Orang Malaysia, sarapan pagi roti canai, dah tengah hari pun tekak teringin nak makan yang sama. Masuk malam, roti canai juga yang dicarinya!
Biasanya mestilah terjah kedai mamak kan, tapi tahap kebersihannya pula kadang-kadang diragui. Kalau buat roti canai sendiri rumah apa salahnya? Lagi-lagi kalau dapat resipi mudah nak membuatnya, memang seronok betul. Jom cuba! Ikut sahaja langkah -langkah di bawah: Bahan-Bahan: Tepung gandum 4 cawan Telur sebiji Gula sesudu makan Air secawan Garam setengah sudu kecil. Minyak masak secukupnya untuk merendam dan menggoreng. Cara-Cara: 1. Campurkan tepung, gula dan garam, kemudian masukkan telur dan air. Uli hingga doh tak melekat (lebih kurang 20 minit). Kalau uli tangan gunakan air suam. Kalau uli mesin guna air sejuk. 2. Bahagikan doh kepada bahagian kecil. Kalau macam ini 12 biji bola semuanya. 3. Susun dalam bekas yang diisi minyak masak. Pastikan tepung terendam dalam minyak dan peram lebih kurang 2 jam. 4. Selepas dua jam, siapkan lokasi menebar. Dulang besar yang ditenggek atas baldi.Dulang kecil untuk letak roti canai. 5. Ambil satu bola tepung tu dan penyekkan macam dalam gambar. Biarkan dalam 3 atau 4 minit barulah mula menebar. Proses rehat 3 atau 4 minit ini memudahkan kita menebar dan tepung jadi lebih lembut. 6. Mula menebar tepung menjadi bulatan lebih besar. Tarik tepung perlahan-lahan. Buat kena sabar, tarik kena halus. 7. Tebar sampai penuh sedulang. Kalau betul cara tebar dia molek je tak berlubang koyak macam roti kirai. 8. Tebar besar sampai lebih saiz dulang nasi ambeng. 9. Lipat sisi pertama. 10. Lipat sisi kedua. 11. Lipatan ketiga dan keempat. 12. Goreng roti canai tadi dan siap! Gebu memang tak dapat dinafikan, kebersihan pun terjamin. Makan panas-panas dengan keluarga semua memang meriah! Selamat mencuba! -CARI Kredit Resipi: Normarliana Abu Bakar
|
15
Bagus |
10
Marah |
7
Terkejut |
5
Sedih |
10
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
singlemum_4 replied at 18-8-2017 01:23 PM
Kalau yg selalu saya buat cuma 3 bahan je..tepung,garam dan air panas.stepnye lbh kurang sams mcm tt ...
CardiGans85 replied at 18-8-2017 01:42 PM
Nnt nk try buat ikut resepi sis la..takut plak nk mkn kt luar bila tgk myk mcm tu..
singlemum_4 replied at 18-8-2017 01:45 PM
kalau yang selalu saya buat untuk dapatkan dalam 12 keping (kalau bahagi-bahagikan kecik) guna tep ...
intanpurnama replied at 18-8-2017 01:23 PM
Baru buat sendiri minggu lepas mmg puas hati dapat buat sendiri biar rupe x cantik tp rase mmg terba ...
RatuDunia94 replied at 18-8-2017 04:34 PM
Patut la roti canai ni tinggi kalori. Siap rendam dlm minyak... {:laugh
faztee replied at 18-8-2017 01:58 PM
ikut resepi ni ke
redapple10 replied at 18-8-2017 01:06 PM
Perghhhhh simple je
tembikai replied at 18-8-2017 04:54 PM
rasa2nya klu skip bhgian rendam dlm minyak tu...blh tak
nnti nak try la..
ADVERTISEMENT