Okey, boleh tahan jugalah awek baru bekas anggota kumpulan duo Azhael, Azhar Osman. Pejam celik, sudah hampir tiga bulan juga mereka bersama.
Memetik Astro Gempak, Azhar, 29, kekasihnya itu baru berusia 23 tahun dan masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta. "Kami mengenali satu sama lain dalam sebuah acara pembukaan sebuah butik pakaian beberapa bulan lalu. Kemudiannya kami bertukar-tukar nombor telefon. "Pada mulanya dia tidak tahu identiti saya, sehinggalah dia mengesyaki jumlah pengikut saya yang ramai di Instagram saya. "Walaupun kami sudah mengenali keluarga masing-masing, namun masih terlalu awal untuk saya membawa hubungan ini ke fasa selanjutnya.
"Biasalah, mesti akan ada sedikit sebanyak rasa syak wasangka dengan status saya bergelar penyanyi," jelas Azhar kepada Astro Gempak. Meskipun sudah bertemu pengganti selepas hubungan cintanya dengan seorang penyanyi wanita terkandas, Azhar tidak mahu terlalu fokus memikirkan fasa bercinta, sebaliknya dia mahu mencari hubungan yang kekal membawa ke fasa perkahwinan. "Pada usia saya sekarang, fasa bercinta bukan prioriti. Kalau boleh saya mahu mencari pasangan yang boleh dijadikan seorang isteri," ujarnya. Menurut Astro Gempak, hubungannya dengan bekas peserta Akademi Fantasia, Amira Othman putus pada awal tahun ini selepas dua tahun bersama. Semoga mereka tidak mengambil masa terlalu lama untuk melangkah ke fasa seterusnya lah ya. - CARI
|
12
Bagus |
5
Marah |
9
Terkejut |
7
Sedih |
10
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sheqim replied at 18-8-2017 02:16 PM
Ouh bercinta ngan amira othman ke? Hahaa
terpaku replied at 18-8-2017 02:40 PM
makan hati lah jandha heshe si halina
BoongaKertas replied at 18-8-2017 02:44 PM
motip meols baca komen bampaku sambil ternyanyi part HA HA HA, aku ketawa (sambil imagine hael gen ...
terpaku replied at 18-8-2017 02:40 PM
makan hati lah jandha heshe si halina
terpaku replied at 18-8-2017 02:40 PM
makan hati lah jandha heshe si halina
ADVERTISEMENT