CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Anwar Ibrahim, Rosmah Sama Sahaja Lebih Sudu Dari Kuah"

20-6-2018 10:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14759| Komen: 175

"Dahulu, kita ada isteri perdana menteri, 
sekarang kita ada suami Timbalan Perdana Menteri. Sama sahaja perangai."


Demikian kata penyunting berita The Malaysian Insight berhubung suami kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri kepada mantan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam ruangan suara portal berkenaan.

Tramizi Hussin, dalam ruangan itu membandingkan sikap Ketua Umum PKR dan Rosmah yang dilihat suka menonjolkan diri.

Menurutnya, selain gemar menonjol diri berbanding isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Ali, Rosmah juga dihimpit kontroversi dan umpatan masyarakat mengenai sikap borosnya.


Foto: Republika


Manakala, Anwar yang dibebaskan dari penjara memenuhkan aktiviti hariannya dengan bertemu Raja-Raja, pemimpin dunia dan wawancara dengan media dalam dan luar negara walaupun 'bukan sesiapa' dalam kerajaan.

"Ini bukan pertemuan dan aktiviti ramah mesra sahabat lama, sebaliknya semboyan 'aku Perdana Menteri Malaysia ke-8'," ujarnya.


Foto: IG Anwar Ibrahim

Sementara itu, ketika membuat lawatan di London dan bertemu Setiausaha Luar Britain Boris Johnson, Anwar sempat memberi pandangan mengenai isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) serta kesediaan Malaysia menyiasat skandal Battersea, kenyataan yang masih belum dijelaskan kerajaan Pakatan Harapan (PH) bahawa Anwar bukan ahlinya.

"Barangkali Anwar terlupa yang isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah TPM Malaysia, wanita pertama memegang jawatan itu. Anwar mungkin tak sedar yang sekarang beliau hanyalah 'sudu'.

"Sama seperti Rosmah yang sibuk berprogram sehingga dikata orang lebih sudu daripada kuah.

"Malah, sudah wujud suara menista Anwar di media sosial," katanya.

Tramizi, kemudian mengajukan persoalan buat Anwar sama ada beliau 'sudah, sedang atau akan' lakukan untuk memujuk rakyat menerimanya sebagai ganti Dr Mahathir.

"Atau adakah Anwar merasakan tak perlu lagi buktikan apa-apa?" ujarnya. - CARI

15

Bagus
22

Marah
20

Terkejut
27

Sedih
17

Lawak
33

Bosan

Friends Rank (134 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noraidil_06 20-6-2018 10:37 AM
Ya Allah mintak jauh dia ni dr jd PM
Quote chazey 20-6-2018 10:44 AM
Bang Non

vs

Mahathir,.

Akak mati hidup balik 100 kali pun tetap akan pilih Mahathir jua.
Quote Innrukia 20-6-2018 10:47 AM
Paku dulang paku serpih
Mengata Rosmah, Anwar yg lebih
Quote besarkecik 20-6-2018 10:48 AM
No to bangnon
Quote C1k_J4h 20-6-2018 10:49 AM
sampai bila2 pun xkan terima anuar jd pm
bullshit sgt dia ni
kena setepek ng LGE
padan muka
Quote EvieWanKenobi 20-6-2018 10:49 AM
noraidil_06 replied at 20-6-2018 10:37 AM
Ya Allah mintak jauh dia ni dr jd PM

Aaaminnn..
Quote LostStar 20-6-2018 10:49 AM
yang lama ada kak mah.. yang baru ada bang non.. sama jek busuk parti dua2 nih..
Quote kucen_miang 20-6-2018 10:50 AM
hahahahaha dah lama nuart jd gtu
Quote saviour_09 20-6-2018 10:53 AM
bang non & mencapub berpisah tedaaa
Quote pengecatbintang 20-6-2018 10:57 AM
ni pandangan aku...

bila PH dapat perintah Malaysia...

Raja2 Melayu rasa goyah...

sbb dah ada suara2 yang mintak Raja2 Melayu ni ditiadakan...

so, Raja2 Melayu ni start panggil Anwar jumpa depa...

so, mgkn Anwar beri jaminan kedudukan Raja2 maintain...

naper Raja2 Melayu x panggil Tun M...

sebab depa x ngam ngan Tun M
Quote HamidiSP 20-6-2018 11:00 AM
Sudah namanya politik. Terima je la
Quote Sayamama 20-6-2018 11:06 AM
jauh sangat bezanya....

DSAI bekas Menteri Pelajaran, bekas Menteri Kewangan, bekas TPM....
pernah menjawat jawatan tertinggi dalam UMNO
dan sekarang beliau adalah pemimpin tertinggi parti yg paling banyak wakil di dalam parlimen iaitu PKR
Beliau mendapat kepercayaan dan paling disenangi Raja2 Melayu.... juga disenangi dan dipercayai pemimpin2 dunia/ ulamak2 dunia....di semua peringat..

tapi Rosmah siapa?  beliau hanyalah isteri PM.....  




Quote cmf_premierleag 20-6-2018 11:10 AM
Say No to anwar ibrahim
Tak hengen aku tgk dia jd PM ke 8
Quote pengecatbintang 20-6-2018 11:12 AM
Edited by pengecatbintang at 20-6-2018 11:19 AM

lagi satu pandangan aku...

Tun M n kabinet yg ada skrang dipersetujui untuk diiktiraf dgn janji Anwar sebagai PM yg akan ganti Tun M sebagai PM sementara...

ini janji yg dipegang oleh majoriti rakyat Malaysia yg undi PH...

so, kalo Anwar dok diam2 x wat apa2 aktiviti, akan timbul cakap2 membawang bahawa Anwar x mau jadi PM...
akan timbul pitnah Tun M memencilkan Anwar supaya Tun M dapat perintah lebih dari masa yg dijanjikan...

dan banyak lagi pendapat atau prasangka dari rakyat Malaysia yang berbelas juta berjuta2... semuanya yakin, taksub dan ada PHD dgn pendapat masing2...

Tun M mcm ni, Anwar mcm ni, LGE begitu, Najib begini..

kebanyakan yg suka membawang dan berprasangka ni Melayu... yang banyak berforum dlm ni Melayu (termasuk aku... ha ha) .. mgkn kurang Cina..

contohi bangsa Cina... bila depa dah pilih, maknanya depa yakin pilihan mereka OK.. dan depa serahkan urusan tadbir Malaysia n politik pada gomen yang dipilih dan politician yg ada..

kalo x OK, next PRU, depa undi parti lain..

kalo pemimpin tu korup... Cina x kan pilih next time...

--

beza ngan Melayu yg lebih kpd membawang...

naper BN bole perintah sampai 60 tahun walaupun banyak skandal..

sebab Melayu ni mudah kesian.. sikap tak apa lah.. bila mati sok depa sedekah al fatihah.. dll

soal amanah, duit negara x bole tolak ansur...

--
kena beza antara POLITIK dgn GOVERNMENT  

so, simpulnya... selagi Anwar tak campur tangan officially dlm urusan pentadbiran gomen... ok ler tu...

kalo Anwar berperanan utk mudahkan urusan gomen... mcm pelantikan Tommy Thomas sbg AG... apa salahnya...

Anwar ni politician.. lantak dia lah nak berpolitik ke apa...

he he   


Quote zuuu 20-6-2018 11:16 AM
Terkujat aq,ingtkn beliau pon ada beg tangan bjenama kulit buaya putih jugak...
Quote card_reader 20-6-2018 11:20 AM
sepatotnya anwar patot buat kerja balik tabir je, xyah nak overshadow bini sendiri.....tau la dolu dia pon ex TPM, tapi xyah la nak over sangat sampai dia yg kena bagi statement bagai. biar TPM je buat kerja dia.....
Quote idakamaruddin 20-6-2018 11:22 AM
alaa kasi can la dia nak mencapub

20 thn x kenal telepon , x kenal tv lcd tak kenal mrt, x kenal komuter coach wanita , x kenal legoland, x kenal icity

biar la dia mencapub br 2 bln dia kuar penjara

Quote yellowfish 20-6-2018 11:24 AM
Salah ke? Dia tak kacau pentadbiran pun....alahaii.. beza benar ngan rosmah
Quote dewimalam78 20-6-2018 11:26 AM
Marah org pkr uols komen mcni.
Bersatu cuma 13kerusi shj. Sedar la diri sket.
Menumpang logo pkr...kata depa la.

Lihat semua komen(175)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.034793 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top