CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Netizen Kecoh Bila Haqiem Rusli Perform Di Konsert Anjuran BN

8-5-2018 12:29 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6246| Komen: 23|Original author: Oleh: Azza


Memang panas musim Pilihan Raya Umum (PRU) ini kan?


Selebriti pun turut terkena tempias PRU ini sama ada menjadi penyokong atau sekadar memerhati. Tidak terkecuali, penyanyi yang popular dengan lagu 'Tergantung Sepi', Haqiem Rusli.

Kali ini bukanlah kerana lagunya yang hits berjuta view, tetapi kerana dia memuat naik poster Konsert di Slim River, Perak anjuran parti politik, Barisan Nasional.

Haqiem bersama artis lain seperti Mawi, Nabila Razali dan Abam membuat persembahan Konsert Gegar pada malam 7 Mei, yakni hanya dua hari sebelum tarikh keramat rakyat Malaysia.

Foto : IG Haqiem Rusli

Sedia maklum kancah politik yang mempunyai penyokong sendiri membuatkan Haqiem memahami perbezaan fahaman. Oleh sebab itu, dia terlebih dahulu meletakkan hashtag #SayaDatangMenghiburSaja

Namun ada sahaja yang mengkritik Haqiem kerana terlibat dalam permainan politik hingga ada yang mengatakan Haqiem akan menjadi bakal Exco Umno nanti.


Namun, ia mendapat bantahan netizen lain yang membalas bahawa Haqiem sekadar memenuhi jemputan menyanyi, bukannya terlibat secara langsung. Ia jelas dengan hashtaq yang disertakan bersama-sama poster tersebut.


Malahan, ada yang menyatakan Haqiem belum cukup umur untuk mengundi (tahun ini, umurnya 20 tahun). Jadi, netizen janganlah terlalu menyibuk.


Namun begitu, kecaman yang diterima Haqiem tidak seteruk artis lain yang terang-terangan menunjukkan semangat kepartian. Lagi pula hashtag tersebut jelas menunjukkan yang Haqiem sekadar menghiburkan sekaligus mencari rezeki bukannya mengundang amarah peminat. - CARI 
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
6

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote besarkecik 8-5-2018 12:42 PM
Itu pun nak kecoh ke?
Macam politaik ni kunci ke syurga pulak bagi korang
Quote mieymiey 8-5-2018 12:53 PM
Eeee bongoknya netizen!
Quote EvieWanKenobi 8-5-2018 01:02 PM
haah.. menyibuk je netizen..

tapi nape dak ni selalu pakai spek ye??
Quote haryatie 8-5-2018 01:08 PM
bongokkkk..itu kan hak masing2 nak pilih sape, nak ikut sape
adoiii..tu pun nak kecoh
Quote Rhyno 8-5-2018 01:14 PM
EvieWanKenobi replied at 8-5-2018 01:02 PM
haah.. menyibuk je netizen..

tapi nape dak ni selalu pakai spek ye??

amik ice kot supaya nyanyi tak nebes. mata merah kalau amik ice....
Quote dewi_rina 8-5-2018 01:29 PM
DIa kata kalau tak pakai spek mata hitam,dia tak konfiden
Quote BookerT 8-5-2018 01:31 PM
sokong parti ph gerenti kena puja kena doa masuk syurga...tapape entah mak hayam ni...acah deep demokrasi tapi orang sokong parti yang bukan parti dia sibuk dia nak makhayamkan...bodoh kan nyah?
Quote fushimi 8-5-2018 01:53 PM
netizen nag bodoh abadi berpisah tiada konsepnya
Quote lonso 8-5-2018 02:02 PM
Alah..mmg menyanyi tu keje dia..dh dibyr p jelah..knp pembangkang ni makin lama makin merepek..stress nak betul2 mengundi nih..bila x pilih parti dia persoal knp..ikut sukalah hak individu
Quote grizz 8-5-2018 02:49 PM
EvieWanKenobi replied at 8-5-2018 01:02 PM
haah.. menyibuk je netizen..

tapi nape dak ni selalu pakai spek ye??

kekonun hensem sket klu pkai sket..
hakikatnye sme je..
Quote grizz 8-5-2018 02:50 PM
ala klu di sokong bn pon korg susah pe..
pilihan di tgn anda..
lgpon undi adalah rahsia..
ikot die la nk sokong mne pon..
Quote mamasaffiya 8-5-2018 02:53 PM
Itupun jadi satu masalah.
Kan keje dorang .. Cari rezeki
Quote onexox97 8-5-2018 02:59 PM
rezeki jangan ditolak
Quote MadameOnion 8-5-2018 03:18 PM
dia cari rezeki la..apa la perangai kampung tak sudah...jangan kasi malu PH boleh dak? asal boleh je nak menghentam
Quote damian_lee 8-5-2018 04:07 PM
Bangangnya netizen
Apa pilihan dia paling benar dan suci
Koserrr sangat
Xpaham demokrasi dan hak kebebasan bersuara dengan akal

Sibuk jer nak memekak

PpRT
Quote hantulaksa 8-5-2018 05:28 PM
nmpknya geng ph bkn semakin bijak tp semakin bengap
Quote danieladam 8-5-2018 05:45 PM
Iols terperasan penyokong sebelah H je dok membahan retis kalo sokong sebelah B. Yg sebelah B jarang membahan terang terangan bila retis sokong H. Mybe sbb diorg guna kuasa besar, gam terus retis tu.

Tapi by the way, nape nk kecoh kalo retis sokong parti yg ko tak sokong? Ko ingat smua org sama ke pilih parti ko sahaja? Lantak pi lah masing2 nak undi sapa pon.
Quote EhhEtonLahh 8-5-2018 06:54 PM
danieladam replied at 8-5-2018 05:45 PM
Iols terperasan penyokong sebelah H je dok membahan retis kalo sokong sebelah B. Yg sebelah B jarang ...

biasa laaa awak dah nama pon #PakatanHipokrit..jap lagi mesti ada yg tuduh awak ni pmakan dedak...
Quote ayjay 8-5-2018 07:10 PM
Apa nak heran family dia mmg org BN  Dulu bff dia pun selalu dpt job nyanyi acara BN dahtu ajak dia sekali.
Biaq pi ke dia dah dia pilih ikut family. Duit dapat tu yg penting bg dia.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.135410 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top