CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 2895|Reply: 15

Banyak Masalah Perlu Diselesaikan, Bukan Isu Lalang Semata - Yasin Sulaiman

[Copy link]
Post time 14-5-2018 10:51 AM | Show all posts |Read mode


Pro Kerajaan atau Pro Pembangkang?

Itulah yang mewarnai kehidupan pasca PRU14 ini. Ada yang menunjukkan terang-terangan dan ada mengambil langkah tidak ambil pusing. Namun ada satu yang membuatkan ramai yang menyampah iaitu kategori 'lalang' yakni artis yang menyokong siapa sahaja yang menang atau senang cerita tiada pendirian.

Yasin Sulaiman yang terkenal dengan status lantangnya mengkritik isu pentadbiran kerajaan terdahulu memuat status di Instagramnya bahawa ramai artis yang telah menunjukkan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH).

Ia tiada masalah pun kerana masing-masing mempunyai pendapat sendiri. Lagi pula banyak lagi masalah yang perlu dilihat seperti royalti dan sebagainya perlu dititikberatkan oleh kerajaan baru.

Namun bagi artis yang pernah mencerca, memaki tanpa belas kasihan dan memberi kenyataan palsu - golongan ini boleh diterima tetapi perlu meminta maaf atas kesilapan mereka.

  


Kenyataan itu disokong oleh rakan artis, Faizal Tahir yang juga bersetuju bahawa perlu rasional untuk kebaikan bersama. Tiada siapa pun yang sempurna. Jadi, bersama-samalah berganding bahu untuk lebih berjaya.


Foto : IG Yasin Sulaiman


Jadi, di sini jelas, bukan soal lalang perlu dimainkan oleh netizen serta orang industri tetapi perlu lebih gigih untuk memartabatkan industri muzik itu sendiri.



Malahan, ada netizen yang meminta Yasin mencipta sebuah lagu untuk meraikan kemenangan rakyat ini.









Moga-moga semakin ramai artis yang menyedari dan memperjuangkan hak mereka. - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 11:04 AM | Show all posts
Tak jadi masalah, tapi orang geli tahu tak, geliiiii.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenalah jadi lalang, kalau tak, macam mana artis nak survive.. Tapi sumpah aku menyampah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada betulnya apa dia cakap.
Yg kita menyampah ni yg macam yasin cakaplah hina keji kempen belah sana kutuk tun, pastu uturn macam dia selama ni sokong kuat tun M mcm doyok, king afiq.  
Dan juga spesis fake pung oang macam kekrul keknis tapi tak mengundi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Asal tgk gmbar last yasin tu dah mcm princhiqy dinzly je?dgn cara pemakaian cmtu..kekeke~
Ramai daa retis2 y mula bersuara #freedomofspeech(?)
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 14-5-2018 11:18 AM
Asal tgk gmbar last yasin tu dah mcm princhiqy dinzly je?dgn cara pemakaian cmtu..kekeke~
Ramai ...

Hahahaha i pn baru nak kata
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 12:27 PM | Show all posts
dulu duk kampung ...ayah aku pernah marah ...

dia cakap lalang bila dah makin tinggi patut kena cantas...baru kemas...pergi ambil sabit cantas lalang tu semua...


hahahha...

gurau je
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Issandra replied at 14-5-2018 11:28 AM
Hahahaha i pn baru nak kata

Kannnn..senyap lak princhiqy ni..xde latest news psl die ke?salu dia ni jenis merempan kt socmed gk..xkn ler isu pru dia senyap je..hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 01:22 PM | Show all posts
betul... x payah mention ko sokong mana... diam2 sudah... x perlu nampak lalang nau.. malu tau tak.. ke ko x malu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
dia  ni bukan ada masalah dissorder apa ntah. macam masalah mental macam tu{:question
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 08:48 PM | Show all posts
tak kisah lah nyah....ke kau bersedih yang kau tak berjaya jadi mak hayam ggv nyah?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 08:49 PM | Show all posts
gigahertz replied at 14-5-2018 08:30 PM
dia  ni bukan ada masalah dissorder apa ntah. macam masalah mental macam tu{:question

bipolar..penyakit yang sama dihidapi mak hayam forumer kiah mai plak gerutu tak laku dan eddysheddy tong gas...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 09:29 AM | Show all posts
eh sudahhh laaaa koranggggggg
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 09:52 AM | Show all posts
Betul tu, baik jadi atas pagar atau senyap je dari jadi lalang. Ye lah, selebriti ni orang tengok perbuatan mereka semua tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 09:56 AM | Show all posts
lantak ko la yasin..why bother why bother..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 12:16 PM | Show all posts
Ada artis yang cerdik ada artis yang kurang cerdik. Fikir la dulu sebelum nak up apa2 status di media sosial. Nati nampak macam kite nih xberpelajaran sgt plak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-7-2022 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.087888 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list