CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pecahkan Stereotaip, Pengantin Wanita Tak Bersolek Langsung Di Hari Perkahwinan

18-8-2017 02:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10165| Komen: 35|Original author: Oleh: Myra Rzoi

Description: Tradisi perkahwinan di Bangladesh dan India biasanya memerlukan perbelanjaan yang besar untuk sesebuah majlis perkahwinan, sampai ada yang terseksa menanggung hutang bertahun-tahun lamanya.
Tradisi perkahwinan di Bangladesh dan India biasanya memerlukan perbelanjaan yang besar untuk sesebuah majlis perkahwinan, sampai ada yang terseksa menanggung hutang bertahun-tahun lamanya.


Disebabkan itu, seorang wanita Bangladesh ini tampil berani memecahkan stereotaip apabila melangkah ke majlis perkahwinan sendiri tanpa mengenakan sebarang solekan, walau secalit bedak pun.

Hanya mengenakan sari milik neneknya, Tasnim Jara tidak mengenakan sebarang hiasan barangan kemas seperti yang biasanya dipakai pengantin perempuan di negara itu.

Foto: FB Tasnim Jara
Memetik The Tribune, alasannya mudah sebab dia mahu mengubah cara pemikiran orang ramai tentang makna sebenar sesebuah perkahwinan.


Malah melalui status yang dimuat naik di Facebooknya, Tasnim menyatakan kebimbangannya tentang gambaran sempit masyarakat tentang pengantin wanita yang perlu memakai solekan tebal, pakaian yang berat dan barangan kemas yang keterlaluan.

"Jangan tertipu, imej mewah pengantin ini tidak menunjukkan status kewangan ataupun keadaan seorang wanita dalam keluarga. Kadang-kala perkara ini berlaku tanpa kehendak mereka.”

“Membesar mendengar soalan-soalan ini, wanita sebagai pengantin tertekan untuk mencari artis solek terbaik di bandar, membayar jumlah yang besar dalam masa, wang dan tenaga, dan akhirnya tidak berkelihatan seperti dirinya,” tulisnya.

Ahli keluarga dan saudara memang menentang keputusannya, namun Tasnim yang juga pengendali sebuah badan amal yang menyediakan jagaan perubatan bagi orang miskin tetap memilih untuk tampil seringkas mungkin.

Walau bagaimanapun wanita ini langsung tidak pernah mengkritik orang lain sekiranya mereka mahu bermewah-mewah semasa hari perkahwinan.

"Jangan salah faham, jika seorang wanita mahu menggunakan solekan, barangan kemas, pakaian mahal, saya tidak membantah. Tetapi ia menjadi masalah apabila masyarakat memberi tekanan kepada golongan wanita dengan memutuskan apa yang perlu dipakai dan bagaimana mereka perlu bersolek.”

Foto: FB Tasnim Jara
Bagaimana, ada tak bakal pengantin perempuan di Malaysia ni yang nak tiru begini? Tampil tanpa solekan dan hanya 'natural beauty' sahaja? Kalau ada yang berani, memang terbaik! -CARI

14

Bagus
4

Marah
7

Terkejut
6

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 18-8-2017 02:32 PM
Muka kau lawa dik kalah afifah bestie bella
Quote lasagnaklcc 18-8-2017 02:32 PM
Seiras plak husband n wife{:smile
Quote pearl.silver 18-8-2017 03:02 PM
Klu muka pengantin x kusam..xde jerawat, xde eyebag ok la..
Ni kang dengan mata panda mlm td tido lambat siapkn hantaran, jerawat mencanak2 sebab stress uruskn kenduri..
Quote AbukRokok 18-8-2017 03:04 PM
mekap xmekap sama je....
Quote makita 18-8-2017 03:47 PM
Dik...ok la xnk mekap,..tp xkan bedak jonhson n lipstik nipis xnk pakai kot
Quote puccafan 18-8-2017 04:01 PM
Ko takpela dik. Muka lawa, kulit mulus. Kalo yg banyak bekas jerawat, bawah mata hitam, mana la nak confident bareface. Time keluar biasa2 pon mekap. Inikan plak nak Kawen.
Apa2 pon, akak respek ko berani nak lawan arus
Quote merrissa 18-8-2017 04:14 PM
kelas ko ek khwin x pakai mekap pon masuk berite...tahniah dh khwn
Quote nisako 18-8-2017 05:15 PM
wah bagus tul tanpa mekap...
Quote hajjardarwis 18-8-2017 05:37 PM
Perkongsian yang sangat bermanfaat..
Quote @chik 18-8-2017 08:11 PM
tgk la nanti 10 tahun lagi, mesti menyesal tgk gambar kawin sendiri
Quote ladybugz 18-8-2017 08:31 PM
A woman who understands the real definition of a wedding. It does not define a marriage.
Quote Syalovely 18-8-2017 10:35 PM
Wah confient btl. Tp ok la sbb muka x bermasalah..suke ati nk mekap ke x..
Quote teddpapel 18-8-2017 11:12 PM
Ade sape berani nk cuba ke kt melesia ni..
Quote fefeeling 19-8-2017 01:11 AM
Natural beauty always wins!
Quote helicornia 19-8-2017 08:07 AM
tkpe tk mekap pun..kadang tu mekap lg scary jadinya muka pengantin
Quote moonbug 19-8-2017 01:23 PM
Part make up terus jd rupa org lain tu mmg selalu sgt. Especially skrg dgn trend anime la animal la. Make up jela tp biarlah muka still rupa sendiri, bkn rupa Sailormoon. Anyway kulit dia flawless, cantik nampak
Quote HoneyManjer 19-8-2017 08:11 PM
Hmm mcm sama jer situasi di malaysia...kawen nak gempak2 tanggung hutamg bertahun2 lamanya {:run
Quote GCFFG 20-8-2017 01:36 AM
!!!HELLO BOSSKU NAK CUBA LUCK!!!
JOIN LUCKYSTAR118 LIVE CASINO
*SCR888
*LPE88
*ROLLEX
*PLAYBOY
*JOKER
24 JAM SERVIS
MIN TOP UP 10
CUCI PUN 10
TAK ADA TUNOVER
SILA WHATSAPP KITA UTK DAPAT KAN SPECIAL
ID.....
WHATSAPP : 0143211146
WECHAT : luckystar118b
Quote missyL 20-8-2017 01:43 AM
wahh, die dah lawa,,,

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.061838 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top