CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabil Harap ‘The Hantus’ Dikecam Netizen, Senang Nak Dapat Publisiti

8-6-2018 01:46 PM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 5848| Komen: 13|Original author: Oleh: Amirah

Description: Mulai 15 Jun ini, telefilem seram komedi The Hantus akan menemui penonton di rancangan Astro First Eksklusif yang diarahkan bersama oleh Nabil Ahmad.
Mulai 15 Jun ini, telefilem seram komedi The Hantus akan menemui penonton di rancangan Astro First Eksklusif yang diarahkan bersama oleh Nabil Ahmad.

"Saya mengharapkan The Hantus akan menjadi bualan hangat netizen sekaligus tular di media sosial," katanya.

Foto: IG Nabil Ahmad
Sebagai penulis skrip bagi telefilem tersebut, dia bersedia menerima segala kecaman dan berharap dengan adanya kritikan netizen ia secara tidak langsung memberi publisiti kepada telefilem tersebut untuk mereka menonton.

"Saya tidak kisah dikecam kerana cara itu pasti menarik orang ramai untuk menontonnya.

"Mana tahu, selepas ini ada stesen televisyen lain berminat untuk melantik saya sebagai pengarah atau penulis skrip," katanya pada Harian Metro.


Foto: IG Nabil Ahmad
Dia juga menafikan tuduhan yang mengatakan dirinya menggunakan ‘orang dalam’ untuk menerbitkan telefilem ini di Astro.

"Memang saya mempunyai hubungan baik dengan Astro kerana menjadi pengacara, pelawak dan penyampai radio untuk program stesen berkenaan.

"Bagaimanapun, saya menggunakan saluran sah serta prosedur betul iaitu bermula dengan membentangkan idea kepada pihak Astro," katanya.

Foto: IG Nabil Ahmad
Kisah-kisah seram yang menjadi pencetus inspirasi untuk menerbitkan telefilem ini adalah Volkswagen kuning, Hantu Kak Limah dan taman tema terbiar Mimaland.

Dia juga mengatakan bahawa skrip untuk The Hantus 2 sudah pun siap namun masih tiada lagi tawaran daripada Astro untuk memulakan penggambarannya.

Foto: IG Nabil Ahmad
Hebat Nabil! Sekarang sudah mula berkecimpung dalam dunia penerbitan filem. Semoga usaha Nabil membantu memeriahkan lagi industri seni hiburan dengan idea yang segar. - CARI
6

Bagus
7

Marah
7

Terkejut
8

Sedih
15

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 8-6-2018 02:29 PM
Senang je.. Mainkan isu agama and politik.. InsyaAllah kena kecam x sampai 24jam ditayangkan..
Quote imanda 8-6-2018 02:32 PM
kenapa nak rojakkan bi n bm?
Quote imanda 8-6-2018 02:32 PM
kenapa nak rojakkan bi n bm?
Quote mdhelmi 8-6-2018 02:38 PM
imanda replied at 8-6-2018 02:32 PM
kenapa nak rojakkan bi n bm?

kecaman pertama
Quote munchkin 8-6-2018 05:31 PM
Wife dia pakai baju cotton lah cantik
Quote besarkecik 8-6-2018 06:30 PM
Nabil ni makin sedap dipandang mata.
Quote Suchi 10-6-2018 08:41 PM
Alif satar pun ade berlakon kn
Quote danieladam 11-6-2018 12:40 PM
adakah nasib cerita ni sesendu benang ni? hahaha
Quote itsmeshikin 12-6-2018 08:54 AM
danieladam replied at 11-6-2018 12:40 PM
adakah nasib cerita ni sesendu benang ni? hahaha

tulaaa..nampak macam sendu jugak..
Quote vanillaninja 12-6-2018 09:08 AM
Tapi I tengok trailer movie ni dalam Twitter, kelakar la jugak. Ke I je mudah terhibur?
Quote nuhanis 12-6-2018 09:38 AM
Tgk iklan cambest jek
Aku ok jek citer sengal2 camtu
Kdg2 terhibur jugak
Quote rina0602 12-6-2018 12:16 PM
trailer kelakar..biasa kite2 masuk rumah hantu, ni hantu masuk rumah "hantu"
Quote Lolalala 3-7-2018 02:19 PM
Cerita dia best. Pelakon x kayu. Malam raya memang meriah tengok dengan family

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.148370 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top