelihatan dalam senarai kes di Mahkamah Tingggi Jenayah 3 yang dikendalikan oleh Mohd Nazlan pada 8 Ogos iaitu hari Rabu minggu depan.

Kredit Foto: carian internet

Sebelum menyertai badan kehakiman, beliau yang mendapat pendidikan di University Oxford itu juga pernah berkhidmat di Suruhanjaya Sekuriti sebagai ketua penguatkuasaan.

Kemudian beliau berpindah ke Maybank bagi menyandang jawatan ketua perkhidmatan korporat dan perundangan, peguam umum serta naib presiden eksekutif bank itu.


Sebelum ini media melaporkan, hakim Datuk Sophian Abdul Razak yang pada asalnya dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kes Najib itu didapati adalah adik kandung kepada Ahli Undangan Negeri (ADUN) Pahang dari UMNO, Mohd Sofian.

Hasilnya, Majlis Peguam dilaporkan membuat permohonan agar hakim Datuk Sophian ditukar dalam pengendalian kes Najib demi keadilan semua pihak.- CARI

12

Bagus
15

Marah
19

Terkejut
14

Sedih
8

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (77 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JohnnySins 2-8-2018 01:41 PM
bukankah hakim sepet dan rentung lebih adil dalam melaksanakan keadilan di Malaysia? wakakakkakakakakaka
Quote Burong_Hantuk 2-8-2018 02:31 PM
lim kit siang x layak jadi hakim kah???


Quote jcopy 2-8-2018 02:45 PM
JohnnySins replied at 2-8-2018 01:41 PM
bukankah hakim sepet dan rentung lebih adil dalam melaksanakan keadilan di Malaysia? wakakakkakakaka ...

bukan ke PH nak hakimi najib. najib salah, rosmah pun salah.
nak bicara apa lagi??

buang duit n masa negara je






Quote Siti_Mustaqim 2-8-2018 03:06 PM
jahat jahat jahat..
Quote samasam90 2-8-2018 03:17 PM
hebat hebat mckk
Quote EJALTI 2-8-2018 04:18 PM
Hakim Mohd Nazlan dengar kes Najib

http://www.mstar.com.my/berita/b ... 8/08/02/hakim-baru/

Diterbitkan: Khamis, 2 Ogos 2018 2:06 PM

Oleh: NURBAITI HAMDAN
editor@mstar.com.my

Mohd Nazlan Mohd Ghazali. Foto Mohd Sahar Misni/The Star

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali akan mengendalikan kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengikut senarai kes di Mahkamah Tingggi Jenayah 3, Mohd Nazlan akan mendengar kes Najib pada 8 Ogos ini.

Mohd Nazlan menggantikan Hakim, Datuk Mohd Sofian Abd Razak yang sebelum ini mendengar kes Najib.

Ia sekali gus menjawab spekulasi mengenai siapa yang akan mengendalikan kes Najib, yang didakwa atas tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Pada  4 Julai 2018, Najib mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd Sofian atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan menyalahgunakan kuasa berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Sebelum ini media melaporkan, Hakim Mohd Sofian perlu menarik diri daripada mendengar kes Najib atas alasan abang kepada Hakim Mohd Sofian mempunyai kedudukan dalam Umno dan kerajaan Pahang.

Bagaimanapun pada 6 Julai lepas Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan dalam kenyataan media berkata pemilihan hakim Mohd Sofian untuk mendengar kes  Najib dibuat  secara rawak yang dilaksanakan secara dalam talian melalui Portal e-Filing Mahkamah.

Mohd Sofian ditukarkan ke Mahkamah Tinggi Sivil 10. Pertukaran mereka berkuat kuasa I Ogos 2018 dan surat pertukaran itu telah ditandatangani Hakim Besar Malaya Tan Sri Zaharah Ibrahim pada 24 Julai 2018.

Quote cmf_almondpecan 2-8-2018 09:11 PM
Burong_Hantuk replied at 2-8-2018 02:31 PM
lim kit siang x layak jadi hakim kah???

Tak layak sbb beliau tak pernah aktif bekerja sbg judicial/legal officer mahupun sbg peguam.
Quote cmf_almondpecan 2-8-2018 09:12 PM
Saya pernah bekerja dgn Justice Nazlan ni. Ok lah orangnya. Nampak pendiam dan tenang.
Quote Orix 2-8-2018 11:36 PM
Yeahhhhhh tak sabar nak stock up popcorn
Quote akusukaq 2-8-2018 11:54 PM
siapa berani lawan towkeh
Quote totokreturn 3-8-2018 12:53 AM
cmf_almondpecan replied at 2-8-2018 09:12 PM
Saya pernah bekerja dgn Justice Nazlan ni. Ok lah orangnya. Nampak pendiam dan tenang.

Nazlan ni kerja dgn zaid and co. Pastuh bukak legal sendiri...
Quote cmf_almondpecan 3-8-2018 09:10 AM
totokreturn replied at 3-8-2018 12:53 AM
Nazlan ni kerja dgn zaid and co. Pastuh bukak legal sendiri...

Ya betul.

Quote dodolgemok 3-8-2018 10:12 AM
jcopy replied at 2-8-2018 02:45 PM
bukan ke PH nak hakimi najib. najib salah, rosmah pun salah.
nak bicara apa lagi??


Dh bawak ke Court mulalah cacai meroyan. Aku suka aku suka sangat!!
Quote dodolgemok 3-8-2018 10:13 AM
akusukaq replied at 2-8-2018 11:54 PM
siapa berani lawan towkeh

Aku suka tgok cacai meroyan bila tuan besar najib nak kena bicara. Aku suka aku suka sangat!!
Quote jcopy 3-8-2018 10:15 AM
belum bicara punnnnn rupanya

tapi anjeng2 dah jatuhkan hukum menyalak perompak2 penyamuun2 sejak bertahun lamanya

bodohnya mahacai

Quote whitemagic 3-8-2018 10:17 AM
dodolgemok replied at 3-8-2018 10:13 AM
Aku suka tgok cacai meroyan bila tuan besar najib nak kena bicara. Aku suka aku suka sangat!!

kemain @dodolgemok laknatullah . bersalah pun belum lagi
Quote dodolgemok 3-8-2018 10:38 AM
whitemagic replied at 3-8-2018 10:17 AM
kemain @dodolgemok laknatullah . bersalah pun belum lagi

Lah bila masa aku jatuhkan hukum? Aku seronok tgok najib kena bicara jah. Lagi seronok tgok cacai menggelupor @jcopy aku suka aku suka sangat!!
Quote DARSITA 4-8-2018 09:34 PM

NAnti bila kalah pemegang2 bunga manggar utk Najib menjerit jerit bak monyet di hutan mengatakan hakim ini telah dibeli oleh kerajaan PH.

Akal UMNGOK mmg mudah dibaca.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.184434 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top