CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Bawa Ular Ke Klinik Mengejutkan Orang Ramai

2-8-2018 05:39 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3577| Komen: 16

Description: Di Zhejiang, China, seorang wanita berumur 20 tahun setelah digigit ular mampu membawa ular itu dengan tangan ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
Sebut sahaja perkataan ular, pastinya meremang bulu roma dan terbayang patukan bisa ular yang boleh membawa maut.

Namun, ada juga manusia yang langsung tidak timbul perasaan takut apabila berdepan haiwan reptilia itu.


Di Zhejiang, China, seorang wanita berumur 20 tahun setelah digigit ular mampu membawa ular itu dengan tangan ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Memetik laporan Zhejiang Online, wanita tersebut diserang dan digigit oleh seekor ular yang muncul secara tiba-tiba ketika bersiar-siar di kawasan semak.

Ketika kejadian, wanita itu terus menangkap ular itu apabila mendapati ianya merangkak ke tangannya.

Dengan selamba, wanita itu bergegas ke klinik dengan tangannya memagang ular itu, tindakannya itu mengejutkan orang ramai yang berada di klinik pada ketika itu. 


Kredit Foto: Keratan Video 

Rata-rata pengunjung klinik kagum dengan wanita tersebut yang kelihatan sedang mengisi borang pendaftaran sambil sebelah tangan memegang ular itu.

Oleh kerana musim panas menjelang, ular memang giat beraktif di kawasan Zhejiang, insiden orang ramai digigit ular memang biasa berlaku. 

 Namun menurut jururawat yang bertugas, ini kali pertama pesakit datang merawat dengan membawa ular yang masih hidup di tangan.

Mujur, selepas dirawat doktor, ular itu didapati tidak berbisa dan wanita itu dilaporkan selamat.- CARI
8

Bagus
5

Marah
6

Terkejut
22

Sedih
10

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 2-8-2018 05:42 PM
Kalau binatang tu dah biasa dia makan. ....nak takut apa. ....
Quote noor2 2-8-2018 05:44 PM
[youtube]1f_G8BFrCY4[/youtube]
Quote Foxey 2-8-2018 05:45 PM
euwww... i don't wikeee snakess.....
Quote grouper 2-8-2018 05:58 PM
Aritu ada berita pompuan china ada mati kena patuk ular yg beli secara online je. Elok buka bungkusan tu terus kena patuk. Ular tu dia nak wat arak ular yg dlm balang tu.
Quote sharlenetexas 2-8-2018 06:00 PM
Jadi mcm gelang pulak.
Quote Artemesiaa 2-8-2018 06:18 PM
Geram sangat tu yang gigih bawak ia sama gi klinik senangkan kerja doctor nak bantu.  Yang kesiannya mereka2 kat klinik mau tak panic nampak ular berlengkou cam tu.
Quote JohnnySins 2-8-2018 06:32 PM
teori sepet bangsa yang superior dan bijak rajin adalah mitos....malangnya kita baru je tahu sejak akhir2 ini di Malaysia.....wakakakakakaka
Quote NekNgah 3-8-2018 01:04 PM
Bawa ke klinik mungkin untuk tau species ular tu.  Kalau berbisa, doctor boleh cari anti venom yang sepadan.

Tapi dia bertuah, ular tu tak berbisa.
Quote 華沙論賤 3-8-2018 01:33 PM
Nak buat jadi ubat
Quote mesmerize 3-8-2018 01:57 PM
kawan aku kena gigit ular.. dia pun tak pasti ular kapak ke ular senduk.. dah beberapa hari duk wad.. tangan belum hilang bengkak katanya
Quote Burong_Hantuk 3-8-2018 02:47 PM
Wah..tabik lah sama awak ahmoi
Quote Burong_Hantuk 3-8-2018 02:47 PM
Wah..tabik lah sama awak ahmoi
Quote sofiazara 3-8-2018 02:50 PM
grouper replied at 2-8-2018 05:58 PM
Aritu ada berita pompuan china ada mati kena patuk ular yg beli secara online je. Elok buka bungkusa ...

masuk neraka lakot dia? sebab sedang berniat membuat kerja haram iaitu membuat arak.
Quote cmf_almondpecan 3-8-2018 03:06 PM
sofiazara replied at 3-8-2018 02:50 PM
masuk neraka lakot dia? sebab sedang berniat membuat kerja haram iaitu membuat arak.

Manalah tau saat terakhir tu dia sempat bertaubat.

Quote Pink_Purple 3-8-2018 05:31 PM
gelii                     
Quote ultra78 4-8-2018 08:19 AM
*Like a boss*

Malulah jika laki takut dengan ular.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.063906 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top