CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Trump Anjur Majlis Berbuka Puasa Pertama

8-6-2018 12:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3381| Komen: 15

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menganjurkan majlis berbuka puasa atau Iftar pertamanya pada Rabu sejak bergelar presiden selepas enggan menganjurkannya pada tahun lalu, lapor abc NEWS.




Majlis berbuka puasa bersama jemputan kenamaan Islam merupakan tradisi yang sudah lama diamalkan Rumah Putih, dimulakan Hillary Clinton pada 1996 dan diteruskan menerusi pentadbiran Clinton, Bush serta Obama.

Trump, bagaimanapun enggan meneruskan tradisi itu pada tahun pertamanya bergelar presiden.

Menurut AFP, majlis berkenaan dihadiri duta dari Emiriah Arab bersatu (UAE), Bahrain, Kuwait, Mesir, Libya, Iraq, Maghribi, Algeria, Jordan, Indonesia dan Arab Saudi.



Foto: AFP

Sementara itu, beberapa kumpulan komuniti Islam AS seperti Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) menganjurkan Iftar mereka sendiri di luar Rumah Putih sebagai protes terhadap majlis berkenaan sambil memegang sepanduk "Not Trump's Iftar."

"Ini adalah tindakan hipokrit Trump. Mereka menganjurkan Iftar selepas enggan melakukannya tahun lalu. 

"Kemudian, mengenakan sekatan terhadap orang Islam, melaksanakan pemeriksaan melampau, dan meningkatkan pengawasan terhadap Muslim di AS. 

"Tiba-tiba, berlagak mesra seolah-olah tiada apa berlaku antara kita," kata Pengarah Hal Ehwal Kerajaan CAIR, Robert McCaw. - CARI

7

Bagus
17

Marah
17

Terkejut
11

Sedih
14

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (77 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azwanaliori 8-6-2018 01:08 PM
Ada bubur lambuk x agaknye.
Quote judicata 8-6-2018 01:51 PM
tak faham...

"bagaimanapun enggan meneruskan tradisi sama pada tahun pertamanya sebagai presiden."

tp "Lebih 50 tetamu diundang ke majlis berkenaan termasuk Duta Arab Saudi, Putera Khalid Ben Salman dan Duta Jordan, Dina Kawar."

so trump buat ke tak buat majlis tu?
Quote ultra78 8-6-2018 02:03 PM
judicata replied at 8-6-2018 01:51 PM
tak faham...

"bagaimanapun enggan meneruskan tradisi sama pada tahun pertamanya sebagai presiden ...

Tahun sudah Trump tak buat acara berbuka puasa.Tiba-tiba kali ni buat pulak.

Memang tradisi di White House ada buat acara tersebut setiap tahun tanpa mengira siapa jadi presiden
Quote judicata 8-6-2018 02:06 PM
oh. thank you sbb explain...
Quote judicata 8-6-2018 02:06 PM
ultra78 replied at 8-6-2018 02:03 PM
Tahun sudah Trump tak buat acara berbuka puasa.Tiba-tiba kali ni buat pulak.

Memang tradisi di  ...

oh. thank you sebab explain
Quote krustykrab 8-6-2018 02:10 PM
ada kuba guling tak tahun ni
Quote hzln 8-6-2018 02:10 PM
ultra78 replied at 8-6-2018 02:03 PM
Tahun sudah Trump tak buat acara berbuka puasa.Tiba-tiba kali ni buat pulak.

Memang tradisi di  ...

Tahun ni kena buat laaaa....baru jah pindah kedutaan amareka ke jerusalem khennnn? Baru nampak adil sebegituh, tak berat sebelah, belah yahudi sokong, belah islam pun kita sokong juga...manader kita anti islam? Manader? Manaderrrr? Nih tgk nih kita buat mejlis bukak posa kat white house nihhhh
Quote Dwdrum 8-6-2018 02:18 PM
Bilal askaryar melalak apabila rakam dan family sekampung tidak boleh masuk murica untuk kutip walfare dari kapir
Quote Dwdrum 8-6-2018 02:24 PM
Sudah sudah lah bilal u melalak kesian daddy u ....... sudah lah daddy u itu baik tinggal  di kawasan liberal dapat anak kuat melalak perangai seperti terrorist ....
Quote RatuDunia94 8-6-2018 02:34 PM
judicata: tak faham... "bagaimanapun enggan meneruskan tradisi sama pada tahun pertamanya sebagai presiden."tp "Lebih 50 tetamu diundang ke majlis berkena ...


Ini kan tahun kedua trump jd presiden..
Quote munchkin 9-6-2018 12:02 AM
The donald the donald

Ni former wife panggil
Quote famri7 9-6-2018 12:12 AM
Nothing special sis obama slalu jah buat..dinner jah kan dgn mooslems...xda nk shalat teraweh witir kepelbagaian.
Quote ChildrenOfBodom 9-6-2018 12:53 AM
nk bodek saudick
Quote insulin 9-6-2018 01:02 AM
Ni mesti berbuka dengan steak, kan?
Quote pukulrata 9-6-2018 04:56 PM
rasanya lompat tikam illegal sbb dianggap threat

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.141543 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top