CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Jangan Tanya Kisah Silam Saya Pada Awi” - Atikah Suhaimie Merayu

27-4-2018 12:05 PM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 14840| Komen: 88|Original author: Oleh: Amirah

Atikah Suhaimie yang merupakan tunang kepada Awi Rafael memohon pihak media supaya menghormati Awi dengan tidak bertanyakan kisah silamnya yang pernah dilanda kontroversi foto bogel dulu.


Foto: IG Atikah Suhaimie
Sepanjang tempoh perkenalan, Atikah dan Awi tidak pernah bercakap tentang perkara tersebut dan Awi dengan seikhlas hati menerima dirinya seadanya.

"Saya harap dan mohon media tidak bertanya Awi tentang perkara lalu saya. Bukan apa, saya cuma rasa seperti tidak menghormatinya sebagai tunangan saya.

"Dia terima saya seadanya dan sejujurnya kami tidak pernah bercakap tentang itu sepanjang berkawan," ujarnya kepada mStar Online.

Foto: IG Atikah Suhaimie

Mereka akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Mac tahun depan dan dia menyatakan dirinya berasa tenang apabila mengikat tali pertunangan bersama Awi.

Awi adalah orang yang bertanggungjawab menaikkan kembali semangat serta memberi kekuatan pada dirinya ketika pernah melalui rasa putus asa dengan perjalanan hidupnya.

Foto: IG Atikah Suhaimie
"Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang sejak bertunang, dia banyak beri semangat terutama ketika saya rasa putus asa.

"Masa saya hilang arah tujuan dan tidak tahu mana nak pergi. Sekarang saya sudah nampak kembali jalan hidup dan arah kerjaya saya," ujarnya yang bakal berlakon dalam filem Indonesia.


Setelah lama menyepi dalam industri, Atikah berkongsi perkembangan kerjayanya yang akan membintangi drama Pengantin Musim Salju dan filem Antologi Rasa, terbitan Indonesia.

Foto: IG Atikah Suhaimie
Bagus Atikah! Bangkitkn aura positif dalam diri dan jadikan kisah hitam dulu sebagai pengajaran. - CARI
11

Bagus
30

Marah
8

Terkejut
2

Sedih
8

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote armin 27-4-2018 12:29 PM
Lawa dia ni. Semalam tengok cerita dia berlakon kat astro dgn fattah amin & harris baba. Dah tak kena gam ke?
Quote grizz 27-4-2018 12:32 PM
xyh la nk ungkit..tp tula bile dh jd ni..
susah sket la nk tahan org dr ngungkit..
Quote sarukhan 27-4-2018 12:33 PM
Reputz kan mmg sejenis bangang abadi. Sama kes masa hari pernikahan raja farah dgn suami baru.. reputz tanya pasal ex laki.. buduhh..
Quote prettyuglybabe 27-4-2018 12:37 PM
orang dah tak ingat, dia pulak buka cerita..
but memang betul la ye gambar dia dulu?
bukan dulu tak ngaku ke
Quote Leeanne88 27-4-2018 12:39 PM
grizz replied at 27-4-2018 12:32 PM
xyh la nk ungkit..tp tula bile dh jd ni..
susah sket la nk tahan org dr ngungkit..

Biasa la mulut orang. Semua benda nak ungkit
Quote botol_tritan 27-4-2018 12:48 PM
x boleh ke kalau x ungkit masa silam org. setiap org pernah buat salah kot. teruk btl la reporter ni.
Quote watachiwa 27-4-2018 12:50 PM
reputs n blogger neh kene gi amik kursus etika lah

celah kisah zamana rkib nak di tanya org dah move one
duhhh
Quote jerukkedondong 27-4-2018 12:51 PM
armin replied at 27-4-2018 12:29 PM
Lawa dia ni. Semalam tengok cerita dia berlakon kat astro dgn fattah amin & harris baba. Dah tak ken ...

Cerita yg dorang busking tepi jalan tu ye..kulu kilir naik van...cite lama tu..masa tu tikah belum bertrisam lg..inesen lg uols..heee
Quote armin 27-4-2018 12:54 PM
jerukkedondong replied at 27-4-2018 12:51 PM
Cerita yg dorang busking tepi jalan tu ye..kulu kilir naik van...cite lama tu..masa tu tikah belum ...

Aah tgk pun nampak cite lama sbb fattah tak putih lagi hahaa. Tp harris baba tu hensem je bagi meols. Heols kenapa tak femes eh. Boleh meols layan cerita tu semalam sweet pulak tgk tikah dgn fattah bercinta haha
Quote shernazz 27-4-2018 01:11 PM
Iols suka tgk tikah neh
Cantiks gitu...
Tapi keremoeng sgt...
Xpe la..janji.kau bahagiaa
Quote wanitajelita 27-4-2018 01:13 PM
ada orang tanya ke? ya allah kesiannya... semua orang boleh berubah to better person & semua orang nak pertahankan kebahagiaan yg ada
Quote namieamuro 27-4-2018 01:16 PM
mmg skali tsebar..selamenye org akan igt mcm kes WNA..bertabah la

reporter pn toksah la dok ungkit wpn hati korg meronta2 mtk kbeneran dr tikah..ksian org tu..dah halfway nk bergelar isteri..
Quote kiah_mai_pulak 27-4-2018 01:19 PM
Bongok gak tikah trisome ni.. dh statement ko mcm ni dh mcm ko mengiyakan je lah kes trisome tu. Sah2 la kes betul la kn?
Quote kiah_mai_pulak 27-4-2018 01:20 PM
Alaaa awi rapael tu pun apa kurang nya, duk oversea kn dulu, badan pun penuh tatu.. mesti lebih dasyat dari tikah lagi dia pernah try kot. Kosser lah.. selayaknyalah berpasangan tikah-awi ni
Quote Siti_Mustaqim 27-4-2018 01:24 PM
Untung jd orang cantik..mcm mana pon orang laki tetap nak buat bini... bila sampai masanya.
Quote white01whale 27-4-2018 01:25 PM
Motif tak bagi tanya? Dah betul la tu....
#modeacikbawangactivated
Quote white01whale 27-4-2018 01:26 PM
kiah_mai_pulak replied at 27-4-2018 01:19 PM
Bongok gak tikah trisome ni.. dh statement ko mcm ni dh mcm ko mengiyakan je lah kes trisome tu. Sah ...

Sokong ko
Quote sukacactus 27-4-2018 01:29 PM
Org xungkit ko plak yg ungkit
Awie mmg xkan tya la dah dia pun bukan sesuci lebaran gak dl ni
Quote delia3003 27-4-2018 01:30 PM
Edited by delia3003 at 27-4-2018 01:31 PM
armin replied at 27-4-2018 12:29 PM
Lawa dia ni. Semalam tengok cerita dia berlakon kat astro dgn fattah amin & harris baba. Dah tak ken ...


Si deris khan tu aman2 je berlakon. Selalu bila jadi kes macam ni, perempuan ler paling kesian

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.053617 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top