"Sememangnya menjadi juara dunia adalah impian saya dan sehingga sekarang macam tidak percaya saya sudah berjaya mendapatkannya. Saya jenis orang yang tidak mudah mengalah. Sasaran utama saya kini ialah Sukan Olimpik 2020."
Demikian azam yang dinyatakan oleh jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang pada sidang akhbar sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi selepas berjaya meraih kejuaraan di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong pada Khamis lepas. Tegas Azizul kemenangan di kejohanan dunia kali ini tidak membuatkan dirinya leka, sebaliknya lebih banyak kerja keras akan dilakukannya untuk memastikan prestasinya kekal. Kepulangan Mohd Azizulhasni bersama-sama jurulatih skuad berbasikal trek, John Beasley dan seorang lagi pelumba negara, Mohd Shah Firdaus Sahrom disambut Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Dr Mohd Khairi Zawi.
Namun, paling mencuri tumpuan ialah isterinya, Athiah Ilyana Abd Samat serta dua anak perempuannya, Amna Maryam, 4, dan Amna Khadeeja berusia setahun turut serta menyambut kepulangan wira negara tersebut. - CARI |
16
Bagus |
7
Marah |
26
Terkejut |
15
Sedih |
19
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cicicumel replied at 17-4-2017 10:42 AM
Selagi x mng olimpik walpaun dh jd juara dunia tetap rasa x complete.same goes tu Lee Chng Wei...ham ...
ADVERTISEMENT