Pro Kerajaan atau Pro Pembangkang? Itulah yang mewarnai kehidupan pasca PRU14 ini. Ada yang menunjukkan terang-terangan dan ada mengambil langkah tidak ambil pusing. Namun ada satu yang membuatkan ramai yang menyampah iaitu kategori 'lalang' yakni artis yang menyokong siapa sahaja yang menang atau senang cerita tiada pendirian.
Yasin Sulaiman yang terkenal dengan status lantangnya mengkritik isu pentadbiran kerajaan terdahulu memuat status di Instagramnya bahawa ramai artis yang telah menunjukkan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH).
Ia tiada masalah pun kerana masing-masing mempunyai pendapat sendiri. Lagi pula banyak lagi masalah yang perlu dilihat seperti royalti dan sebagainya perlu dititikberatkan oleh kerajaan baru.
Namun bagi artis yang pernah mencerca, memaki tanpa belas kasihan dan memberi kenyataan palsu - golongan ini boleh diterima tetapi perlu meminta maaf atas kesilapan mereka.
Kenyataan itu disokong oleh rakan artis, Faizal Tahir yang juga bersetuju bahawa perlu rasional untuk kebaikan bersama. Tiada siapa pun yang sempurna. Jadi, bersama-samalah berganding bahu untuk lebih berjaya.
Foto : IG Yasin Sulaiman Jadi, di sini jelas, bukan soal lalang perlu dimainkan oleh netizen serta orang industri tetapi perlu lebih gigih untuk memartabatkan industri muzik itu sendiri. Moga-moga semakin ramai artis yang menyedari dan memperjuangkan hak mereka. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|